CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ip_lepat

Berita Semasa [Pelbagai] Luar Negara & Ucap Selamat (10 Post Sehari)

 Close [Copy link]
Post time 22-10-2023 04:35 PM | Show all posts


Restoran ditutup menjelang ketibaan Hurikan Norma di Los Cabos di Negeri Baja California, Mexico kelmarin. — Gambar AFP

KOTA MEXICO: Hurikan Norma kelmarin sekali lagi menjadi bertambah kuat kepada ribut Kategori 3 ketika ia menghampiri sebuah kawasan tumpuan pelancong di pantai Pasifik di Mexico.

Hurikan – yang pada satu peringkat adalah jenis Kategori 4 dari lima pada skala Saffir-Simpson – kini membawa angin maksimum sehingga 195 kilometer sejam (120 batu sejam), menurut Pusat Hurikan Negara (NHC) Amerika Syarikat dalam perkembangan terbarunya. Ia merupakan ribut Kategori 2 pada awal hari itu.

Tanah runtuh telah dijangkakan semalam, dengan pusat peranginan pelancongan Cabo San Lucas di hujung selatan semenanjung Baja California, dalam paparan.

Pada lewat kelmarin, bahagian tumpuan ribut telah dikesan kira-kira 200 kilometer di selatan pekan, kata NHC.

Kira-kira 60,000 orang yang kebanyakannya pelancong asing sedang melawat pusat peranginan itu, menurut pegawai pertahanan awam tempatan.

Ombak tinggi menghempas pantai-pantai di semenanjung tersebut, menurut gambar video yang ditayangkan oleh stesen televisyen tempatan Milenio.

Pihak kerajaan telah mengaktifkan satu pelan kecemasan negara sebelum ketibaan ribut.

Lebih 6,600 anggota tentera telah ditempatkan dalam keadaan berjaga-jaga di beberapa wilayah Baja California dan Baja California Sur, menurut sekretariat pertahanan negara.

Suruhanjaya perairan negara Conagua di Mexico menyatakan Norma mungkin membuat kemunculan dua kali, tiba di Baja California Sur pada Sabtu sebagai hurikan, dan sekali lagi pada semalaman Ahad di wilayah Sinaloa selepas merentasi Selat California.

Pihak berkuasa telah memberikan amaran mengenai banjir kilat yang berpotensi, gelongsoran lumpur di kawasan yang lebih tinggi, termasuk ombak berbahaya.

Hurikan telah melanda Mexico pada setiap tahun di kedua-dua pantai Pasifik dan Atlantik, selalunya di antara bulan Mei dan November.

Hanya pada minggu lepas, bahagian barat negara telah dibadai oleh Hurikan Lidia, yang menyebabkan dua kematian selepas membuat kemunculan sebagai ribut Kategori 4, yang mencetuskan banjir.

Beberapa hari sebelumnya, Ribut Tropika Mac menyebabkan dua orang maut dan beberapa rumah dilanda banjir di wilayah selatan Guerrero, salah sebuah wilayah paling miskin di Mexico. — AFP


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2023 04:39 PM | Show all posts

TANGKAP layar daripada video menunjukkan doktor di Gaza merawat pesakit dengan menggunakan cahaya dari telefon bimbit.


Doktor di Gaza terpaksa bedah pesakit di bawah cahaya telefon bimbit
Gaza: Doktor di hospital Gaza terpaksa bekerja dalam gelap dan melakukan pembedahan menggunakan cahaya dari telefon bimbit, selain merawat luka dengan cuka, lapor portal The Mirror.

Malah, hospital di situ perlu mencatu bekalan perubatan yang semakin berkurangan dan bahan api untuk menggunakan generator.

Situasi itu menyebabkan doktor dijangka bekerja dalam keadaan sangat sukar di tengah-tengah serangan udara yang berterusan.

Pengarah Kecemasan Hospital Nasser di Khan Younis Dr Mohammad Qandeel berkata, keadaan yang serba kekurangan dari segi katil di unit rawatan rapi (ICU), bekalan bahan api dan kakitangan menyukarkan lagi kerja menyelamat.


"Keadaan ini membuatkan kita tidak dapat menyelamatkan lebih banyak nyawa. Doktor bekerja dalam keadaan sangat sukar dan terpaksa menjalankan pembedahan di bawah apa jua cahaya," katanya.

Menurutnya, pihaknya menerima 80 pesakit yang parah akibat serangan bom Israel di Gaza, sejak Rabu minggu lalu.

"Sejak awal pagi Rabu, kami menerima 80 pesakit yang parah. Kami menerima 12 mayat selepas serangan udara, manakala dua mangsa meninggal dunia kerana kami tidak mempunyai mesin ventilator untuk mereka.

"Mereka tiba di hospital masih bernyawa tapi akhirnya meninggal dunia. Sebelumnya, kami membuat panggilan bagi mendapatkan bantuan kerana kehabisan minyak bagi kegunaan generator.

"Jika situasi ini terus berlaku, bermakna lebih ramai kanak-kanak dan wanita akan mati tanpa sebarang bantuan perubatan," katanya.

Terdahulu, sebuah video menunjukkan seorang pakar bedah menjahit lengan pesakit di dalam wad yang gelap dan menggunakan cahaya dari telefon bimbit yang dipegang individu lain.

