CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 375|Reply: 0

Sumbat 70 Bangkai Anak Babi Dalam Tong Sampah, Beg Pakaian Kaji Kes Pembunuhan

[Copy link]
Post time 15-9-2022 10:37 AM | Show all posts |Read mode
Sekumpulan penyelidik di Australia menjalankan satu kajian berkaitan kes pembunuhan dengan meninggalkan hampir 70 ekor bangkai anak babi di dalam tong sampah dan beg pakaian di sekitar kawasan belukar, lapor akhbar Daily Star.


Kajian itu dijalankan di Australia barat di mana beg pakaian dan tong sampah diisi dengan anak babi yang mati semasa lahir dengan harapan untuk mengkaji dan memahami proses penguraian.




Foto: Hannah Andrews / SWNS




Penyelidik berharap untuk memahami kesan perubahan suhu dan kelembapan di dalam dan luar beg pakaian, serta perubahan pada tulang atau badan.


Beberapa ekor anak babi yang dilahirkan mati dijadikan sebagai kumpulan kawalan dengan dibiarkan terdedah kepada pelbagai unsur.


Pensyarah kanan sains forensik Universiti Murdoch, Paola Magni berkata, berpuluh-puluh bangkai disembunyikan di dalam ‘persekitaran akses terhad’.


Beg pakaian, tong beroda, kereta dan almari kebiasaannya dijadikan tempat pembuangan yang berpotensi untuk mangsa pembunuhan.


Magni berkata, perkara itu berlaku kerana pelaku cuba mengelak mangsa untuk ditemui dengan mudah oleh pihak berkuasa atau memerlukan lokasi di mana mereka boleh menyimpan dan memindahkan mayat buat sementara waktu dari satu tempat ke tempat lain.




Foto: Hannah Andrews / SWNS




Menurut Magni, tempat-tempat itu adalah lokasi kejadian jenayah utama di mana peritiwa kematian/pembunuhan berlaku dan tempat jenayah sekunder di mana mayat ditinggalkan dan ditemui.


Daripada kajian penguraian bangkai itu, Magni percaya ia akan memberikan maklumat penting mengenai restorasi tempat kejadian jenayah.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 04:32 PM GMT+8 , Processed in 0.201728 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list