CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5860|Reply: 548

Berita Semasa [Pelbagai] Luar Negara & Ucap Selamat (10 Post Sehari)

 Close [Copy link]
Post time 21-10-2023 06:25 PM | Show all posts |Read mode
Edited by ip_lepat at 22-10-2023 12:46 PM



Hanya 10 Post Sehari Dibenarkan
Harap Beri Kerjasama
Tima Kasih


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2023 06:32 PM | Show all posts
Selamat petang bod Luar Negara



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2023 06:35 PM | Show all posts
anniez08 replied at 21-10-2023 06:32 PM
Selamat petang bod Luar Negara

hang yg 1st aku bagi 30 ketoi
kendian semua 10 ketoi je
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2023 06:45 PM | Show all posts
ip_lepat replied at 21-10-2023 06:35 PM
hang yg 1st aku bagi 30 ketoi
kendian semua 10 ketoi je

Terima kasih...



Comments

orite beb  Post time 21-10-2023 06:46 PM
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2023 08:58 AM | Show all posts


hepi wiken

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2023 09:01 AM | Show all posts

AIDAS pernah menyamar sebagai pelancong Rusia.

Madrid: Seorang lelaki di Sepanyol ditahan selepas didapati memalsukan serangan jantung untuk mengelak daripada membayar bil di 20 restoran berbeza, lapor portal Independent.

Aidas J, 50, warga Lithuania dan tinggal di Alicante, menipu 20 kedai makan di kawasan itu dengan enggan membayar bil.

Pada setiap kejadian, dia secara tiba-tiba memegang dadanya dan jatuh ke lantai seolah-olah dia mengalami serangan jantung.

Bagi menjalankan aktiviti penipuannya itu, Aidas menyamar sebagai pelancong Rusia. Dia kemudiannya memesan beberapa jenis makanan pada menu sebelum enggan membayar, dedah akhbar Sepanyol, El País.


Lelaki yang sentiasa berpakaian kemas dan berjenama itu dikatakan memulakan hidangan dengan salad Rusia dengan beberapa gelas minuman wiski, diikuti dengan hidangan utama entrecote atau udang galah, seterusnya dengan lebih banyak wiski.

Namun, percubaan ke-20 Aidas gagal apabila pengurus restoran Buen Comer Moises Domenech mengetahui taktik itu apabila menyedari lelaki itu cuba melarikan diri.

"Ia sangat drama, dia berpura-pura pengsan dan merebahkan dirinya di atas lantai," kata Domenech.

Aidas pernah memesan dua wiski dan paella makanan laut di El Buen Corner dengan jumlah bil mencecah 34.85 euro (kira-kira RM176).


Dia juga mendapatkan rawatan perubatan untuk 'masalah jantungnya' dan juga dimasukkan ke hospital.

Susulan kejadian terbaharu itu, dia diberkas polis.

Jurucakap Polis Alicante berkata, lelaki itu pernah ditangkap beberapa kali di bandar Alicante dan modus operandinya adalah sama.

Aidas kemudian dijatuhi hukuman penjara selama 42 hari, tetapi jenayahnya dianggap kecil kerana setiap bil adalah antara 13 pound sterling (kira-kira RM75) dan 60 pound sterling (kira-kira RM347).


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-10-2023 09:06 AM | Show all posts

Tujuh polis cedera dalam insiden letupan bom, berbalas tembakan di Tak Bai

Narathiwat (Selatan Thailand): Sekurang-kurangnya tujuh anggota polis cedera dalam insiden letupan bom dan berbalas tembakan di Tak Bai Narathiwat, di selatan Thailand pada Sabtu.

Pemangku Ketua Polis Tak Bai Leftenan Kolonel Polis Jarukit Sridech berkata satu letupan bom berlaku di depan sebuah kedai emas, kira-kira 1.30 pagi (waktu tempatan).

"Sebutir bom buatan sendiri seberat 20 kilogram diletupkan dan menyebabkan kedai emas itu musnah.

"Sejurus itu, pos keselamatan polis Tak Bai yang terletak kira-kira 50 meter dari tempat kejadian turut diserang hendap sekumpulan lelaki bersenjata.

"Insiden berbalas tembakan berlarutan hampir 30 minit.

"Tujuh anggota polis cedera. Polis turut menemukan ratusan kelongsong peluru di lokasi kejadian," katanya kepada pemberita.

