CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 239|Reply: 0

[Pulau Pinang] DAP jangka tambah kerusi di Pulau Pinang, ambil alih kerusi BERSATU

[Copy link]
Post time 11-9-2022 09:16 PM | Show all posts |Read mode
DAP jangka tambah kerusi di Pulau Pinang, ambil alih kerusi BERSATU

Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - September 11, 2022 @ 8:36pm[email protected]





Kon Yeow (dua, kiri) bersama Loke (tiga, kiri) dan Guan Eng (tiga, kanan) pada Majlis Pelancaran Jentera PRU-15 DAP Pulau Pinang hari ini. NSTP/Aminah Yusof




GEORGETOWN: DAP menjangka kerusi akan ditandingi di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) Pinang akan datang.

Setiausaha Agungnya, Anthony Loke, berkata beliau melihat ada perbezaan dalam aspek pembahagian kerusi berikutan berlaku perubahan dalam penyertaan parti komponen Pakatan Harapan (PH).

"Sudah tentu kita juga membincangkan kemungkinan pertambahan kerusi untuk ditandingi DAP dan selama ini kita hanya bertanding 19 daripada 40 kerusi.

"Memandangkan dulu ada kerusi ditandingi BERSATU umpamanya, jadi ada perbincangan

sama ada mana satu parti akan ambil kerusi BERSATU," katanya selepas Majlis Pelancaran Jentera PRU-15 DAP Pulau Pinang di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng; Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow dan veteran DAP yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang.

Loke berkata, bagaimanapun jangkaan peratusan pertambahan jumlah kerusi bakal ditandingi DAP belum diketahui termasuk soal calon belum diputuskan sehingga Parlimen dibubarkan.

"Antara kerusi (BERSATU), saya pun tidak pasti di mana. Jadi, peringkat negeri akan berbincang terlebih dulu sebelum mereka serahkan kepada pusat dan semestinya
akan ada muka baharu kerana itu lumrah setiap kali pilihan raya," katanya.

Beliau berkata, DAP menaruh harapan untuk memenangi 100 peratus kerusi ditandingi sekali gus mengulangi pencapaian parti itu selama tiga penggal berturut-turut.

"Sudah tentu ia cabaran untuk mencapai kejayaan sepenuhnya, jadi pada PRU-15 ini juga sasaran kita dan ia tidak mudah," katanya.

Diminta mengulas desas-desus berhubung adanya perbincangan dibuat membabitkan pencalonan wanita sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang pada PRU-15, berkata beliau, perkara itu belum pernah didengar setakat ini.

"Tiada cadangan itu lagi dan ini sesuatu yang baharu buat saya," katanya.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 09:48 PM GMT+8 , Processed in 0.930369 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list