CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ip_lepat

Berita Semasa [Pelbagai] Luar Negara & Ucap Selamat (10 Post Sehari)

 Close [Copy link]
Post time 22-10-2023 08:04 PM | Show all posts

KANE membantu Bayern Munich menang 3-1 di Mainz. -FOTO AFP

Berlin: Harry Kane menjaringkan gol kesembilannya dalam lapan perlawanan liga membantu Bayern Munich menang 3-1 di Mainz manakala Bayer Leverkusen kembali ke tangga teratas dengan menang di Wolfsburg.

Kane menanduk masuk dari jarak dekat selepas Kingsley Coman meletakkan Bayern di hadapan meneruskan prestasi menakjubkan sejak meninggalkan Tottenham pada musim panas.

Mainz yang memenangi tiga perlawanan liga di tempat sendiri sebelum ini menentang juara Jerman itu, mencuri satu gol sebelum separuh masa apabila Anthony Caci meledak gol.

Pada awal separuh masa kedua, pemain pertahanan Mainz, Stefan Bell berpeluang menyamakan kedudukan buat tuan rumah tetapi rembatannya tersasar.

Bayern bagaimanapun melancarkan serangan seterusnya dengna Leon Goretzka merembat masuk dari luar kotak untuk gol ketiga pelawat.

Kane mengakui Bayern "bertuah beberapa kali" namun memberitahu Sky Germany "ia satu kemenangan penting di gelanggang lawan."
"Saya masih berasakan ada ruang untuk meningkat – saya masih perlu memahami rakan sepasukan sebaik mungkin."

Jurulatih Bayern, Thomas Tuchel memuji ketahanan pasukannya.

"(Matthijs de Ligt) kembali daripada kecederaan, Jo (Joshua Kimmich) menghidap selesema dan Leon (Goretzka) bengkak buku lali, jadi saya gembira mengenainya. Persembahan yang cemerlang."

Bayern, yang menang kejuaraan Bundesliga 11 kali berturut-turut, kini dua mata di belakang Leverkusen selepas lapan perlawanan.

Di Wolfsburg, gol babak kedua Alex Grimaldo membolehkan Leverkusen mendahului dengan satu mata apabila menang 2-1, merampas semula tangga teratas daripada Borussia Dortmund yang menang 1-0 ke atas Werder Bremen kelmarin.
sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2023 08:33 PM | Show all posts

RAKYAT Palestin duduk atas runtuhan bangunan selepas serangan rejim Israel. FOTO AFP

Ramallah (Palestin): Sebanyak lima agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa dunia melipatgandakan usaha untuk membantu Gaza berikutan krisis kemanusiaan yang membelenggu wilayah itu.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Program Pembangunan PBB (UNDP), UN Population Fund (UNFPA), Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF), Program Makanan Sedunia (WFP) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Konvoi kemanusiaan memasuki Gaza pada Sabtu melalui sempadan Rafah - kali pertama sejak serangan Israel di wilayah itu bermula dua minggu lalu.

Sebanyak 20 trak membawa barangan bantuan kemanusiaan dari PBB dan Bulan Sabit Merah Mesir, termasuk makanan dalam tin, pasta, air minuman dan bekalan perubatan. Beratus-ratus lagi trak masih berada di sempadan.

Menurut agensi berkenaan penghantaran pertama meskipun terhad namun serba sedikit dapat meringankan penderitaan, terutama wanita dan kanak-kanak yang terputus bekalan air, makanan, ubat, bahan api dan keperluan lain.

Agensi PBB itu menggesa gencatan senjata dan akses kemanusiaan tanpa had di seluruh Gaza bagi membolehkan petugas menyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

"Aliran bantuan kemanusiaan harus berskala besar dan berterusan.

"Kami menyeru petugas kemanusiaan di Gaza dilindungi dan semua pihak menghormati undang-undang kemanusiaan antarabangsa," kata agensi itu.


Disiarkan pada: Oktober 22, 2023 @ 8:29pm


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2023 10:29 PM | Show all posts
Warga China didakwa jadi pengintip AS
Oktober 22, 2023 @ 9:49pm


Bendera AS dan China dilihat melalui kaca pecah dalam ilustrasi ini yang diambil, 30 Januari 2023. - Foto REUTERS

BEIJING: Agensi tertinggi perisik China hari ini melaporkan seorang warganya yang bekerja dengan sebuah institut pertahanan dituduh mengintip bagi Amerika Syarikat dan kesnya dipindahkan ke mahkamah di bandar barat daya Chengdu untuk dibicarakan.

Kes itu adalah yang terbaru menekankan komitmen Beijing untuk meningkatkan keselamatan negara, undang-undang anti-pengintipan serta tindakan keras terhadap rasuah domestik.

Penyiar negara China iaitu CCTV dalam laporan televisyen memaklumkan, seorang lelaki bernama Hou yang bekerja di sebuah institut pertahanan yang tidak didedahkan dihantar pada 2013 sebagai pelawat ke universiti Amerika Syarikat di mana dia dipaksa untuk mendedahkan rahsia negara China.