Jarukit berkata satu lagi insiden letupan bom turut dilaporkan berlaku kira-kira 200 meter dari tempat kejadian pertama.

"Motif kejadian masih dalam siasatan," katanya.

Insiden itu berlaku beberapa hari sebelum ulang tahun ke-19 Tragedi Tak Bai yang menyaksikan 85 peserta protes maut.

Tragedi itu berlaku pada 25 Oktober 2004 selepas peserta protes bertindak ganas apabila tentera melepaskan gas pemedih mata dan meriam air ke arah lebih 1,000 peserta, di luar Balai Polis Tak Bai.

Protes itu diadakan kerana membantah penahanan enam lelaki yang dituduh merompak senjata api milik kerajaan Thailand dan membekalkannya kepada pihak pemberontak.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2023 09:09 AM | Show all posts
Selamat pagi minggu



Comments

selamat pagi ann :))  Post time 22-10-2023 09:12 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2023 09:09 AM | Show all posts
Edited by tari at 22-10-2023 09:12 AM

  
LORI yang membawa bantuan kemanusiaan memasuki Gaza dari Mesir melalui sempadan Rafah. FOTO AFP

Gaza City (Palestin): Konvoi pertama bantuan kemanusiaan dilaporkan mula memasuki Semenanjung Gaza dari Mesir melalui Lintasan Rafah, menurut Agensi Anadolu (AA).

Bulan Sabit Merah berkata konvoi yang terdiri daripada 20 trak itu sedang dalam perjalanan melalui pintu sempadan Rafah.

Sementara itu, menurut wartawan AA, proses memindahkan bantuan kemanusiaan daripada trak Mesir ke trak Palestin sedang giat dijalankan.


sumber


Comments

Selamat pagi tari...  Post time 22-10-2023 09:18 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2023 09:17 AM | Show all posts

Kereta solar lengkapkan pandu uji 1,000 km

STELLA Terra adalah direka oleh penuntut di Universiti Teknologi Eindhoven, Belanda. FOTO Bart van Overbeeke Fotografie/STE

Amsterdam: Sebuah kereta berkuasa solar dikatakan pertama di dunia mampu memandu di luar jalan raya (off-road) dalam jarak jauh tanpa mengecas semula, menyelesaikan ujian memandu sejauh 1,000 kilometer (km) di seluruh Maghribi dan Gurun Sahara.

The Guardian melaporkan, Stella Terra, kereta solar dua tempat duduk, yang direka oleh penuntut di Universiti Teknologi Eindhoven, Belanda, menyelesaikan perjalanan merentasi pelbagai landskap yang mencabar sebagai sebahagian daripada ujian akhir bingkai ringan dan profil aerodinamiknya.

Kereta itu, yang menggunakan tenaga yang disediakan oleh beberapa panel solar di bumbungnya, mempunyai kelajuan tertinggi 145 km sejam, beratnya hanya 1.200 kilogram (kg) dan meliputi jarak sekurang-kurangnya 710 km pada hari yang cerah.

Pengurus pasukan Solar Team Eindhoven, Wisse Bos berkata, teknologi yang digunakan, melengkapkan bingkai ringan dengan panel solar yang sangat cekap, adalah satu dekad kemajuan lebih awal daripada apa-apa yang di pasaran.

Beliau berkata: "Stella Terra menahan keadaan yang mencabar di luar jalan sambil tetap cekap dan cukup ringan untuk dikuasakan oleh matahari."

Ini adalah tahap tenaga yang disediakan oleh panel solar di dalam kereta yang dapat menyediakan elektrik yang mencukupi untuk memasak dan mengecas peranti seperti telefon atau kamera.

Pasukan yang mencipta kenderaan itu terdiri daripada 22 penuntut berusia antara 21 dan 25 tahun yang mengambil cuti setahun daripada pengajian mereka.

Pengurus teknikal projek itu, Bob van Ginkel berkata, pihaknya berharap projek itu boleh menjadi inspirasi kepada pengeluar kereta seperti Land Rover dan BMW.

Katanya, kereta itu sebenarnya sangat selesa dalam keadaan luar jalan kerana ia sangat ringan.

Penukar khas untuk panel solar pada kereta itu didapati 97 peratus cekap dalam mengubah cahaya matahari yang diserap oleh sel PV, kepada caj elektrik.

