View: 416|Reply: 0
|
[Kelantan]
Majoriti pelajar tidak lagi pakai pelitup muka
[Copy link]
|
|
KOTA BHARU: Memakai pelitup muka atas faktor kurang sihat dan sudah terbiasa menyebabkan ibu bapa menggalakkan pemakaian pelitup muka dalam kalangan anak mereka yang masih bersekolah.
Bagi Siti Roszaihuda Roslan, 37, tiga anaknya termasuk pasangan kembar yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Wakaf Bharu, Tumpat, dekat sini, memakai pelitup muka jika ada rakan yang bergejala.
"Jika mereka sendiri kurang sihat memang saya langsung tidak membenarkan anak ke sekolah kerana bimbang akan menjangkiti orang lain yang berisiko," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Tinjauan yang dibuat di dua sekolah yang terletak berhampiran iaitu SK Wakaf Bharu dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Wakaf Bharu, Tumpat, dekat sini mendapati majoriti murid serta pelajar sudah tidak memakai pelitup muka.
Bagaimanapun masih ada dalam kalangan mereka tetap mengenakannya walaupun sudah berada di luar kawasan sekolah dan memasuki kenderaan ibu bapa.
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin semalam mengumumkan pemakaian pelitup muka di dalam bangunan dan luar bangunan dalam kawasan sekolah tidak lagi diwajibkan, sebaliknya mengikut pilihan masing-masing.
Tinjauan di Sekolah Menengah Kebangsaan Wakaf Bharu, Tumpat, mendapati majoriti pelajar tidak lagi memakai pelitup muka. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar
Pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan di sekolah. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar
Menerusi video di Facebooknya, Radzi bagaimanapun masih menggalakkan pemakaian pelitup muka dalam sekolah terutama di tempat ramai orang dan bagi murid yang menaiki bas sekolah.
Radzi berkata demikian berikutan pengumuman Kementerian Kesihatan (KKM) pada 7 September lepas yang menetapkan bahawa pemakaian pelitup muka di dalam bangunan kini adalah atas pilihan individu.
Bagi Siti Rohaida Idris, 37, pengumuman yang dibuat oleh Radzi itu sangat dialukan kerana penularan wabak COVID-19 sudah semakin berkurangan malah orang ramai juga sudah tahu bila keperluan untuk memakai pelitup muka.
Dia berkata, anaknya, Nur Aina Mierza Mohd Khairy, 16, sudah lama tidak memakai pelitup muka kerana tidak diwajibkan oleh pengurusan sekolah namun ada masanya ia diperlukan bergantung kepada situasi.
"Keadaan sekarang sudah semakin terkawal dan pengumuman yang dibuat oleh menteri (pendidikan) satu tindakan yang tepat," katanya.
Tinjauan di Sekolah Menengah Kebangsaan Wakaf Bharu, Tumpat, mendapati majoriti pelajar tidak lagi memakai pelitup muka. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar
https://www.bharian.com.my/berit ... -pakai-pelitup-muka |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|