Kementerian Keselamatan Negara China mengeluarkan kenyataan di laman sesawang WeChatnya hari ini berkata, aktiviti pengintipan berjalan seiring dengan penipuan, godaan dan konspirasi.




LIVE
ASIA
Warga China didakwa jadi pengintip AS
Oktober 22, 2023 @ 9:49pm
facebook sharing buttonwhatsapp sharing buttontwitter sharing buttonemail sharing button
Bendera AS dan China dilihat melalui kaca pecah dalam ilustrasi ini yang diambil, 30 Januari 2023. - Foto REUTERS
Bendera AS dan China dilihat melalui kaca pecah dalam ilustrasi ini yang diambil, 30 Januari 2023. - Foto REUTERS
BEIJING: Agensi tertinggi perisik China hari ini melaporkan seorang warganya yang bekerja dengan sebuah institut pertahanan dituduh mengintip bagi Amerika Syarikat dan kesnya dipindahkan ke mahkamah di bandar barat daya Chengdu untuk dibicarakan.

Kes itu adalah yang terbaru menekankan komitmen Beijing untuk meningkatkan keselamatan negara, undang-undang anti-pengintipan serta tindakan keras terhadap rasuah domestik.



Penyiar negara China iaitu CCTV dalam laporan televisyen memaklumkan, seorang lelaki bernama Hou yang bekerja di sebuah institut pertahanan yang tidak didedahkan dihantar pada 2013 sebagai pelawat ke universiti Amerika Syarikat di mana dia dipaksa untuk mendedahkan rahsia negara China.

Kementerian Keselamatan Negara China mengeluarkan kenyataan di laman sesawang WeChatnya hari ini berkata, aktiviti pengintipan berjalan seiring dengan penipuan, godaan dan konspirasi.
BERITA BERKAITAN
Taiwan tingkatkan usaha anti-pengintipan selepas pegawai tentera dituduh mengintip
Agensi perisikan China dakwa bongkar operasi intipan CIA
China lulus undang-undang untuk tangani pengintipan
Pelajar Malaysia ditahan di Norway kerana lakukan pengintipan

CCTV berkata seorang profesor AS yang rapat dengan Hou memperkenalkannya kepada seseorang yang mengaku sebagai pekerja sebuah syarikat perunding, tetapi sebenarnya adalah seorang pegawai perisikan Amerika menggunakan syarikat untuk berselindung, kata CCTV.

Kemudiannya, apabila mereka menjadi lebih mesra, pegawai perisikan itu mendekati Hou untuk menjadi pakar perunding di 'syarikatnya' dan menjanjikannya bayaran AS$600-AS$700 (RM2,860-RM3,337)setiap kali untuk mendapatkan perkhidmatannya.

Beberapa bulan kemudian, semasa isteri dan anak Hou melawat AS, individu terbabit mendedahkan niatnya yang sebenar dan mencadangkan perubahan dalam cara mereka bekerjasama.

Hou, yang bimbang akan keselamatan isteri dan anak lelakinya, bersetuju dengan syarat itu, menurut CCTV.

Di bawah perjanjian itu, di kebanyakan mesyuarat Hou akan diminta untuk mendedahkan rahsia yang sangat sulit dalam sesi selama sejam dan akan mendapat AS$1,000 (RM4,767) sebagai pampasan, kata laporan itu.

Kerjasama itu diteruskan selepas Hou kembali ke China pada 2014.

Beliau akan bertemu dengan perisikan AS semasa menghadiri persidangan antarabangsa, kata CCTV.

Beliau juga memberikan maklumat perisikan dalam bidang pertahanan negara dan industri ketenteraan atas inisiatifnya sendiri, kata laporan itu.

Selepas siasatan oleh kerajaan China, Hou telah ditahan pada Julai 2021 dan didakwa kerana disyaki mengintip.

Sejak kebelakangan ini, China telah menangkap dan menahan puluhan warganya dan warga asing kerana disyaki mengintip, sehingga menimbulkan kebimbangan AS terhadap dorongan balas pengintipannya.

Baru-baru ini, agensi pengintip China menerbitkan butiran baharu mengenai seorang warga AS yang dipenjarakan seumur hidup kerana pengintipan awal tahun ini. - REUTERS

Sumber: Berita Harian Online

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2023 10:38 PM | Show all posts
Trak bantuan kedua sudah memasuki Mesir
Oktober 22, 2023 @ 10:01pm


Trak yang membawa bantuan kemanusiaan daripada NGO Mesir melalui persimpangan Rafah dari sebelah Mesir, di tengah-tengah konflik berterusan antara Israel dan kumpulan Palestin Hamas, di Rafah, Mesir, - Foto REUTERS

KAHERAH: Konvoi kedua trak bantuan memasuki bahagian Mesir di sempadan Rafah hari ini dan menuju ke Semenanjung Gaza, menurut sumber keselamatan dan kemanusiaan Mesir di Rafah.

Sumber berkenaan berkata, sebanyak 19 trak yang membawa bekalan perubatan dan makanan sudah diperiksa oleh UNRWA dan agensi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB).