Stella Terra didapati sebagai lebih cekap daripada yang dibayangkan pada asalnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2023 11:18 AM | Show all posts


Kecurian senjata berat di pangkalan tentera di Brazil

Sao Paulo: Tentera Brazil menahan kira-kira 160 tentera dalam lokap di pangkalan tentera ketika pasukan itu menyiasat kecurian senjata berat membabitkan 21 mesingan termasuk beberapa unit yang mampu menjatuhkan pesawat.

Tentera giat menyiasat bagaimana mesingan 13 kaliber .50 dan lapan mesingan 7.62 kaliber hilang pada 10 Oktober lalu dari gudang senjatanya di bandar tenggara Barueri, 30 kilometer di luar Sao Paulo.

Pegawai menyuarakan kebimbangan senjata itu boleh berakhir di tangan kumpulan jenayah terancang, di negara yang mana pertempuran ganas antara pasukan keselamatan dan kumpulan dadah bersenjata berat, adalah perkara biasa.

Insiden itu adalah kecurian senjata terbesar daripada tentera Brazil dalam rekod, menurut kumpulan antikeganasan, Instituto Sou da Paz, yang memantau penyelewengan senjata api daripada pasukan keselamatan negara itu.

Undang-undang Brazil mengharamkan kegunaan bukan ketenteraan, mesingan berkaliber .50 lebih satu meter panjang, berat sehingga 58 kilogram (kg).

Direka bentuk untuk pertempuran, senapang mesin berkaliber 7.62 seberat kira-kira 4.5 kg dan boleh menembak sehingga 700 butir perluru, seminit.

Pasukan tentera yang membuka siasatan dalaman, pada awalnya mengarahkan semua 480 tentera yang bekerja di pangkalan itu kekal di sana untuk disoal siasat, menahan mereka selama seminggu.

Komando tentera semalam dalam satu kenyataan berkata, ia sudah mengurangkan tahap amaran di pangkalan itu, "yang bermaksud pengurangan bilangan tentera yang dikawal."

Bagaimanapun, kira-kira 160 anggota masih diberi arahan untuk tidak meninggalkan pangkalan itu, katanya kepada AFP dalam e-mel.

Tentera berkata mesingan yang dicuri itu 'tidak boleh digunakan' dan sudah dibawa ke gudang senjata untuk dibaiki atau dilucutkan tauliahnya.

Bagaimanapun, Setiausaha Keselamatan negeri Sao Paulo, Guilherme Derrite, pada Sabtu berkata, kecurian itu boleh mendatangkan "akibat malapetaka", jika senjata itu disalurkan kepada kumpulan penjenayah.


https://www.hmetro.com.my/global ... n-tentera-di-brazil

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2023 02:25 PM | Show all posts
China didakwa sengaja langgar bot Filipina bawa bekalan


Kapal Pengawal Pantai China (kiri dan kanan) mengepung kapal penghantar bekalan Filipina ketika operasi penghantaran ke kapal tentera Filipina, BRP Sierra Madre di laut China Selatan. - Foto AFP

MANILA: Filipina mendakwa kapal pengawal pantai China melanggar bot Filipina yang menghantar bekalan kepada tentera ditempatkan di BRP Sierra Madre di Laut Filipina Barat.

Dalam satu kenyataan, Pasukan Petugas Kebangsaan Laut Filipina Barat, berkata 'gerakan menyekat berbahaya' kapal Pengawal Pantai China (CCG) 5203 menyebabkan ia bertembung dengan Unaiza 2 Mei, sebuah bot bekalan Angkatan Tentera Filipina.

"Tindakan provokatif, tidak bertanggungjawab dan menyalahi undang-undang CCGV 5203 membahayakan keselamatan anak kapal Unaiza 2," kata pasukan petugas itu.

NTF-WPS juga berkata bahawa sebuah kapal maritim militia China 'terlanggar' kapal peronda Pengawal Pantai Filipina kira-kira 6.4 batu nautika timur laut Beting Ayungin ketika misi bekalan semula yang sama.

Menurut pihak berkuasa, misi itu masih diteruskan, dengan bot bekalan Unaiza 1 Mei tiba di BRP Sierra Madre.


Pasukan petugas itu berkata tindakan CCG dan maritim militia China melanggar hak kedaulatan serta bidang kuasa Filipina selain mengabaikan konvensyen maritim antarabangsa.

Pengawal Pantai China berkata ia 'secara sah' menyekat kapal Filipina yang mengangkut 'bahan binaan haram' ke kawasan perairan yang dipertikaikan itu.

