CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 669|Reply: 1

Thailand Mahu Bina Jambatan Ketiga Ke Malaysia

[Copy link]
Post time 15-9-2022 12:05 PM | Show all posts |Read mode
Sumber Thaiger


Laman Thaiger melaporkan, kerajaan Thailand sekali lagi menyuarakan rancangan untuk membina jambatan baharu menyeberangi Sungai Golok yang akan berfungsi sebagai laluan kedua bagi lintasan sempadan antara negara itu dengan Malaysia.



Thailand dan Malaysia, berharap jambatan yang akan menghubungkan daerah Sungai Golok di wilayah Narathiwat dan negeri Kelantan akan meningkatkan hubungan pelancongan serta perdagangan antara kedua-dua negara.



Pada bulan lalu, Menteri Luar Thailand, Don Pramudwinai dan Menteri Luar Negeri, Datuk Sri Saifuddin Abdullah bersetuju meningkatkan infrastruktur di sempadan untuk membantu mencapat matlamat perdagangan dua hala yang bernilai RM135 bilion menjelang 2025.



Saifuddin Abdullah (Kiri) dan Don Pramudwinai. SUMBER Utusan.


Kedua-dua menteri menyuarakan harapan mereka untuk mempercepatkan pembinaan jalan yang menghubungkan komples kastam Bukit Kayu Hitam dan Sadao.



Kedua-dua negara juga mempertimbangkan pembinaan jambatan keempat yang menghubungkan Pengkalan Kubor di Malaysia ke daerah Tak Bai wilayah Narathiwat.



Bagaimanapun, penilaian teliti kawasan dan tinjauan kesesuaian bentuk muka bumi perlu dilakukan sebelum perbincangan boleh diteruskan.



Jambatan baharu itu bertujuan memudahkan perjalanan antara kedua-dua negara di sempadan jalan darat. - CARI




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2022 03:34 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2026 08:43 PM GMT+8 , Processed in 0.239341 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list