AFP melaporkan konvoi kemanusiaan mula memasuki Gaza menerusi pintu Rafah, semalam, dan ia membawa ubat-ubatan, peralatan hospital dan sedikit makanan.

Pejabat media Hamas menyatakan 20 lori kemanusiaan memasuki Gaza, kira-kira 10 pagi.

Sementara itu, Kedutaan Amerika Syarikat di Israel menyatakan pintu sempadan Gaza-Mesir itu juga dibuka untuk membolehkan warga asing meninggalkan kawasan Palestin yang terkepung.

Dalam hantaran di media sosial, kedutaan berkata, ia menerima maklumat bahawa lintasan Rafah dibuka pagi semalam.

"Kami tidak tahu berapa lama ia akan dibuka untuk warga asing meninggalkan Gaza," menurut hantaran itu.


Disiarkan pada: Oktober 22, 2023 @ 12:07pm


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2023 04:41 PM | Show all posts
Legenda England, Bobby Charlton meninggal dunia



Charlton merupakan anggota skuad England yang memenangi Piala Dunia 1966, selain melalui era kehebatan bersama Manchester United sebagai kelab England pertama menang Piala Eropah pada 1968. - Foto Sinar Harian

LEGENDA bola sepak England dan Manchester United, Bobby Charlton meninggal dunia pada usia 86 tahun, umum keluarganya dalam satu kenyataan tengah malam tadi.


"Ia berita yang menyedihkan untuk kami kongsikan bahawa Sir Bobby meninggal dunia dengan tenang pada awal pagi Sabtu. Dia dikelilingi keluarganya," kata kenyataan yang mewakili keluarga Charlton.

Charlton merupakan anggota skuad England yang memenangi Piala Dunia 1966 selain melalui era kehebatan di peringkat kelab bersama United, yang bergelar kelab England pertama menang Piala Eropah pada 1968.

Kejayaan Charlton menjulang Piala Eropah di United hadir 10 tahun selepas nahas udara Munich ketika dia dan pengurus pasukan, Matt Busby terselamat, namun mengorbankan lapan rakan sepasukan Charlton.


"Manchester United berkabung selepas kematian Sir Bobby Charlton, seorang daripada pemain terhebat dan paling disayangi dalam sejarah kelab kami," menurut kenyataan United. - Sinar Harian


https://www.astroawani.com/berit ... inggal-dunia-442840


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2023 04:43 PM | Show all posts

ASAP tebal susulan serangan udara Israel di Semenanjung Gaza. FOTO AFP

Gaza: "Orang mati setiap hari, setiap saat." Demikian kata kanak-kanak warga Amerika Syarikat (AS), Aden, 10, mengenai keadaan di Gaza sepanjang 15 hari selepas peperangan tercetus sejak 7 Oktober lalu, lapor Agensi Anadolu.

Aden antara warga asing yang cuba meninggalkan Gaza melalui sempadan Rafah selepas Israel membuat pengepungan menyeluruh di wilayah Palestin itu.

Menceritakan nasibnya, Aden berkata, serangan Israel mendarat hanya beberapa meter dari lokasi diri dan keluarganya ketika menunggu di Rafah dalam usaha mereka untuk meninggalkan Gaza.

"Apa yang saya lihat di Gaza, saya tidak pernah melihatnya sebelum ini.

"Ia menakutkan. Bunyinya, ia kuat, dan kereta bergegar.

"Saya sedih melihat bayi yang mati dan cedera. Ia benar-benar menyedihkan," katanya ketika ditemu bual Agensi Anadolu, semalam.

Aden turut berkongsi bahawa serangan Israel baru-baru ini ke atas sebuah gereja dan hospital di mana tempat ratusan orang berlindung.

Selain Aden, puluhan rakyat negara asing dilihat berkumpul berhampiran sempadan Rafah, semalam, dalam usaha mereka untuk meninggalkan Gaza.

"Semua jalan dan rumah dibom. Ia menyedihkan apatah lagi melihat orang mati di rumah-rumah itu. Kadang-kadang, mereka (Israel) tidak memberitahu (penduduk), jika rumah mereka akan dibom," katanya lagi.

Sementara itu, warga Sweden, Mahmoud Abu Salim berkata, dia tidur di atas tanah bersama anak perempuannya di hadapan persimpangan Rafah dengan harapan dapat melepasi pintu sempadan itu.

"Anak perempuan saya mengalami masalah psikologi akibat pengeboman berterusan Israel yang sentiasa kedengaran.

"Gaza adalah indah. Pengeboman Israel memusnahkan sekolah, bangunan, dan segala-galanya," katanya.

Menurutnya, dia sudah menghubungi kedutaan negaranya dan pihak Mesir untuk meninggalkan Gaza.

Seorang lagi warga AS, Dina Al-Says, 37, berkata, dia cuba menyeberangi sempadan selama beberapa hari dan berharap ia akan dibuka supaya dia dan keluarganya boleh keluar dari Gaza.


Disiarkan pada: Oktober 22, 2023 @ 2:20pm


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2023 04:44 PM | Show all posts
2 lapangan terbang utama Syria henti operasi


Serangan Israel hari ini menghentikan perkhidmatan dua lapangan terbang utama Syria yang dilanda perang, lapor media kerajaan memetik sumber tentera, dengan kementerian pengangkutan berkata penerbangan dialihkan semula ke Latakia. - Foto AFP

DAMASCUS: Perkhidmatan dua lapangan terbang utama di Syria terpaksa dihentikan selepas serangan dilakukan Israel hari ini, lapor media kerajaan yang memetik sumber tentera.

