CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1608|Reply: 18

Ramai Mati Lemas Di Pantai Tanjung Balau, Didakwa Ada Kaitan Dengan Unsur Mistik?

[Copy link]
Post time 14-9-2022 05:23 PM | Show all posts |Read mode
Kota Tinggi: Tiada unsur mistik dikaitkan dengan kejadian lemas yang sering berlaku di Pantai Tanjung Balau di sini, sebaliknya ia berpunca daripada kelalaian orang ramai tidak peka dengan larangan mandi di kawasan dikenali pasti berbahaya.


Pengawal Keselamatan Pantai, Salahuddin Abu Bakar, 50 berkata, antara lokasi yang berbahaya ialah kawasan berarus kuat antara batuan di sepanjang 600 meter di pantai berkenaan dan papan amaran serta bendera merah dipasang di kawasan pantai sebagai tanda amaran kepada pengunjung.


Katanya, ia juga memberi peringatan bahawa semua aktiviti air dilarang dilakukan termasuk mandi-manda.




Foto: Harian Metro




"Bendera dipasang mengikut situasi ombak. Jika ombak kuat kami akan pasang bendera merah untuk beritahu pengunjung.


"Tetapi, ada juga pengunjung yang degil, tetap hendak mandi biarpun bendera merah dipasang. Kami akan guna pembesar suara supaya mereka lebih berwaspada dan naik ke darat.


"Ada juga yang masih berdegil, kami akan datang kepada mereka dan meminta untuk mereka naik. Pernah juga pengunjung tidak puas hati apabila diminta naik ke darat. Marah, tengking itu sudah biasa bagi pengawal keselamatan pantai," katanya yang berpengalaman hampir 30 tahun.


Sebanyak 20 papan tanda dan bendera merah dipasang di sepanjang pantai Tanjung Balau pada musim tengkujuh iaitu awal November hingga Mac.


Menurut Salahuddin, kebanyakan kes lemas adalah disebabkan arus sekitar batuan di pantai itu dan ia bergantung kepada pasang surut air laut.


"Kami pasang pelampung halangan supaya pengunjung tidak terlepas dan mengelak ke kawasan berdekatan batuan. Kebiasaannya ketika mandi pengunjung tidak sedar di bawah arus ke tepi. Arus antara batuan sangat kuat dan berpusar," katanya.


Bercerita lanjut, Salahuddin pernah berdepan detik sukar yang tidak akan dilupakan ketika menyelamatkan dua beradik wanita lingkungan umur 20-an sekitar 2008.


Katanya, pada ketika itu dua beradik berkenaan berada melepasi batuan ke laut dan ombak mencecah tiga meter tinggi.


"Saya menggunakan papan luncur kerana itu adalah satu-satunya 'kenderaan' yang boleh digunakan dalam keadaan ombak yang kuat dan tinggi. Saya dapat capai dua beradik itu dan naikkan bahagian kepala hingga tangan ke atas papan luncur.


"Dua tangan saya pegang mereka, keadaan mereka lemah. Dua jam saya di kawasan itu tidak boleh ke darat kerana ombak kuat. Saya perlu lepaskan salah seorang supaya saya boleh berenang ke pantai.


"Tetapi, saya tidak sampai hati, mereka masih bernyawa. Saya doa minta Allah SWT bantu saya selamatkan mereka. Alhamdulillah tidak lama kemudian satu ombak besar tolak saya ke tepi pantai, dengan hanya menggunakan kudrat kaki saya meluncur bersama dua mangsa.


"Sampai sahaja di pantai, terus buat bantuan pernafasan dan Alhamdulillah kuasa Allah SWT dua beradik yang lemah boleh bernafas semula," katanya yang pernah menerima Sijil Penghargaan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) atas keberanian menyelamatkan mangsa lemas menggunakan papan luncur beberapa tahun lalu.


Salahuddin berkata, sebagai hamba Allah SWT, dia tidak menafikan kewujudan unsur mistik dan pernah mengalami sendiri ketika menyelam di kawasan ini.


"Ini cerita lama, saya pun sudah tidak ingat tahun bila, ketika menyelam terasa ada budak kecil bermain-main atas badan. Saya istighfar dalam hati saja dan mohon kepada Allah SWT permudahkan urusan," katanya.


Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Johor mengambil langkah proaktif dalam memberikan tindakan awal kes lemas di negeri ini terutama membabitkan kawasan pantai peranginan.