China menuntut kedaulatan ke atas hampir keseluruhan Laut China Selatan, walaupun keputusan mahkamah antarabangsa menganggap pendiriannya tidak mempunyai asas undang-undang.

Kapal pengawal pantai, tentera laut dan maritim China secara rutin menghalang atau membayangi bot peronda dan bekalan Filipina. - AGENSI

BH Online

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2023 02:37 PM | Show all posts
Edited by anniez08 at 22-10-2023 02:42 PM

1,000 PATI mendarat di Sepanyol dalam sehari


Pendatang asing tanpa izin (PATI) turun daripada kapal Pengawal Pantai Sepanyol, Rio Tajo, di Pelabuhan Los Cristianos, di Kepulauan Canary di Tenerife. - Foto AFP

ARGUINEGUIN: Lebih 1,000 pendatang asing tanpa izin (PATI) tiba di Kepulauan Canary, Sepanyol dalam tempoh sehari, selepas melakukan pelayaran berbahaya dari Afrika.

Antara yang mendarat semalam itu termasuk sebuah bot membawa 320 PATI, yang menurut penyelamat adalah bot paling sesak pernah mereka lihat.

Pertubuhan Palang Merah yang membantu merawat PATI terbabit, berkata bot kayu yang tiba di kepulauan on the island of El Hierro itu menandakan rekod terbesar ketibaan PATI dalam sebuah bot.

Rekod sebelumnya ialah sebuah bot membawa 271 PATI yang tiba di El Hierro pada 3 Oktober lalu.

Ketibaan PATI yang mendarat semalam merangkumi 783 di El Hierro, 98 di Tenerife dan 150 di Gran Canaria, menurut Palang Merah, yang menambah bahawa kebanyakan PATI adalah wanita dan kanak-kanak kecil.


Di Gran Canaria, pengawal pantai menunda sebuah bot kayu membawa PATI termasuk bayi, masuk ke pelabuhan Arguineguin, yang turut menempatkan bot kayu digunakan PATI sebelum ini.

Kesemua tujuh pulau di semenanjung Atlantik itu kini menjadi destinasi utama bagi PATI dan pelarian yang cuba melarikan diri ke Sepanyol.

Tahun ini, jumlah yang melakukan perjalanan berbahaya itu berlipat ganda dengan ketara, terutama PATI dari Senegal dan negara Afrika lain.

Antara 1 Januari dan 15 Oktober tahun ini, kepulauan berkenaan menerima 23,537 PATI, peningkatan 80 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, berdasarkan data rasmi.

Sekurang-kurangnya 1,000 orang terbunuh ketuka cubaan merentas lautan itu pada tahun ini, menurut pertubuhan kebajikan, Walking Borders.

Pemangku Menteri Migrasi Sepanyol menjanjikan pakej bantuan bernilai 50 juta euro ($53 million) pada 19 Oktober lalu bagi membantu Kepulauan Canary menampung jumlah kemasukan PATI yang 'luar biasa tinggi'. - REUTERS

Sumber: BH Online

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2023 03:49 PM | Show all posts
Mesin layan diri jual 'teh ketum' timbul kebimbangan di Thailand



BANGKOK: Sebuah mesin layan diri minuman herba di Hat Yai, selatan Thailand menimbulkan kebimbangan penduduk kerana menawarkan 'teh ketum'.

Menurut Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah Amerika Syarikat (DEA), teh itu diperbuat daripada daun pokok ketum, spesies tumbuhan tropika berasal dari Asia Tenggara yang bersifat psikoaktif.

Dalam dos yang rendah, daun itu menghasilkan kesan perangsang yang meningkatkan kewaspadaan, tenaga fizikal dan pertuturan.

DEA bagaimanapun memberi amaran bahawa dos ketum yang tinggi boleh menghasilkan kesan khayal dan menyebabkan ketagihan.

Minuman yang diperbuat daripada ketum roselle dan bunga kekwa ditawarkan pada harga 10 baht (RM1.30) secawan di Hat Yai, bagaimanapun jualan 'teh ketum' adalah lebih tinggi, lapor akhbar The Nation Thailand.

Pada 2021, ketum dikeluarkan daripada senarai bahan terlarang Thailand.

Pada Ogos 2022, Thailand menerbitkan Akta Loji Ketum BE 2565 (2022), bertujuan meningkatkan kegiatan ekonomi berkaitan ketum.

Pada masa sama, ia mengawal selia perdagangan, penjualan, penggunaan, kajian dan pengiklanan daun ketum secara persendirian atau sebagai bahan daripada makanan.