Konvoi pertama 20 trak bekalan yang sangat diperlukan sudah memasuki Gaza, semalam.

Israel mengenakan sekatan keseluruhan dan melancarkan serangan udara ke atas Gaza sebagai tindak balas kepada serangan maut.

Pegawai PBB berkata, sekurang-kurangnya 100 trak sehari diperlukan di Gaza untuk menampung keperluan mendesak.

Sebelum tercetusnya konflik terbaharu, beberapa ratus trak telah tiba di kawasan itu setiap hari.

Ketua kemanusiaan PBB, Martin Griffiths memberitahu Reuters semalam bahawa kerja sedang dijalankan untuk membangunkan sistem pemeriksaan 'ringan', di mana Israel boleh menyemak penghantaran tetapi dapat memastikan aliran yang berterusan. - REUTERS

Sumber: Berita Harian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2023 10:40 PM | Show all posts
Selamat malam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2023 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2023 12:37 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 09:02 AM | Show all posts

BAYI pramatang yang diletakkan dalam inkubator di Al-Shifa Hospital di bandar Gaza, FOTO Agensi/Hazem Albaz/The media line

Baitulmaqdis: Nyawa sekurang-kurangnya 120 bayi dalam inkubator di hospital Gaza yang dilanda perang umpama di hujung tanduk apabila kehabisan bahan api, agensi kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran pada Ahad.

Lebih 1,750 kanak-kanak terbunuh oleh serangan Israel yang dilancarkan terhadap Semenanjung Gaza sebagai tindak balas terhadap serangan Hamas pada 7 Oktober, menurut kementerian kesihatan wilayah Palestin.

Hospital berdepan kekurangan ubat-ubatan, bahan api dan air bukan sahaja untuk beribu-ribu pesakit yang cedera dalam peperangan lebih dua minggu perang antara militan Gaza dan Israel tetapi untuk pesakit rutin.

"Pada masa ini kami mempunyai 120 bayi yang berada dalam inkubator, yang mana 70 daripadanya memerlukan bantuan ventilasi mekanikal dan sudah tentu keadaan sangat membimbangkan," kata jurucakap Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Jonathan Crickx.


Bahan api adalah satu kebimbangan utama bagi tujuh wad pakar di seluruh Gaza yang merawat bayi pramatang untuk membantu pernafasan dan memberikan sokongan kritikal, contohnya apabila organ mereka tidak cukup berkembang.

Israel mengarahkan sekatan sepenuhnya ke atas wilayah itu selepas serangan Hamas, yang mana kumpulan itu membunuh 1,400 orang, kebanyakannya orang awam, menurut pegawai Israel.
Akibat pemotongan elektrik itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran pada Khamis bahawa hospital sudah kehabisan bahan api untuk dijana.

WHO berkata, kira-kira 1,000 pesakit yang memerlukan dialisis juga akan berisiko jika penjana berhenti.

Dua puluh trak bantuan sudah menyeberang dari Mesir ke Gaza pada Sabtu tetapi bahan api tiada dalam konsainan.

"Jika mereka (bayi) diletakkan dalam inkubator, ini bermakna jika bekalan elektrik diputuskan, kami sangat bimbang terhadap nyawa mereka, kata jurucakap UNICEF kepada AFP.

Menteri Kesihatan Gaza pada Sabtu berkata, seramai 130 bayi pramatang berada dalam situasi bahaya akibat kekurangan bahan api.

Kira-kira 160 wanita bersalin setiap hari di Gaza, menurut Dana Penduduk PBB, yang menganggarkan terdapat 50,000 wanita hamil di seluruh wilayah yang mempunyai 2.4 juta penduduk.

Walaupun Israel mengatakan serangannya ditujukan kepada Hamas kerana melakukan serangan terburuk terhadap Israel sejak penubuhannya pada 1948, kanak-kanak adalah sebahagian besar daripada 4,385 kematian.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2023 09:05 AM | Show all posts

GORETZKA (tiga dari kiri) kesakitan selepas mengalami kecederaan ketika menentang Mainz 05.


Berlin: Pemain tengah Bayern Munich Leon Goretzka bakal terlepas beberapa perlawanan selepas tangannya patah ketika menang 3-1 di Mainz kelmarin, umum kelab Bavaria itu hari ini.

Goretzka yang menjaringkan gol dalam perlawanan itu patah tulang di tangannya dan menjalani pembedahan semalam.

Pemain antarabangsa Jerman itu tidak akan berkunjung ke Turkiye untuk menentang Galatasaray dalam saingan Liga Juara-Juara Rabu ini dan aksi di tempat sendiri berdepan Darmstadt pada Sabtu.

Kecederaan Goretzka itu menyukarkan lagi situasi juara Jerman yang kehilangan beberapa pemain akibat kecederaan

Selain penjaga gol Manuel Neuer yang tidak beraksi untuk Bayern sejak November 2022, juara bertahan itu kehilangan Serge Gnabry, Noussair Mazraoui, Raphael Guerreiro dan Dayot Upamecano.