Kementerian Pengangkutan berkata, penerbangan dialihkan ke Latakia.

Ini adalah kali kedua serangan secara serentak dilakukan sejak konflik antara Israel dan Palestin melanda bulan ini.

"Sekitar jam 5:25 pagi (waktu tempatan), musuh Israel melakukan... serangan udara... mensasarkan lapangan terbang antarabangsa Damsyik dan Aleppo sehingga membawa kepada kematian seorang pekerja awam di lapangan terbang Damsyik serta seorang lagi tercedera," kata sumber tentera dalam kenyataan yang disiarkan oleh agensi berita negara SANA.

"Kerosakan pada landasan lapangan terbang menyebabkan ia tidak dapat digunakan," menurut kenyataan itu.

Sumber tentera berkata, serangan serentak itu datang dari arah barat Mediterranean Latakia dan dari arah Golan Syria yang diduduki.

Hujung minggu lalu, serangan Israel menyasarkan lapangan terbang Aleppo sehingga mencederakan lima orang serta operasinya terpaksa dihentikan, lapor seorang pemantau perang.

Sepanjang lebih sedekad perang di Syria, Israel telah melancarkan ratusan serangan udara ke atas jirannya di utara, terutamanya menyasarkan tentera yang disokong Iran dan pejuang Hizbullah Lubnan serta kedudukan tentera Syria.

Israel jarang mengulas mengenai serangan individu yang dilakukannya ke atas Syria, tetapi ia berulang kali berkata, ia tidak akan membenarkan musuh ketatnya Iran yang menyokong kerajaan Presiden Bashar al-Assad, meluaskan kehadirannya di sana. - AFP

Sumber: BH Online


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2023 04:51 PM | Show all posts
Edited by Vellfire at 22-10-2023 08:53 AM

China tambah simpanan senjata nuklear kepada 500 - AS



China mempamerkan simpanan Peluru Berpandu Balistik Antara Benua (ICBM) miliknya. - Foto AGENSI

WASHINGTON: China telah menambah simpanan senjata nuklearnya sepanjang 2022 dan kini mempunyai kira-kira 500 senjata induk itu, kata Amerika Syarikat (AS).

Laporan tahunan yang dikeluarkan Jabatan Pertahanan AS, Pentagon, juga mengatakan Beijing berharap ia dapat menggandakan senjatanya kepada lebih 1,000 menjelang 2030.

Namun, menurut laporan sama, China tetap komited pada dasar 'tidak mula melancarkan serangan'.

Walaupun laporan itu mengatakan pertambahan tersebut melebihi unjuran, simpanan stok China masih kecil berbanding Russia dan AS.

Russia mempunyai kira-kira 5,889 senjata nuklear, manakala AS boleh mencapai bilangan 5,244, menurut agensi bebas, Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm.

Pada 2021, Pentagon menganggarkan China mempunyai sekitar 400 senjata nuklear.

"Kami tidak cuba mengatakan perbezaan angka yang sangat besar, tetapi kami percaya China akan mempunyai jumlah senjata itu seperti yang diunjurkan sebelum ini.

"Isu itu menimbulkan banyak kebimbangan kepada AS," kata seorang pegawai kanan pertahanan AS kepada pemberita.

Presiden China, Xi Jinping, mengisytiharkan negara itu akan membangunkan 'tentera bertaraf dunia' menjelang 2049.

Sejak berkuasa pada 2012, Xi berusaha memodenkan angkatan tentera negara itu dan mengarahkan semua ketua tentera berusaha menzahirkannya.

Laporan Pentagon pada Khamis mendedahkan bahawa usaha China menambah bilangan senjata nuklearnya sekarang ialah bagi mengatasi kekurangan sebelum ini.

Pegawai AS berkata Beijing mungkin telah menyiapkan pembinaan tiga kelompok tapak peluru berpandu baru pada 2022.

Ini termasuk sekurang-kurangnya 300 Peluru Berpandu Balistik Antara Benua (ICBM), menurut laporan berkenaan. ICBM ialah peluru berpandu balistik dengan jarak lebih 5,500 kilometer (km).

Menurut laporan sama, pasukan roket Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) juga berusaha membangunkan ICBM yang 'akan membolehkan Republik Rakyat China melakukan serangan konvensional terhadap sasaran di benua Amerika, Hawaii dan Alaska.

Analisis itu menyatakan walaupun terdapat pertambahan simpanan nuklear, China tetap komited terhadap dasar 'mencegah melakukan serangan pertama', dan hanya akan melakukan 'serangan balas' apabila usaha pencegahan memulakan serangan gagal.

Encik Henry Boyd, seorang penyelidik kanan di Institut Kajian Strategik Antarabangsa Henry Boyd, berkata kadar pertambahan yang dilaporkan itu tidak kelihatan 'sangat luar biasa'.

