CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ip_lepat

Berita Semasa [Pelbagai] Luar Negara & Ucap Selamat (10 Post Sehari)

 Close [Copy link]
Post time 9-11-2023 04:47 PM | Show all posts

Lelaki uji tangkal kebal mati ditembusi peluru



Ada dalam kalangan penduduk Nigeria percaya bahawa tangkal dapat menyelamatkan mereka daripada pelbagai bencana. – Getty Images

BANDAR BAUCHI, NIGERIA – Seorang lelaki di negeri Bauchi, Nigeria mati ditembak oleh sorang pawang ketika menguji kekebalan tangkal yang didakwa dapat menjadikan si pemakai kalis peluru, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) semalam.

Pawang tersebut, yang menembak mangsa menggunakan sepucuk pistol buatan tempatan,  telah diberkas bersama dua suspek lain. Seorang lagi suspek masih diburu polis.

Menurut Superintendan polis tempatan, Ahmed Wakil, ujian kekebalan objek digelar ‘tangkal pistol’ itu dilakukan ke atas mangsa, Muhammadu Ali, 43.

Sejurus terdengar bunyi tembakan, polis bergegas ke lokasi kejadian sebelum membawa mangsa ke hospital.

“Dia bagaimanapun disahkan meninggal dunia sejurus tiba di hospital,” kata Wakil sambil memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menggunakan tangkal seperti itu.

Tangkal sering digunakan oleh penduduk Nigeria di mana orang ramai menggunakan khidmat dukun dan pawang  untuk mengatasi pelbagai masalah. – AGENSI

https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... i-ditembusi-peluru/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2023 04:49 PM | Show all posts

Isteri perdaya kekasih gelap suami


SEORANG isteri memerangkap suami dan teman wanitanya di sebuah hotel di Makassar baru-baru ini. - Instagram

JAKARTA – Satu rakaman video menunjukkan senario seorang wanita ‘memerangkap’ kekasih gelap suaminya dengan cara menyuruh kedua-dua mereka datang ke bilik sebuah hotel di Makassar, lapor portal berita Sulaselsatu semalam.

Video itu menjadi tular di laman media sosial selepas dimuat naik di Instagram oleh akaun @teropongmakassar.

“Dipercayai perampas suami orang diperangkap oleh isterinya yang sah,” kata keterangan video tersebut.

Tambah keterangan itu lagi, si isteri memerangkap kekasih gelap suaminya selepas dia  menghubungi wanita itu menggunakan telefon bimbit milik suaminya.

Sejurus tiba, kedua-dua pasangan kekasih itu kelihatan terkejut apabila si isteri turut berada di bilik berkenaan.

Namun, tidak dinyatakan keadaan mereka bertiga selepas itu.  

Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Masih mahu berpura-pura tidak mempunyai apa-apa hubungan. Buktinya, ‘dipancing’ ke bilik hotel, mahu pula dia datang,” kata seorang netizen. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... ekasih-gelap-suami/
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2023 04:51 PM | Show all posts
Lembu jantan dinobat benda hidup boleh dikemudi tertinggi di dunia


LEMBU jantan berusia 13 tahun dari Cheshire, di Massachusets memasuki GWR apabila dinobatkan benda hidup boleh dikemudi tertinggi di dunia. FOTO Agensi

Washington: Seekor lembu jantan berusia 13 tahun dari Cheshire, di Massachusets memasuki senarai Rekod Dunia Guinness (GWR) apabila dinobatkan benda hidup boleh dikemudi tertinggi di dunia dengan ketinggian 1.87 meter (m).

Oddity Central melaporkan lembu coklat baka Switzerland diberi nama Tommy itu tinggal bersama keluarga Balawender di ladang mereka di Cheshire, sejak berusia sehari selepas dibeli dengan harga hanya kira-kira AS$10 (kira-kira RM46).

Laurie Balawender berkata, dia melihat Tommy lebih sebagai ahli keluarga daripada aset, jadi keluarga mereka tidak mempertimbangkan untuk menjualnya.

"Lembu coklat Switzerland umumnya mempunyai badan yang besar untuk lembu tenusu, tetapi ia dianggap sebagai baka bersaiz sederhana, yang menjadikan Tommy agak aneh.



"Tommy mempunyai berat kira-kira 1,361 kilogram (kg) yang menjadikannya memang berat untuk lembu daripada bakanya itu dan ia mempunyai rangka yang sepadan dengan berat berkenaan iaitu setinggi 1.87 m

"Walaupun saiznya yang menakutkan, Tommy adalah haiwan yang lembut dengan sikap yang tenang dan damai, yang sebahagiannya menjelaskan bahawa ia adalah seekor lembu kemudi (lembu jantan yang dikebiri)," katanya kepada GWR.