Pengurus Bayern Thomas Tuchel merungut mengenai skuadnya yang dianggap agak 'kurus' selepas jendela perpindahan ditutup pada September dan sebelum beberapa pemain bintangnya mengalami kecederaan.


Disiarkan pada: Oktober 23, 2023 @ 8:59am



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 09:07 AM | Show all posts

GAYA Verstappen meraikan kemenangan di Austin. FOTO AFP.

Verstappen juara Grand Prix AS
Austin, Texas: Juara dunia tiga kali dari Red Bull Max Verstappen mengatasi cabaran sengit Lewis Hamilton untuk meraih kemenangan ke-50 dalam karier Formula Satu (F1 di Grand Prix Amerika Syarikat (AS), awal pagi tadi.

Pelumba Mercedes Hamilton hanya ketinggalan 2.225 saat selepas bersaing hebat di pusingan akhir yang menyaksikan pendahulu awal dari McLaren, Lando Norris menduduki tempat ketiga di Litar Americas.

Kemenangan itu yang ketiga berturut-turut Verstappen di Austin, Texas dan menyamai rekod dicatatnya sendiri ketika berbaki empat lagi perlumbaan tahun lalu.

Verstappen yang bermula di petak keenam dan muncul pelumba sulung di Austin menjadi juara bukan bermula dari tempat pertama sudah pun memastikan gelaran pengeluar dan pelumba miliknya.


"Keseluruhan perlumbaan, saya bergelut dengan banyak masalah brek," kata Verstappen yang diejek sebilangan penonton ketika di podium.

"Anda boleh menyaksikannya sehingga di penamat. Kebiasaannya saya kurang berdepan masalah brek setakat ini dalam karier saya tetapi sudah tentu ia boleh jejaskan pemanduan."

Verstappen menjarakkan kedudukan di hadapan pelumba Mexico, Perez dengan 228 mata dan muncul hanya pelumba kelima F1 yang meraih 50 kemenangan.

Jika menang di Mexico minggu depan, pelumba Belanda itu akan menyamai rekod juara dunia empat kali Alain Prost dan mampu memintas 53 kemenangan milik bekas jaguh Red Bull Sebastian Vettel sebelum tamat perlumbaan musim ini.


Disiarkan pada: Oktober 23, 2023 @ 7:14am


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 09:16 AM | Show all posts

Armita Geravand ialah seorang gadis Kurdish berusia 16 tahun yang berasal dari Kermanshah. - Foto AGENSI

Remaja perempuan Iran yang ditahan 'mati otak' - Media kerajaan
DUBAI: Seorang remaja perempuan Iran, yang melanggar undang-undang hijab negara itu dilaporkan koma awal bulan ini serta didakwa 'mati otak', lapor media negara Iran hari ini.

Kumpulan seperti Kurdish-Iranian Hengaw adalah yang pertama mendedahkan kemasukan Armita Geravand ke hospital dan menerbitkan gambar gadis berusia 16 tahun itu di media sosial yang menunjukkan dia tidak sedarkan diri dengan tiub pernafasan dan pembalut di atas kepalanya yang secara jelas memerlukan sokongan nyawa.

Bagaimanapun, Reuters tidak dapat mengesahkan gambar berkenaan.

"Keadaan kesihatan terkini Geravand menunjukkan bahawa keadaannya yang mati otak walaupun terdapat usaha daripada kakitangan perubatan," lapor media kerajaan.

Terdapat kebimbangan oleh peguam bela bahawa Geravand mungkin menghadapi nasib yang sama seperti Mahsa Amini, yang kematiannya dalam tahanan polis moral tahun lalu mencetuskan protes antikerajaan di seluruh negara selama berbulan-bulan yang menimbulkan salah satu cabaran paling berani kepada pemerintah ulama Iran.



Iran telah menafikan bahawa Geravand cedera selepas konfrontasi pada 1 Oktober dengan pegawai yang menguatkuasakan kod pakaian Islam wajib di metro Tehran.

Wanita dikehendaki oleh undang-undang untuk menutup rambut mereka dan memakai pakaian yang panjang dan longgar.

Mereka yang melanggar undang-undang itu akan berdepan dengan teguran awam, denda atau tangkapan.

Kebanyakan wanita menentang etika berpakaian Islam yang ketat dengan tampil tidak bertudung di tempat awam seperti pusat beli-belah, restoran dan kedai di seluruh negara sejak kematian Amini. - REUTERS

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 09:18 AM | Show all posts

Presiden Indonesia Joko Widodo mengucapkan tahniah kepada Pengerusi Parti Gerindra, Prabowo Subianto, yang merupakan saingan pemilihannya, selepas pelantikan presiden untuk penggal kedua, di bangunan Dewan Perwakilan Rakyat di Jakarta, Indonesia pada 20 Oktober 2019. - Foto REUTERS

Anak Jokowi bertanding dalam pilihan raya


JAKARTA: Menteri pertahanan Indonesia dan calon presiden, Prabowo Subianto hari ini mengumumkan anak sulung pemimpin penyandang Joko Widodo akan bertanding dalam pilihan raya tahun depan.