Beliau juga mengakui bahawa China 'bergerak lebih pantas sedikit daripada yang dijangkakan' ke arah matlamatnya yang dinyatakan, iaitu 1,000 senjata induk. - AGENSI

https://www.bharian.com.my/dunia ... -nuklear-kepada-500

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-10-2023 04:58 PM | Show all posts
Sisa vape seberat enam Menara Eiffel dibuang setiap tahun



VAPE pakai buang yang dijual di sebuah kedai di Liverpool, barat laut England. – AFP

KIRA-kira 844 juta rokok elektronik atau vape dibuang oleh rakyat di seluruh dunia pada setiap tahun. Jumlah itu dikatakan bersamaan dengan berat kira-kira enam bangunan mercu tanda terkenal Perancis, Menara Eiffel.

Lapor Daily Mail, peranti tersebut membentuk sebahagian lambakan sisa elektrik atau e-waste yang ‘tidak kelihatan’ dilupuskan setiap tahun. Ini termasuk mainan elektronik, kabel pengecasan, tetikus komputer dan fon kepala.
Sisa buangan itu digelar ‘halimunan’ kerana penduduk secara tidak sengaja membuangnya ke dalam tong sampah.

Namun, menurut Institut Latihan dan Penyelidikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), barangan itu mengandungi logam berharga seperti litium dan tembaga.



Malah, ia juga merupakan bahan mentah untuk menghasilkan kenderaan elektrik, turbin angin dan bateri.

Sekitar sembilan juta tan sisa elektronik yang ‘tidak kelihatan’ dibuang di seluruh dunia setiap tahun.

Berdasarkan pengiraan, kira-kira 1.8 bilion papan kekunci dan tetikus komputer, 910 juta alat kawalan jauh dan fon kepala serta 3.2 bilion mainan elektronik dilupuskan sebagai sisa elektronik.

Jumlah vape yang dibuang berkemungkinan lebih besar berbanding anggaran dihitung oleh PBB berdasarkan data tahun 2020. Penggunaan rokok elektronik semakin berkembang pesat di seluruh dunia.

Kajian terbaharu diterbitkan oleh Material Focus mendapati di United Kingdom (UK) sahaja, jumlah vape yang dibuang setiap tahun meningkat empat kali ganda pada 2023 berbanding tahun lalu yang mencecah lima juta seminggu.

Fasiliti kitar semula untuk peranti vape tidak mencukupi, malah majlis perbandaran memberi amaran bahawa alat yang dibuang itu boleh mencetuskan kebakaran.

Kerajaan UK ketika ini sedang mengkaji semula peraturan semasa bagi memastikan industri vape membantu membiayai pengumpulan dan pelupusan produk terbuang mereka.

Selain vape, kajian itu juga mendapati sebanyak 950 juta kilogram (kg) kabel yang mengandungi tembaga berharga dan mudah dikitar semula dilupuskan tahun lalu.

Sebelum ini, pelbagai pihak termasuk majlis perbandaran di England dan Wales menggesa UK mengharamkan penjualan vape pakai buang menjelang 2024 bagi melindungi alam sekitar.


Persatuan Kerajaan Tempatan (LGA) berpandangan larangan itu perlu dikuatkuasa segera memandangkan Kesatuan Eropah (EU) sudah mengesyorkan larangan sama pada 2026 serta Perancis pada Disember tahun ini.

Menurut LGA, kira-kira 1.3 juta vape pakai buang dilupuskan setiap minggu.


https://www.utusan.com.my/global ... buang-setiap-tahun/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2023 05:02 PM | Show all posts
Syarikat arak China gantung pengeluaran selepas pekerja kencing atas bahan mentah



BEIJING: Satu daripada syarikat pengeluar minuman alkohol terbesar China
menyatakan pihaknya kini menyiasat insiden seorang pekerjanya didakwa kencing atas bahan yang digunajan untuk menghasilkan minuman tersebut.

Siasatan itu dibuat selepas tular satu video menunjukkan seorang pekerja lelaki di gudang Tsingato Brewery Co. memanjat kontena berisi bahan mentah yang digunakan untuk menghasilkan minuman beralkohol dan membuang air kecil di atasnya.

Video itu tular dalam media sosial negara ini, Weibo, menyebabkan pihak pengurusan syarikat berkenaan menghubungi polis dan siasatan dilakukan.

“Kami sudah membuat laporan polis dan siasatan giat dijalankan.

“Ketika ini, semua bahan mentah yang digunakan dalam penghasilan minuman beralkohol tersebut sudah disita,” kata syarikat tersebut.

https://www.utusan.com.my/luar-n ... -atas-bahan-mentah/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2023 05:04 PM | Show all posts
Syarikat India henti jual pakaian seragam polis Israel



BENGALURU – Sebuah firma India telah menamatkan kontrak membuat pakaian seragam bagi polis Israel atas alasan moral berhubung perang di Semenanjung Gaza.

Syarikat Maryan Apparel di negeri selatan Kerala membekalkan kira-kira 100,000 pakaian seragam kepada pasukan polis rejim Zionis setiap tahun sejak 2015.

Pengarah urusan syarikat berkenaan, Thomas Olickal dalam satu kenyataan menyebut, keputusan itu didorong oleh serangan udara menyasarkan sebuah hospital di utara Gaza dan kematian ribuan nyawa yang tidak bersalah.

Menurut Olickal, firmanya akan memenuhi komitmen sedia ada kepada Israel yang berakhir pada Disember tetapi tidak akan menerima pesanan baharu.

“Kami tiada masalah untuk berurusan dengan mereka (polis Israel) sekiranya keamanan dapat dipulihkan,” katanya.

