View: 1006|Reply: 5
|
[Tempatan]
Ibu bapa lebih selesa anak mereka pakai pelitup muka ke sekolah
[Copy link]
|
|
Ibu bapa lebih selesa anak mereka pakai pelitup muka ke sekolah
Tinjauan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tasik, Bandar Seri Permaisuri, mendapati majoriti pelajar masih lagi memakai pelitup muka ketika hadir ke sekolah. - Foto SAIFULLIZAN TAMADI
KUALA LUMPUR: Kelonggaran pelitup muka di sekolah mengundang reaksi pelbagai daripada ibu bapa, di mana kebanyakan memilih memastikan anak mereka terus mengekalkan pemakaiannya demi keselamatan dan kesihatan.
Tinjauan di sekolah rendah dan menengah sekitar Kuala Lumpur antaranya Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Ehsan, Kepong, mendapati kebanyakan pelajar dilihat masih memakai pelitup muka ketika berada di kawasan sekolah.
Pekerja swasta, Alina Jayos, 38, berkata beliau memilih untuk mengekalkan pemakaian pelitup muka bagi ketiga-tiga anaknya, memandangkan seorang daripada mereka menghidap asma.
Katanya, pelbagai penyakit termasuk COVID-19 masih wujud dan berada di persekitaran, malah, kini, pesakit yang positif juga boleh ke mana-mana tanpa pemantauan.
"Sebelum ini pun ada juga ibu bapa yang menghantar anak-anak tidak sihat ke sekolah.
"Kita tak boleh nak halang mereka (ibu bapa), jadi saya ambil langkah pencegahan sendiri. Kalau boleh, saya lebih memilih untuk pihak sekolah minta pelajar supaya pakai pelitup muka di kelas dan ketika perhimpunan," katanya.
Sementara itu, Peguam, Natisha Zainol Rashid, 37, berkata sebagai ibu bapa, mereka hanya mampu mengawal dan mendidik anak sendiri saja.
Katanya, setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk keselamatan dan kesihatan anak masing-masing.
"Oleh itu, saya akan teruskan pemakaian pelitup muka untuk anak-anak ketika berada di sekolah.
"Ini kerana sekiranya murid lain tidak memakai pelitup muka, sekurang-kurangnya anak saya masih mendapat perlindungan 50 peratus kerana mengekalkan pemakaiannya," katanya.
Sebelum ini, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin, mengumumkan pemakaian pelitup muka di dalam bangunan dan luar bangunan dalam kawasan sekolah tidak lagi diwajibkan, sebaliknya mengikut pilihan masing-masing.
Menerusi video di Facebooknya, Radzi bagaimanapun masih menggalakkan pemakaian pelitup muka dalam sekolah terutama di tempat ramai orang dan bagi murid yang menaiki bas sekolah.
Radzi berkata demikian berikutan pengumuman Kementerian Kesihatan (KKM) pada 7 September lepas yang menetapkan bahawa pemakaian pelitup muka di dalam bangunan kini adalah atas pilihan individu.
Sementara itu, pegawai kerajaan, Wan Noor Zazreena Wan Zaizodin, berkata sebagai ibu bapa masih terdapat kerisauan dengan arahan kelonggaran pelitup muka di sekolah.
Bagaimanapun, katanya, beliau yakin bahawa arahan itu sudah dikaji dengan teliti.
"Pada masa yang sama, saya percaya vaksin yang diberikan oleh kerajaan dapat membantu melindungi imun anak anak kami," katanya.
Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... tup-muka-ke-sekolah
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Iols g ioi city mall semalam sajala nak tgk area yg baru bukak tu.
Semua org masih pakai pelitup muka, nampaknya masing2 tak sedia lagi nk tanggal walaupun lagipun tempat tertutup kan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Prevention is better than cure |
|
|
|
|
|
|
|
Benda dah lama makan masa nak kembali seperti dulu semula. Tapi kalau kawan2 ramai dah mula tak nak pakai cepat je akan berubah. |
|
|
|
|
|
|
|
no tq
iols suruh je anak pakai
tak kata kobit je la, batuk selsema pun boleh tahan sekarang ni |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 12-9-2022 11:39 AM
Iols g ioi city mall semalam sajala nak tgk area yg baru bukak tu.
Semua org masih pakai pelitup muk ...
Masih ada lagi kesedaran tentang kesan jangkamasa panjang bahayanya Covid & influenza di kalangan depa yang memakai mask |
|
|
|
|
|
|
| |
|