Pemilihan Gibran Rakabuming Raka, 36, boleh membantu kempen Prabowo kerana populariti besar Jokowi, walaupun ketika kemarahan minggu ini mengenai keputusan kontroversi mahkamah untuk menukar syarat kelayakan yang akan menghalang Gibran daripada bertanding. - REUTERS

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 12:25 PM | Show all posts
Edited by Vellfire at 23-10-2023 04:34 AM

Hurikan Norma bawa hujan lebat, banjir di pantai barat laut Mexico



Gambar menunjukkan keadaan di luar premis bangunan yang dibanjiri air sebelum dibadai hurikan Norma di Los Cabos, Baja Californa, Mexico. — Gambar AFP

CABO SAN LUCAS: Hurikan Norma membadai pantai barat laut Mexico pada tengah hari kelmarin sebagai ribut kategori satu, membawa hujan lebat dan banjir, menurut pihak berkuasa.
Ribut yang muncul di tepi pantai kira-kira 25 kilometer barat laut bandar peranginan Cabo San Lucas di pantai Baja California itu menjadi lemah secara berperingkat dari kategori tiga ketika ia menghampiri kawasan daratan.
Norma sedang bergerak ke barat laut dengan kekuatan 3kph, membawa angin selaju hingga 130kph, lapor Pusat Hurikan Negara (NHC) pada jam 7 malam waktu tempatan.

Norma dijangka akan membawa curahan hujan sehingga 45 sentimeter (18 inci), menghasilkan “banjir kilat dan urban, di samping gelongsoran lumpur di beberapa kawasan cerun tinggi,” menurut NHC.

“Keadaan ombak yang kuat dan membahayakan nyawa” akan melanda pantai di barat daya dan barat tengah Mexico dan Baja California Sur untuk beberapa hari akan datang.

Pekerja hotel di Cabo San Lucas telah meminta para pengunjung agar tidak keluar sehingga pihak berkuasa memberikan kebenaran, Gustavo Matamoros, seorang pekerja hotel, memberitahu AFP.

Pihak berkuasa tempatan menyatakan kira-kira 60,000 pelancong menetap di kawasan itu, kebanyakan mereka merupakan pelancong antarabangsa.

Rakaman dari Milenio TV menunjukkan jalan raya yang ditenggelami air ketika ketibaan Norma, namun tiada korban nyawa dilaporkan oleh pihak berkuasa.

Norma terus menjadi lemah kepada ribut tropika ketika ia bergerak menuju ke pantai barat Mexico pada Ahad.

Dua orang meninggal dunia pada minggu lepas ketika Hurikan Lidia melanda daerah barat Jalisco dan Nayarit. — AFP


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 12:35 PM | Show all posts
AS alu-alukan bantuan ke Gaza, gesa lintasan Rafah dibuka



Petugas sukarela memeriksa barangan dari lori yang membawa barangan bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza dari Mesir ketika memasuki sempadan Rafah. — Gambar AFP

WASHINGTON: Amerika Syarikat kelmarin menyambut baik ketibaan beberapa buah trak bantuan dari Mesir di Semenanjung Gaza yang terjejas akibat peperangan, dan menggesa semua pihak agar memastikan lintasan Rafah dibuka.

Setiausaha Negara AS Antony Blinken menggesa "semua pihak agar memastikan lintasan Rafah dibuka bagi membolehkan pergerakan bantuan yang berterusan kerana ia mustahak untuk kebajikan rakyat di Gaza,” menurut satu kenyataan.

Wartawan AFP kelmarin melihat 20 buah trak dari Bulan Sabit Merah Mesir, yang bertanggungjawab bagi menghantar bantuan dari beberapa buah agensi PBB, bergerak melalui lintasan sempadan Rafah dari Mesir ke Gaza.

"Kami telah dijelaskan: Hamas tidak seharusnya campur tangan dengan peruntukan bagi bantuan yang menyelamatkan nyawa ini,” kata Blinken.

"Warga awam Palestin tidak bertanggungjawab bagi keganasan mengerikan oleh Hamas, dan mereka tidak seharusnya menderita akibat tindakan kejam ini.”

Pembukaan laluan bekalan muncul selepas rundingan tegang selama beberapa hari dan satu perjanjian dicapai oleh Presiden AS Joe Biden dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi ketika kunjungan Biden ke Israel pada awal minggu ini.

Kelmarin merupakan penghantaran yang pertama seumpamanya sejak peperangan meletus dua minggu lepas antara Israel dan Hamas, pergerakan militan Islamis yang memerintah enklaf Palestin dengan seramai 2.4 juta penduduk.

Pada 7 Oktober, militan Hamas telah menyerbu ke Israel dari Gaza dan membunuh sekurang-kurangnya 1,400 orang, kebanyakan warga awam yang telah ditembak, dicacatkan atau dibakar hingga mati pada hari pertama serangan, menurut pegawai Israel.