Biasanya seekor lembu coklat Swiss tipikal mempunyai berat antara kira-kira 589 kg hingga 635 kg, manakala lembu jantan boleh mencapai berat sehingga kira-kira 907 kg.

Tommy makan kira-kira 14 kg bijirin kering, lebih 34 kg jerami, dan minum antara 35 hingga 40 gelen air setiap hari.

Ia peminat tegar epal, dan tuannya sanggup membelanjakan sedikit wang di pasar tempatan hanya untuk memastikan haiwan peliharaannya itu gembira.

"Tommy juga menjelajah padang rumput untuk pokok epal liar dan sangat pintar sehingga ia tahu bagaimana untuk menolak pokok dan menggoncang epal," kata Laurie.

Baka lembu ternakan terbesar di dunia ialah Chianina, terkenal dengan gergasi lembu tulen yang lebih besar daripada Nickers, lembu gergasi Australia.
https://www.hmetro.com.my/global ... kemudi-tertinggi-di
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2023 04:52 PM | Show all posts
Disangka kotak, lelaki maut diremukkan robot


LELAKI maut diremukkan robot. FOTO The Korea Herald

Seoul: Akibat kegagalan robot untuk membezakan kotak dan manusia, seorang lelaki di Korea Selatan maut apabila diremukkan mesin berkenaan, lapor Agensi Berita Yonhap.

The Straits Times memetik berita berkenaan melaporkan mangsa pekerja syarikat robotik berusia 40-an, sedang memeriksa operasi sensor robot itu di pusat pengedaran hasil pertanian di wilayah Gyeongsang Selatan.

Robot industri itu, yang mengangkat kotak-kotak berisi lada benggala dan meletakkannya di atas palet, kelihatan tidak berfungsi dan turut mengenal pasti lelaki itu sebagai kotak, lapor Yonhap memetik polis.

'Lengan' robot itu menolak bahagian atas badan lelaki itu ke atas tali pinggang penghantar, meremukkan muka dan dadanya. Kemalangan berlaku 7.45 malam Selasa lalu.


Dia dipindahkan ke hospital tetapi meninggal dunia kemudian, kata laporan itu.

Polis sedang bersiap sedia untuk melancarkan siasatan ke atas pengurus keselamatan di lokasi pusat itu untuk kemungkinan kecuaian dalam tugas.

Pada Mac lalu, seorang lelaki Korea Selatan berusia 50-an mengalami kecederaan serius selepas terperangkap dalam tugas robot ketika bekerja di kilang pembuatan alat ganti kereta.

https://www.hmetro.com.my/global ... ut-diremukkan-robot
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2023 04:54 PM | Show all posts
Benzema digelar pemalas


PRESTASI Benzema (kanan) tidak disenangi pengurusnya.

London: Nuno Espirito Santo dan Karim Benzema dilapor terbabit dengan pertelagahan di bilik persalinan sebelum pengurus itu dipecat semalam.

Al-Ittihad berpisah dengan bekas jurulatih Tottenham itu selepas hanya lebih setahun mengendalikan kelab.

Santo membawa kelabnya menjuarai gelaran Liga Pro Saudi musim lalu tetapi Al-Ittihad kini hanya menduduki tangga keenam selepas tewas di tangan Al-Shabab, Jumaat lalu.

Ia disusuli dengan kekalahan kepada kelab Iraq, Al-Quwa Al-Jawiya dalam saingan Liga Juara-Juara Asia, kelmarin.



Menurut laporan, Santo dan Benzema terbabit dengan pertelagahan dalam bilik persalinan selepas tamat perlawanan menentang Al-Quwa.

Bintang Perancis itu menyertai Al-Ittihad pada musim panas dengan gaji dilapor £1.6 juta (RM9.2 juta) seminggu dan menjaringkan enam gol dalam 12 penampilan tetapi dia turut menjadi sasaran kemarahan Nuno.

Santo dikatakan memberitahu bekas pemain Real Madrid itu: "Anda pemain hebat tetapi anda nampak terlalu malas untuk menekan lawan.

Benzema yang kurang senang dengan kritikan itu membalas: "Jangan hanya cakap kepada saya, beritahu kepada semua pemain."

Bekas jurulatih Wolves itu kemudiannya menambah lagi: "Anda pemimpin pasukan, contoh kepada pemain lain dan atlet paling penting dalam skuad. Anda perlu mengambil inisiatif dan memberikan contoh kepada semua yang lain."

Benzema difahamkan terus menafikan pendapat Santo yang menganggapnya malas manakala pengurus itu pula berpisah dengan Al-Ittihad keesokan harinya.

Seorang lagi bekas pengurus Wolves dikaitkan dengan juara Arab Saudi itu. Julen Lopetegui dilaporkan menjadi idaman Al-Ittihad selepas meninggalkan Wolves pada Ogos lalu.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ema-digelar-pemalas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 02:46 AM GMT+8 , Processed in 0.558173 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list