Selain Israel, firma tersebut turut membekalkan pakaian seragam kepada tentera Filipina dan pegawai kerajaan di Arab Saudi. – AFP


https://www.utusan.com.my/luar-n ... ragam-polis-israel/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2023 05:07 PM | Show all posts
Bot laju dorong kepupusan ikan paus Atlantik Utara



BANGKAI ikan paus Atlantik Utara terdampar di pesisir pantai New Brunswick, Kanada.-AGENSI

SAN FRANCISCO: Spesies ikan paus Atlantik Utara yang hampir pupus dilaporkan semakin terancam akibat tindakan pengemudi kapal dan bot bergerak melebihi had laju di zon perlahan yang ditetapkan di kawasan perairan Amerika Syarikat (AS).

Hanya sekitar 340 ekor spesies paus itu yang tinggal kini namun sering cedera dan mati akibat dilanggar bot atau kapal kerana tabiatnya gemar berenang dekat ke permukaan selain warnanya yang gelap hingga sukar dikesan.

Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan mengeluarkan peraturan kelajuan di AS pada 2008 dengan semua kapal atau bot mesti bergerak pada 10 knot atau kurang di zon tertentu yang dipanggil kawasan pengurusan bermusim di sepanjang pantai timur AS untuk membantu melindungi ikan paus.

Tetapi menurut laporan kumpulan pemuliharaan Oceana, pengangkutan air di laluan tersebut termasuk kapal kargo dan kapal layar mewah direkodkan melakukan perjalanan lebih tiga kali ganda had laju yang ditetapkan.

“Bot laju membunuh banyak paus Atlantik Utara. Zon kelajuan yang dikuatkuasakan dengan baik adalah cara paling berkesan untuk melindungi ikan paus daripada ancaman .

“Zon perlahan adalah setanding dengan zon perlahan di sekolah untuk melindungi kanak-kanak. Ia bertindak sebagai had laju yang diperlukan untuk menawarkan perlindungan daripada serangan di mana paus Atlantik Utara sering ditemui,” kata Pengarah Kempen Kumpulan Pemuliharaan Oceana, Gib Brogan.

Tempat pembiakan spesies ikan paus tersebut terletak di perairan Florida, Georgia dan Carolina Selatan namun sejak 2017, serangan bot serta kapal di AS dan Kanada menyebabkan lebih 12 ekor terbunuh.

Kajian mendapati bahawa mengehadkan kelajuan bot kepada 10 knot dapat mengurangkan risiko kematian ikan paus sehingga 90 peratus.

https://www.utusan.com.my/luar-n ... aus-atlantik-utara/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2023 05:09 PM | Show all posts
Turkiye isytihar berkabung 3 hari hormati mangsa Gaza



ISTANBUL: Turkiye mengisytiharkan berkabung peringkat nasional selama tiga hari sebagai penghormatan kepada rakyat Palestin yang terkorban dalam serangan Zionis di Gaza.

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mengumumkan perkabungan itu, kelmarin.

Menurut Erdogan, perkabungan nasional selama tiga hari itu diisytiharkan sebagai keperluan untuk menghormati ribuan syuhada yang kebanyakannya terdiri daripada kanak-kanak dan orang awam yang tidak bersalah.

“Di Turkiye, kami merasakan penderitaan hebat saudara dan saudari Palestin di dalam hati kami,” katanya.

Sebelum ini, Mesir mengisytiharkan tiga hari berkabung kebangsaan bagi mangsa serangan udara Israel terhadap sebuah hospital di Gaza.

Gaza kini sedang mengalami krisis kemanusiaan yang teruk tanpa bekalan elektrik, manakala bekalan air, makanan, bahan api dan perubatan dilaporkan sudah kehabisan.

Sekurang-kurangnya hampir 500 orang terbunuh dan 342 yang lain cedera dalam serangan udara Israel terhadap Hospital Al-Ahli al-Arabi di Gaza pada Selasa lalu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.

Israel, bagaimanapun, menafikan bertanggungjawab melancarkan serangan udara itu.

Konflik bermula pada 7 Oktober apabila Hamas memulakan Operasi Taufan Al-Aqsa, serangan mengejut termasuk pelancaran roket dan penyusupan ke Israel melalui darat, laut serta udara.


https://www.utusan.com.my/luar-n ... ormati-mangsa-gaza/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2023 05:11 PM | Show all posts
Bakal pengantin rakam gambar praperkahwinan depan timbunan sampah, mahu cetus kesedaran jaga alam sekitar



NANTOU: Sepasang bakal pengantin Taiwan membuat keputusan di luar jangka apabila memilih tapak pelupusan sampah untuk merakam gambar praperkahwinan mereka.

Hal ini kerana, bakal pengantin perempuan, Iris Hsueh merupakan seorang aktivis Greenpeace.

Pasangan itu merancang mengadakan majlis perkahwinan ‘mesra alam’ pada januari depan dan meminta para tetamu membawa bekas untuk mengisi makanan yang mereka tidak habiskan.

Pasangan itu sanggup menempuh perjalanan selama tiga jam untuk merakam gambar di pekan Puli, Nantou di depan timbunan sampah yang masih tidak dilupuskan sejak beberapa tahun lalu.

Jumlah sampah yang dibuang di pekan itu dilaporkan semakin meingkat dengan 50 tan sehari.