Sejak itu, lebih daripada 4,100 rakyat Palestin, kebanyakan warga awam, telah terkorban dalam pengeboman tanpa henti Israel, menurut kementerian kesihatan yang diuruskan oleh Hamas.  – AFP

https://www.utusanborneo.com.my/ ... ntasan-rafah-dibuka

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 12:41 PM | Show all posts
Enam terkorban, Rusia serang depot mel Ukraine



Seorang anggota polis menemukan satu mayat ketika menjalankan siasatan di lokasi serangan di depot mel di wilayah Kharkiv di timur laut Ukraine. — Gambar AFP
KYIV: Serangan misil Rusia telah membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 14 orang lagi kelmarin, ketika mereka menyerang sebuah depot mel di wilayah Kharkiv di timur laut Ukraine, menurut pegawai tempatan.

Presiden Volodymyr Zelensky berkongsikan sebuah video menerusi media sosial bagi apa yang kelihatan sebagai sebuah gudang mengalami kerosakan teruk dikelilingi oleh runtuhan batu bata dan sebuah kontena dengan logo syarikat perkhidmatan pos Ukraine Nova Poshta.

“Semua enam orang yang terkorban dan 14 orang tercedera akibat serangan pihak penakluk merupakan pekerja syarikat yang berada di dalam terminal Nova Poshta,” gabenor wilayah Kharkiv Oleg Sinegubov berkata.

“Mangsa, berusia antara 19 dan 42 tahun, mengalami luka akibat serpihan dan kecederaan daripada letupan,” tambah beliau.

Daripada 14 orang yang menerima rawatan di hospital, tujuh orang  berada dalam keadaan serius.

“Doktor sedang berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan nyawa mereka,” tambah beliau.

Menurut pejabat pendakwa raya wilayah, pasukan tentera Rusia di wilayah Belgorod di utara Kharkiv telah menembak misil S-300, dua daripadanya mengenai gudang tersebut. — AFP


https://www.utusanborneo.com.my/ ... g-depot-mel-ukraine

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 12:43 PM | Show all posts
Saintis temukan sungai paling gelap di dunia



SUNGAI Ruki di Congo. - AGENSI

KINSHASA: Sungai Ruki yang terletak di Congo baru-baru ini digelar sebagai sungai paling gelap di dunia.

Malah, menurut pasukan saintis dari ETH Zurich di Switzerland, warna air Sungai Ruki iaitu anak sungai dari Sungai Congo, dikatakan sangat gelap sehingga tidak dapat melihat wajah sendiri.

Ia merupakan kajian saintifik yang pertama mengenai sungai Afrika.

Lapor Oddity Central, para saintis menyimpulkan bahawa air Sungai Ruki yang berwarna gelap disebabkan oleh kandungan bahan organik terlarut yang tinggi dari hutan hujan di sekitarnya.

Pasukan saintis juga mendapati bahawa keadaan air sungai itu disebabkan oleh sebatian kaya karbon terlarut daripada bahan tumbuhan yang reput dan dihanyutkan ke Sungai Ruki oleh air hujan dan banjir.

Pengarang utama kajian, Dr. Travis Drake berkata, Ruki pada asasnya merupakan kawasan hutan tanaman teh yang mana bahan tumbuhan kaya dengan karbon dilarutkan.

Warna air yang terhasil menjadikan Sungai Ruki lebih gelap berbanding Sungai Rio Negro.

“Sebatian organik yang terlarut daripada tumbuh-tumbuhan ini menyerap cahaya, jadi semakin tinggi kepekatan semakin gelap air akan kelihatan.

“Ia sama seperti membancuh teh yang sangat pekat dengan menggunakan banyak uncang teh,” katanya.

Dengan menggunakan sistem pengukuran, pasukan saintis mendapati Sungai Ruki adalah 1.5 kali ganda lebih gelap berbanding Sungai Rio Negro di Amazon.

Walaupun Sungai Ruki hanya membentuk kira-kira satu perdua puluh Lembangan Congo, ia membekalkan satu perlima daripada semua karbon terlarut di Congo.  

https://www.utusan.com.my/luar-n ... ing-gelap-di-dunia/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2023 12:45 PM | Show all posts
Hrithik Roshan temui peminat di Malaysia Disember ini



KUALA LUMPUR : Selepas lapan tahun berlalu, pelakon terkenal Bollywood, Hrithik Roshan, bakal kembali mengubati kerinduan peminatnya di sini bagi menjayakan Stars In Fire Kuala Lumpur Live In Concert yang akan diadakan pada 1 Disember depan.

Bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, konsert tersebut dibawakan oleh Yess Boss Groups dan menjanjikan pelbagai kemeriahan buat penonton dan peminat yang hadir.

Menurut Pengarah Urusan Yess Boss Groups, Shahkeer Azzat Zailan, menerusi konsert itu, aktor tersebut akan tampil dengan diiringi barisan penari hebat bersama koreografi tarian yang penuh warna warni.

Hrithik juga dimaklumkan akan ditemani penerbit dan aktor Prabhudeva yang juga seorang pengarah koreografi tersohor India khusus untuk persembahan itu di sini.

“Membawa Hrithik Roshan kembali ke Malaysia selepas lapan tahun adalah sebuah misi yang sangat mengujakan.