Pemangku Pengarahnya, Penolong Pesuruhjaya Bomba Mohd Rizal Buang berkata, rondaan secara berkala dilakukan JBPM negeri ini di kawasan pantai terutama pada musim cuti perayaan atau cuti umum.


Katanya, terdapat beberapa lokasi yang dikenal pasti menjadi tumpuan pengunjung yang ramai dan kerap berlaku kes lemas.


"Kami membuat rondaan dan beri penerangan kepada pengunjung. Dengan inisiatif ini juga jika kes berkaitan lemas di kawasan pantai akan mendapat tindakan pantas.


"Malah melalui penubuhan Majlis Keselamatan Aktiviti Air (MKAA) banyak program dirangka bagi memberi pendidikan keselamatan di air kepada orang awam.


"Kami memasang Life Saving Appliances (LiSA) di tempat kerap berlaku kes lemas. Di Johor, LiSA dipasang di Pantai Batu Layar dan bulan depan LiSA dijangka diletakkan di Pantai Tanjung Balau berikutan peningkatan kes lemas di kawasan itu.


"Kami juga bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk memasang papan tanda amaran atau bahaya. Seperti contohnya di kawasan air terjun, jeram dan pantai," katanya.


Sungai, tali air lokasi paling tinggi catat mangsa lemas di Johor


Seramai 118 individu terkorban akibat lemas di pelbagai lokasi di negeri dalam tempoh tiga tahun lalu.


Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Johor, Penolong Pesuruhjaya Bomba Mohd Rizal Buang berkata, sungai atau tali air menjadi lokasi paling tinggi mencatat mangsa lemas iaitu 53 mangsa daripada 57 kes yang diterima.


Katanya, ia diikuti pantai dengan 50 mangsa lemas membabitkan beberapa pantai menjadi hotspot dengan jumlah 31 kes lemas.


"Tasik atau lombong mencatat 12 mangsa lemas membabitkan 11 kes, diikuti air terjun atau jeram iaitu dua mangsa (tiga kes) dan pembentungan seorang mangsa dari satu kes dalam tempoh sama.


"Antara sungai yang kerap berlaku kes lemas ialah Sungai Stulang, Sungai Danga, Sungai Masai serta Tasik Biru dekat Pasir Gudang, Sungai Benut di Pontian, Sungai Muar, Sungai Tanjung dan Sungai Sri Medan di Batu Pahat yang masing-masing mencatat satu hingga tiga kes lemas.


"antai Tanjung Balau di Kota Tinggi menjadi antara lokasi yang setiap tahun pasti ada kes lemas. Selain itu, lokasi pantai lain yang mencatat kes lemas ialah Teluk Ramunia, Tanjung Sedili dan Tanjung Piai di Pontian," katanya.


Jelas Mohd Rizal, orang awam boleh menghindari tragedi lemas dengan mengelakkan aktiviti di air ketika . cuaca tidak menentu.


Katanya, mengikut amaran yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) ketika ini berlaku fenomena La Nina dan akan berada dalam fasa peralihan monsun timur laut tidak lama lagi.


"Jadi, dalam keadaan sekarang khususnya dari September hingga Mac, dinasihatkan orang ramai untuk elakkan aktiviti di pantai, air terjun, jeram dan sebagainya. Monsun ini kita terima hujan yang lebih berbanding waktu lain.


"Sekiranya mahu membuat juga aktiviti di air, kita kena buat tempat yang kurang berisiko atau memilih pantai yang lebih landai. Selain memilih lokasi percutian yang ada menyediakan kolam renang lengkap dengan keselamatan.


"Ketika menjalankan aktiviti air, pastikan ahli keluarga dipantau, jangan biarkan kanak-kanak kecil bermain sendirian. Kita kena sentiasa berwaspada dengan peraturan keselamatan yang ada di tempat berkelah seperti papan tanda amaran atau ada kehadiran pengawal pantai," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2022 05:33 PM | Show all posts
pantai ni 5km je dari umah aku

mangsa terbaru ni anak cikgu katanya

segelintir pengunjung pantai ni mmg degil, lifeguard dh bagi amaran pun selamba je mandi
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Jika degil selayaknyalah mati.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Wlupon aku suka pi pulau, snorkeling bagai. Tapi aku takut nak mandi tepi pantai.. Banyak pantai yg nmpk cetek, tapi tiba2 dalam..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Tg balau ni berbatu2. Camna la org boleh mandi manda kat situ
Tu tak campur lagi jadi port indon landing
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 08:40 PM | Show all posts
kalau degil pdanla muka ko cari pasei
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-9-2022 08:58 PM | Show all posts
raxief replied at 14-9-2022 05:33 PM
pantai ni 5km je dari umah aku

mangsa terbaru ni anak cikgu katanya

kalau macam tu, kena naik kan notis.

khusus untuk orang tak faham amaran larangan, sila baca:
bilangan orang mati sekian2.
date kematian latest sekian2.

Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah camping kat situ.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2022 09:33 PM | Show all posts
blue_blur replied at 14-9-2022 08:58 PM
kalau macam tu, kena naik kan notis.

khusus untuk orang tak faham amaran larangan, sila baca:

dh mcm2 papan tanda amaran ada kat situ. bendera merah. pastu lifeguard pun rajin laung amaran guna hailer & siren. tp kalau dh degil, diorg buat bodoh je.

aku pernah tengok dulu, lifeguard tu membebel mcm ni lepas tarik mayat india lemas "..orang dah tegur tadi, dah cakap dah, korang degil gak" sambil dia nyalakan api rokok.. keliling mayat tu family india tu meratap amma appa unne apa semua la, tp lifeguard tu mcm xde perasaan sedih pun

pengunjung lain tengok sedih, tp lifeguard tu muka payau je

actually, lifeguard tu pun org kg aku hahaha

aku pernah tengok gak sorg brader ni dukung anak kecik atas bahu kena sound dgn lifeguard pakai hailer.. padan muka.. ombak dah bergulung-gulung pun ko boleh selamba bawak anak ko dlm air.. dah paras atas pinggang ko kot.. ombak toksah cakap lah.. ambik mudah sangat
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 09:42 PM | Show all posts
raxief replied at 14-9-2022 09:33 PM
dh mcm2 papan tanda amaran ada kat situ. bendera merah. pastu lifeguard pun rajin laung amaran gun ...

bro, lifeguard tu bawah rela ke?
dia dapat elaun dari siapa ek?

takde makna la dia nak selamatkan orang terkapai2 lemas tu lepas dah maki amaran semua.
tengok sampai mayat hanyut ke pantai aje la.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Bnde dh jadi, mula la up status. Doa kn yg baik2 je, kita tk tahu ape yg dia rasa
Pdahal dh berbuih org ckp, hujung2 tahun ni elak kn pergi kt kwasan air terjun, pantai etc.
Lebih2 lg kt group camping tu, siap tnye kt mne yg ssuai nk camping wlupn govt dh bg amaran elak kn buat sementara wktu.. sejenis degil, selayak nye ….semata2 nk tnjuk equipment khemah mahal pnye psal.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
seramm pantai..takut sgt..kalau p pantai utk amek gmbr jerrr..nk main air pantai mmg tk la sbb takut..
pulau pun xpnh pergi kalau yg perlu naik bot..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 10:43 PM | Show all posts
blue_blur replied at 14-9-2022 09:42 PM
bro, lifeguard tu bawah rela ke?
dia dapat elaun dari siapa ek?

pantai tanjung balau ni bawah kelolaan KEJORA (lembaga kemajuan johor tenggara). lifeguard pun bawah KEJORA. cuma skrg ni dah ada PBT Pengerang.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2022 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Haunted…
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2022 12:04 AM | Show all posts
blue_blur replied at 14-9-2022 08:58 PM
kalau macam tu, kena naik kan notis.

khusus untuk orang tak faham amaran larangan, sila baca:

Cadangan yg bagus ni.. biar takut sikit yg degil tu nk mandi..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2022 08:26 AM | Show all posts
selalu ke sini masa kecil, tapi jarang mandi, berkelah aja

patut saman je sapa2 yg langgar peraturan,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2022 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 15-9-2022 08:45 AM

Negara lain aman2 ada pemecah ombak tidal pool surfing board kapal layar ikan jaw sardin run
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2022 08:44 AM | Show all posts
Jika bendera merah dikibarkan, faham-faham je lah keadaan laut tersebut
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2022 09:21 AM | Show all posts
immaryjane replied at 14-9-2022 09:48 PM
Bnde dh jadi, mula la up status. Doa kn yg baik2 je, kita tk tahu ape yg dia rasa
Pdahal dh berbuih  ...
semata2 nk tnjuk equipment khemah mahal pnye psal.

setuju..
dulu musim hiking, cycling.. skang musim camping.
semua just untuk content show off kat socmed nak jadi up-to-date
sekadar nak claimed "okay aku dah buat dah bende tu sebelum ko".. gituh

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 05:52 PM GMT+8 , Processed in 0.084823 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list