“Jumlah populasi kita semakin menurun, tapi jumlah sampah pula semakin naik,” kata kru sanitasi Puli, Chen Chun Hung.

Dalam pada itu, Iris memberitahu, dia berharap para tetamu boleh mengikut konsep yang ditetapkannya.

Katanya, kesedaran mengenai menjaga alam sekitar perlu sentiasa diwar-warkan demi mewujudkan keadaan bersih serta selamat. – AFP


https://www.utusan.com.my/luar-n ... -jaga-alam-sekitar/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2023 05:40 PM | Show all posts
AS hantar sistem pertahanan peluru berpandu ke Asia Barat



WASHINGTON: Pentagon memaklumkan akan menghantar sistem antipeluru berpandu Terminal Pertahanan Kawasan Altitud Tinggi (THAAD) ke Asia Barat bersama batalion tambahan sistem peluru berpandu pertahanan udara.

Sistem THAAD direka untuk menembak jatuh peluru berpandu balistik jarak dekat dan sederhana dalam fasa terminal penerbangan mereka.

Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS) Lloyd Austin berkata, tentera tambahan sudah diletakkan di bawah perintah bersedia di rantau itu, walaupun tidak menyatakan bilangannya.

Satu kenyataan dari Pentagon memaklumkan, keputusan itu dibuat berikutan peningkatan serangan oleh Iran dan pasukan proksinya di seluruh rantau Asia Barat.

Serangan terhadap tentera AS di Iraq dan Syria meningkat sejak konflik antara Israel dan Hamas tercetus dua minggu lalu.

Susulan serangan Hamas yang tidak pernah berlaku sebelum ini ke atas Israel pada 7 Oktober, AS memindahkan kapal pengangkut pesawat, kapal perang dan jet ke timur Mediterranean malah berjanji untuk memberikan Israel peralatan dan peluru tambahan.-AGENSI

Sumber: Utusan Malaysia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2023 05:47 PM | Show all posts
Bali isytihar darurat dua minggu


PANTAI Kuta, Denpasar, Bali. FOTO AFP

Bali: Bali diisytiharkan darurat selama dua minggu akibat kemarau dan kebakaran yang semakin teruk melanda pulau peranginan itu, lapor The Jakarta Post.

Pemangku Gabenor Bali SM Mahendra Jaya berkata, keputusan itu dibuat berikutan kemarau berpanjangan dan peningkatan kebakaran tanah dan hutan.

Arahan itu dikeluarkan pada Khamis lalu dan membabitkan semua daerah dan bandar di seluruh wilayah itu, termasuk Denpasar, Badung, Bangli, Buleleng, Gianyar, Jembrana, Karangasem, Klungkung dan Tabanan.

Darurat itu berkuat kuasa sehingga 1 November dan boleh dilanjutkan atau dipendekkan mengikut keperluan.

Ketua Badan Mitigasi Bencana Bali (BPBD-Bali) Made Rentin berkata, status kecemasan diisytiharkan bagi membantu memudahkan akses bagi penempatan sumber manusia, peralatan dan logistik lain untuk misi bencana.

Menurutnya, dengan status yang berkuat kuasa, pentadbiran wilayah akan dapat mengarahkan institusi lain untuk mengambil peranan aktif dalam mengurangkan bencana.

"BPBD mendapat akses kepada semua sumber yang kami perlukan untuk menangani kemarau dan kebakaran," katanya.

Dengan keadaan darurat, Rentin optimis bencana itu dapat dikurangkan dengan segera.

Pada Khamis, Mahendra mencadangkan bahawa tidak ada sebab untuk mengisytiharkan darurat kerana keputusan untuk meningkatkan status kesedaran bencana dibuat secara berhemah sebagai cara untuk menggerakkan sumber.

Kemarau melampau melanda pulau yang bergantung kepada pelancongan itu sejak Julai lalu dengan sekurang-kurangnya 113 banjar (kampung tradisional) menghadapi krisis air bersih.

Kawasan yang paling terjejas termasuk dusun di Buleleng, Jembrana dan Karangasem.

"Krisis kemarau dan air bersih mungkin merebak ke kawasan lain, jika tiada hujan dalam beberapa hari akan datang," kata Mahendra dalam pertemuan dengan BNPB di Denpasar, pada Khamis.

Menurut data biro Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Denpasar, tiga daerah di seluruh pulau tidak mengalami taburan hujan selama 94 hari berturut-turut

Musim kemarau yang berpanjangan di Bali, sebahagiannya disebabkan oleh fenomena cuaca El Niño yang turut mengakibatkan banyak kebakaran hutan dan tanah, dengan sekurang-kurangnya tujuh kebakaran hutan dilaporkan antara Julai dan Oktober; dua di Buleleng, empat di Karangasem dan satu di Bangli.

Tiga kemudahan tapak pelupusan yang menyediakan perkhidmatan sisa penjagaan kesihatan turut terbakar dan pihak berkuasa masih bergelut untuk memadamkan kebakaran selepas lebih seminggu, termasuk di tapak pelupusan sampah terbesar di Bali di Suwung, Denpasar.
https://www.hmetro.com.my/global ... -darurat-dua-minggu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2023 05:48 PM | Show all posts
'Orang mati setiap hari, setiap saat'


ASAP tebal susulan serangan udara Israel di Semenanjung Gaza. FOTO AFP

Gaza: "Orang mati setiap hari, setiap saat." Demikian kata kanak-kanak warga Amerika Syarikat (AS), Aden, 10, mengenai keadaan di Gaza sepanjang 15 hari selepas peperangan tercetus sejak 7 Oktober lalu, lapor Agensi Anadolu.