“Ini akan menjadi penanda aras buat kami yang diberi kepercayaan Dembi Productions dan Yess Boss Groups untuk merealisasikan impian peminat melihat skil tarian dan penampilan memukau Hrithik.

“Hrithik juga sangat berbesar hati kembali ke Malaysia dan melerai kerinduan terhadap peminat di sini yang memberi sokongan bukan dari kerjaya seni malah menghargai dirinya sebagai seorang individu,” katanya.



Tidak cuma itu, Stars On Fire Kuala Lumpur In Concert turut membawakan pasangan selebriti kesayangan ramai iaitu Bharti Singh dan Harsh Limbachiyaa untuk menyerikan acara pembukaan konsert tersebut.

Shahkeer juga berharap Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert akan menjadi konsert penutup 2023 yang penuh gilang-gemilang dengan pengaruh seni Bollywood tiada tandingan.

“Dalam lambakan muzik atau konsert yang diadakan sepanjang tahun ini, Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert akan menjadi penanda aras bahawa aliran Bollywood sentiasa dinantikan.

“Ramai peminat dahagakan penampilan bintang kesayangan mereka termasuk Hrithik yang sememangnya mempunyai pengaruh luar biasa di Malaysia,” ujarnya lagi.

Acara turut diserikan dengan kemunculan beberapa selebriti lain seperti Aastha Gills, Vaani Kapoor dan juga Sanya Malhotra.

Peminat boleh mendapatkan tiket yang mula dijual pada 19 Oktober lalu berharga RM149 (Silver), RM249 (Gold), RM549 (platinium), RM649 (Blue Saphire) dan RM3,500 (VIP)

https://www.utusan.com.my/gaya/h ... aysia-disember-ini/
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 12:47 PM | Show all posts
Malaysia berjaya berunding dengan China, Indonesia dan Thailand guna mata wang tempatan



ANWAR IBRAHIM bertemu dengan mahasiswa dan rakyat Malaysia yang berada di Kaherah, Mesir.-FACEBOOK/ANWAR IBRAHIM

PETALING JAYA: Malaysia berjaya dalam rundingan bersama China, Indonesia dan Thailand untuk menggunakan mata wang tempatan dalam urusan perdagangan agar kedudukan dan kekuatan ringgit dapat kembali kuat dan mengukuh.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia merupakan langkah permulaan tegas yang telah diambil Malaysia untuk bergerak ke arah dedolarisasi setelah menyaksikan kejatuhan mata wang ringgit akibat tindakan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) yang secara agresif meningkatkan kadar faedah.

Katanya, tindakan AS itu turut memberi kesan mata wang Renmimbi China dan Yen Jepun.

“Tentunya kesannya tidak akan segera terjelma. Namun, langkah permulaan yang tegas diambil yakni Malaysia mesti bergerak ke arah pendolarisasi dan Malaysia berjaya dalam rundingan bersama China, Indonesia dan Thailand untuk menggunakan mata wang tempatan dalam urusan perdagangan agar kedudukan dan kekuatan Ringgit dapat kembali kuat dan mengukuh,” katanya dalam Facebook hari ini.

Beliau berkata demikian selepas ditanya mengenai kedudukan semasa mata wang ringgit dalam satu program bersama mahasiswa dan rakyat Malaysia di Kaherah, Mesir semalam.

Terdahulu, Anwar tiba di Kaherah, Mesir bagi lawatan kerja selama satu hari ke negara tersebut.

Ketibaan Anwar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah pada pukul 8.16 malam waktu tempatan (1.16 pagi, 23 Oktober waktu Malaysia) disambut Menteri Pertanian dan Penebusgunaan Tanah Mesir, Mohamed El-Quseir.

Beliau dijadualkan mengadakan pertemuan bersama Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi pada hari ini.

Abdel Fattah merupakan pemimpin negara yang ketiga ditemui Anwar selepas Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Arab Saudi, Putera Mohammed Salman dan Presiden Turki, Recep Tayyib Erdogan dalam lawatan kerja beliau ke luar negara sejak Khamis lalu.

Dalam majlis sama, Anwar mengambil peluang dalam mencerakinkan usaha dan tumpuan kerajaan dalam memulihkan ekonomi Malaysia serta langkah-langkah yang diambil.

“Saya tegaskan Malaysia mesti kebah dari penyakit rasuah dan kegagalan menegakkan tatakelola, dan tatanan ini mesti dilonjakkan ke tahap yang lebih baik,” katanya.-UTUSAN


https://www.utusan.com.my/nasion ... mata-wang-tempatan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 12:50 PM | Show all posts
Peguam ‘palsu’ menang 26 kes mahkamah



BRIAN Mwenda Njagi ditahan selepas didapati menyamar sebagai peguam. - AGENSI

NAIROBI: Seorang lelaki di Kenya ditahan selepas didapati menyamar sebagai peguam dan pernah mewakili beberapa pelanggannya dalam 26 kes yang berbeza di mahkamah.

Namun, apa yang menariknya adalah lelaki itu menang dalam semua kes diwakilinya tanpa mempunyai pendidikan khusus dalam bidang undang-undang.

Lapor Oddity Central, Brian Mwenda Njagi turut digelar sebagai `Mike Ross sebenar’ yang merujuk kepada watak popular dalam siri televisyen Suits.

Mwenda sempat menguruskan 26 kes anak guamnya di hadapan hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi, serta memenangi kesemua kes berkenaan.

Lelaki itu menggambarkan dirinya sebagai peguam yang bertauliah sehingga mana-mana individu termasuk para hakim tidak dapat mencuriga keupayaannya.

Persatuan Undang-Undang Kenya (LSK) hanya mula mengesyaki Mwenda selepas menerima aduan daripada peguam, Brian Mwenda Ntwiga yang mengadu tidak dapat mengakses akaunnya.

“Pada 5 Ogos lalu, permohonan Brian Mwenda Ntwiga diterima masuk dalam Majlis Peguam dan alamat emelnya yang betul dicatatkan dan akaun baharu sudah dibuka untuknya dalam portal Peguambela.

“Kami menghubungi peguam Brian Mwenda Ntwiga yang mengesahkan tidak memohon sijil amalan sejak diterima masuk. Alasannya dia pernah bekerja di Pejabat Peguam Negara dan tidak memerlukan dokumen demikian,” jelas LSK dalam kenyataan.

Bagaimanapun, ketika cuba log masuk ke akaunnya untuk mengaktifkan profil, Ntwiga menyedari butiran itu salah dan tidak dapat mengakses akaun itu.

“Dia menghubungi LSK dan siasatan dijalankan didapati individu lain yang mempunyai nama sama sepertinya telah `menganggu’ akaunnya.

“Setelah mengumpul bukti mencukupi, pasukan tindakan LSK cawangan Nairobi menahan Brian Mwenda Njagi atas tuduhan menyamar sebagai peguam,” jelas laporan itu.


https://www.utusan.com.my/luar-n ... ng-26-kes-mahkamah/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 12:56 PM | Show all posts
Nyawa 120 bayi pramatang di hujung tanduk



BAYI pramatang yang diletakkan dalam inkubator di Al-Shifa Hospital di bandar Gaza, FOTO Agensi/Hazem Albaz/The media line

Baitulmaqdis: Nyawa sekurang-kurangnya 120 bayi dalam inkubator di hospital Gaza yang dilanda perang umpama di hujung tanduk apabila kehabisan bahan api, agensi kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran pada Ahad.

Lebih 1,750 kanak-kanak terbunuh oleh serangan Israel yang dilancarkan terhadap Semenanjung Gaza sebagai tindak balas terhadap serangan Hamas pada 7 Oktober, menurut kementerian kesihatan wilayah Palestin.

Hospital berdepan kekurangan ubat-ubatan, bahan api dan air bukan sahaja untuk beribu-ribu pesakit yang cedera dalam peperangan lebih dua minggu perang antara militan Gaza dan Israel tetapi untuk pesakit rutin.

"Pada masa ini kami mempunyai 120 bayi yang berada dalam inkubator, yang mana 70 daripadanya memerlukan bantuan ventilasi mekanikal dan sudah tentu keadaan sangat membimbangkan," kata jurucakap Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Jonathan Crickx.

Bahan api adalah satu kebimbangan utama bagi tujuh wad pakar di seluruh Gaza yang merawat bayi pramatang untuk membantu pernafasan dan memberikan sokongan kritikal, contohnya apabila organ mereka tidak cukup berkembang.

Israel mengarahkan sekatan sepenuhnya ke atas wilayah itu selepas serangan Hamas, yang mana kumpulan itu membunuh 1,400 orang, kebanyakannya orang awam, menurut pegawai Israel.

Akibat pemotongan elektrik itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran pada Khamis bahawa hospital sudah kehabisan bahan api untuk dijana.

WHO berkata, kira-kira 1,000 pesakit yang memerlukan dialisis juga akan berisiko jika penjana berhenti.

Dua puluh trak bantuan sudah menyeberang dari Mesir ke Gaza pada Sabtu tetapi bahan api tiada dalam konsainan.

"Jika mereka (bayi) diletakkan dalam inkubator, ini bermakna jika bekalan elektrik diputuskan, kami sangat bimbang terhadap nyawa mereka, kata jurucakap UNICEF kepada AFP.

Menteri Kesihatan Gaza pada Sabtu berkata, seramai 130 bayi pramatang berada dalam situasi bahaya akibat kekurangan bahan api.

Kira-kira 160 wanita bersalin setiap hari di Gaza, menurut Dana Penduduk PBB, yang menganggarkan terdapat 50,000 wanita hamil di seluruh wilayah yang mempunyai 2.4 juta penduduk.

Walaupun Israel mengatakan serangannya ditujukan kepada Hamas kerana melakukan serangan terburuk terhadap Israel sejak penubuhannya pada 1948, kanak-kanak adalah sebahagian besar daripada 4,385 kematian.


https://www.hmetro.com.my/global ... ng-di-hujung-tanduk

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 04:34 AM GMT+8 , Processed in 0.542461 second(s), 65 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list