Aden antara warga asing yang cuba meninggalkan Gaza melalui sempadan Rafah selepas Israel membuat pengepungan menyeluruh di wilayah Palestin itu.

Menceritakan nasibnya, Aden berkata, serangan Israel mendarat hanya beberapa meter dari lokasi diri dan keluarganya ketika menunggu di Rafah dalam usaha mereka untuk meninggalkan Gaza.

"Apa yang saya lihat di Gaza, saya tidak pernah melihatnya sebelum ini.

"Ia menakutkan. Bunyinya, ia kuat, dan kereta bergegar.

"Saya sedih melihat bayi yang mati dan cedera. Ia benar-benar menyedihkan," katanya ketika ditemu bual Agensi Anadolu, semalam.

Aden turut berkongsi bahawa serangan Israel baru-baru ini ke atas sebuah gereja dan hospital di mana tempat ratusan orang berlindung.

Selain Aden, puluhan rakyat negara asing dilihat berkumpul berhampiran sempadan Rafah, semalam, dalam usaha mereka untuk meninggalkan Gaza.

"Semua jalan dan rumah dibom. Ia menyedihkan apatah lagi melihat orang mati di rumah-rumah itu. Kadang-kadang, mereka (Israel) tidak memberitahu (penduduk), jika rumah mereka akan dibom," katanya lagi.

Sementara itu, warga Sweden, Mahmoud Abu Salim berkata, dia tidur di atas tanah bersama anak perempuannya di hadapan persimpangan Rafah dengan harapan dapat melepasi pintu sempadan itu.

"Anak perempuan saya mengalami masalah psikologi akibat pengeboman berterusan Israel yang sentiasa kedengaran.

"Gaza adalah indah. Pengeboman Israel memusnahkan sekolah, bangunan, dan segala-galanya," katanya.

Menurutnya, dia sudah menghubungi kedutaan negaranya dan pihak Mesir untuk meninggalkan Gaza.

Seorang lagi warga AS, Dina Al-Says, 37, berkata, dia cuba menyeberangi sempadan selama beberapa hari dan berharap ia akan dibuka supaya dia dan keluarganya boleh keluar dari Gaza.
https://www.hmetro.com.my/global ... ap-hari-setiap-saat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2023 05:48 PM | Show all posts
Beckham jadi inspirasi Rice jaringkan gol jarak jauh menentang Chelsea


Pemain Arsenal, Declan Rice melakukan rembatan kencang dari jarak jauh untuk gol pertama Gunners ketika seri 2-2 menentang Chelsea di Stamford Bridge semalam. (FOTO: AFP)
Oleh Meja Sukan
22 Oktober 2023, 3:43 pm

LONDON: Pemain tengah Arsenal, Declan Rice mendedahkan bahawa dia mendapat inspirasi untuk menjaringkan gol dari jarak jauh ketika menentang Chelsea semalam selepas menonton siri dokumentari legenda England, David Beckham yang kini sedang hangat di Netflix.

Bekas pemain sayap England itu pernah menjaringkan gol sensasi dari tengah padang ketika berdepan Wimbledon pada tahun 1996.

Mengambil ilham dari insiden itu, Rice cuba menaikkan semula semangat rakan sepasukannya dengan melakukan rembatan jarak jauh pada minit ke 77 dan ia berhasil untuk menewaskan penjaga gol Chelsea, Robert Sanchez untuk merapatkan jurang menjadi 1-2.

Gol tersebut menjadi pencetus kebangkitan Arsenal dengan Leandro Trossard berjaya memastikan kedudukan menjadi 2-2 enam minit sebelum perlawanan tamat.

Terdahulu, Chelsea yang beraksi di laman sendiri mendahului selesa 2-0 hasil sepakan penalti Cole Palmer dan Mykhailo Mudryk.

“Saya belum pernah menjaringkan gol seperti itu sebelum ini. Semua orang sedang memperkatakan siri dokumentari Beckham, dan saya saya baru sahaja menonton semalam dengan beberapa klip awal menunjukkan gol jarak jauhnya di Wimbledon.

“Saya terinspirasi dengan gol itu, saya ada terfikir untuk melakukan perkara sama. Saya baru sahaja menontonnya semalam dan hari ini saya berjaya melakukannya,” jelas Rice.

Biarpun sekadar mencatatkan keputusan seri, pengurus Arsenal, Mikel Arteta memuji barisan pemainnya yang sekali lagi berjaya menampilkan kekuatan mental yang amat tinggi selepas ketinggalan 0-2 di gelanggang lawan.

Bagaimanapun Arsenal terpaksa akur apabila terlepas peluang untuk menerajui Liga Perdana Inggeris buat kali pertama musim ini, apabila berkongsi 21 mata dengan pendahulu, Manchester City yang hanya dibezakan dengan jaringan gol.

“Walaupun kami ketinggalan terutamanya menerusi gol Mudryk, kami tetap meneruskan perjuangan dan para pemain melakukan seperti mana kami arahkan, iaitu jangan putus asa.

“Kami sepatutnya menjaringkan gol lebih awal, tetapi kami tidak berjaya. Apa pun kami masih mendapat satu mata selepas mengharungi satu perlawanan yang amat sukar,” kata Arteta.

Sumber: Utusan Malaysia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2023 05:49 PM | Show all posts
Pura-pura sakit jantung, elak bayar bil


AIDAS pernah menyamar sebagai pelancong Rusia.

Madrid: Seorang lelaki di Sepanyol ditahan selepas didapati memalsukan serangan jantung untuk mengelak daripada membayar bil di 20 restoran berbeza, lapor portal Independent.

Aidas J, 50, warga Lithuania dan tinggal di Alicante, menipu 20 kedai makan di kawasan itu dengan enggan membayar bil.

Pada setiap kejadian, dia secara tiba-tiba memegang dadanya dan jatuh ke lantai seolah-olah dia mengalami serangan jantung.

Bagi menjalankan aktiviti penipuannya itu, Aidas menyamar sebagai pelancong Rusia. Dia kemudiannya memesan beberapa jenis makanan pada menu sebelum enggan membayar, dedah akhbar Sepanyol, El País.

Lelaki yang sentiasa berpakaian kemas dan berjenama itu dikatakan memulakan hidangan dengan salad Rusia dengan beberapa gelas minuman wiski, diikuti dengan hidangan utama entrecote atau udang galah, seterusnya dengan lebih banyak wiski.

Namun, percubaan ke-20 Aidas gagal apabila pengurus restoran Buen Comer Moises Domenech mengetahui taktik itu apabila menyedari lelaki itu cuba melarikan diri.

"Ia sangat drama, dia berpura-pura pengsan dan merebahkan dirinya di atas lantai," kata Domenech.

Aidas pernah memesan dua wiski dan paella makanan laut di El Buen Corner dengan jumlah bil mencecah 34.85 euro (kira-kira RM176).

Dia juga mendapatkan rawatan perubatan untuk 'masalah jantungnya' dan juga dimasukkan ke hospital.

Susulan kejadian terbaharu itu, dia diberkas polis.

Jurucakap Polis Alicante berkata, lelaki itu pernah ditangkap beberapa kali di bandar Alicante dan modus operandinya adalah sama.

Aidas kemudian dijatuhi hukuman penjara selama 42 hari, tetapi jenayahnya dianggap kecil kerana setiap bil adalah antara 13 pound sterling (kira-kira RM75) dan 60 pound sterling (kira-kira RM347).
https://www.hmetro.com.my/global ... tung-elak-bayar-bil
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2023 06:00 PM | Show all posts
AS hantar sistem pertahanan peluru berpandu ke Asia Barat



WASHINGTON: Pentagon memaklumkan akan menghantar sistem antipeluru berpandu Terminal Pertahanan Kawasan Altitud Tinggi (THAAD) ke Asia Barat bersama batalion tambahan sistem peluru berpandu pertahanan udara.

Sistem THAAD direka untuk menembak jatuh peluru berpandu balistik jarak dekat dan sederhana dalam fasa terminal penerbangan mereka.

Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS) Lloyd Austin berkata, tentera tambahan sudah diletakkan di bawah perintah bersedia di rantau itu, walaupun tidak menyatakan bilangannya.

Satu kenyataan dari Pentagon memaklumkan, keputusan itu dibuat berikutan peningkatan serangan oleh Iran dan pasukan proksinya di seluruh rantau Asia Barat.

Serangan terhadap tentera AS di Iraq dan Syria meningkat sejak konflik antara Israel dan Hamas tercetus dua minggu lalu.

Susulan serangan Hamas yang tidak pernah berlaku sebelum ini ke atas Israel pada 7 Oktober, AS memindahkan kapal pengangkut pesawat, kapal perang dan jet ke timur Mediterranean malah berjanji untuk memberikan Israel peralatan dan peluru tambahan.-AGENSI

Sumber: Utusan Malaysia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2023 06:12 PM | Show all posts
Selamat petang bod Luar Negara

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2023 07:57 PM | Show all posts


Bangkok: Sheikhul Islam Thailand Aziz Phitakkumpon meninggal dunia pada usia 76 tahun di Hospital Memorial King Chulalongkorn pada Ahad.

Pejabat Sheikhul Islam dalam satu kenyataan memaklumkan Allahyarham dirawat di hospital berkenaan sejak Jumaat.

"Syekhul Islam ke-18 Thailand telah kembali ke rahmatullah pada pukul 10.32 pagi (waktu tempatan) hari Ahad.

"Solat jenazah akan diadakan di Masjid Pusat Songkhla di Hatyai, Songkhla pada 10 pagi (waktu tempatan) pada Isnin," menurut kenyataan itu.


Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Hua Khao di daerah Singhanakhon.

Allahyarham dilantik sebagai Syeikhul Islam pada 2010.

Sementara itu, Perdana Menteri Srettha Thavisin merakamkan ucapan takziah atas pemergian Aziz.

Dilahirkan pada 6 Mac 1947, Allahyarham merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan empat anak iaitu tiga lelaki dan seorang perempuan.


Disiarkan pada: Oktober 22, 2023 @ 6:19pm


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 10:35 AM GMT+8 , Processed in 0.561182 second(s), 65 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list