Thailand bagaimanapun melarang penjualan daun ketum atau makanan yang mengandungi daun ketum kepada individu di bawah umur 18 tahun, wanita hamil atau menyusu.

Seorang penduduk memberitahu mesin layan diri itu dipasang sekitar tiga hingga empat bulan lalu.

"Setiap petang, remaja diperhatikan muncul untuk membeli teh ketum," kata penduduk itu, sambil menambah bahawa kawasan itu dipenuhi dengan cawan kosong dari mesin layan diri.

Mengikut Akta tersebut, usahawan tidak dibenarkan menjual ketum di institusi pendidikan, asrama, taman awam, zoo dan taman hiburan.

Mereka juga tidak dibenarkan menjual ketum menggunakan mesin layan diri atau kaedah lain yang ditetapkan oleh kementerian keadilan dan kesihatan awam. - AGENSI


https://www.bharian.com.my/dunia ... mbangan-di-thailand

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2023 04:05 PM | Show all posts
Sumbangan ASEAN dalam keselamatan siber diiktiraf dunia



SINGAPURA: Usaha keselamatan siber ASEAN mendapat perhatian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan diiktiraf badan dunia itu sebagai acuan bagi menyelaras kawal selia keselamatan siber global.

Menteri bertanggungjawab bagi Negara Pintar dan Keselamatan Siber, Josephine Teo, berkata ASEAN adalah kumpulan serantau pertama dan satu-satunya yang menerima pakai norma PBB mengenai tingkah laku negara yang bertanggungjawab di alam siber.

Rangka kerja itu mempunyai 11 peraturan tidak mengikat dan menerangkan perkara yang boleh dan tidak patut dilakukan di alam siber, termasuk kerjasama untuk menghentikan jenayah dan keganasan serta tidak merosakkan infrastruktur kritikal.


"Kesannya, ia menjadi rujukan berguna untuk perbincangan peringkat PBB yang diharap akan membolehkan lebih banyak negara anggota PBB mencapai kemajuan dalam kerjasama keselamatan siber.

"ASEAN mencapai kemajuan yang baik dalam membangunkan senarai semakan pelaksanaan untuk norma-norma ini," katanya kepada pemberita sempena Minggu Siber Antarabangsa Singapura (SICW), di Pusat Konvensyen dan Expo Marina Bay Sands.


Tambah beliau, SICW menjadi pentas bagi negara anggota ASEAN untuk melibatkan diri dalam isu keselamatan siber dengan pelbagai rakan kongsi, termasuk negara seperti Jepun, India, Australia, Britain, Amerika Syarikat (AS) dan New Zealand.

"SICW berkembang menjadi pentas yang sangat boleh dipercayai pada peringkat antarabangsa," katanya.

SICW mempunyai hampir 12,000 peserta dalam edisi kelapannya pada 2023, iaitu dua kali ganda daripada 6,000 pada acara sulungnya pada 2016.

Ketua Eksekutif Agensi Keselamatan Siber Singapura (CSA), David Koh, berkata lebih daripada 80 negara kini diwakili, lonjakan daripada kira-kira 50 negara pada 2016.

"Pada Persidangan Menteri-menteri ASEAN mengenai Keselamatan Siber (AMCC) pertama pada 2016, CSA adalah satu-satunya agensi keselamatan siber di ASEAN.

"Ketika itu, tiada menteri yang bertanggungjawab terhadap keselamatan siber dalam kalangan anggota ASEAN, bagaimanapun dalam tempoh lapan tahun, kita menjadi pemangkin dalam pemikiran dan pembangunan negara ASEAN.

"Kini, kebanyakan negara ASEAN mempunyai sama ada menteri bertanggungjawab bagi keselamatan siber atau mengenal pasti satu agensi bertanggungjawab untuk keselamatan siber," katanya.

Tambah beliau, penyertaan aktif negara-negara ASEAN adalah tarikan bagi rakan sejawat antarabangsa yang lain.

Perbincangan yang berlangsung selama empat hari itu merangkumi aspek dasar dan diplomatik keselamatan siber, pelaku ancaman perisian tebusan dan teknologi seperti model kecerdasan buatan (AI) kuantum generatif serta keselamatan.

Josephine berkata Singapura ingin terus mengadakan perbincangan global mengenai keselamatan siber.

"Ia kekal sebagai perkara yang sangat penting, terutama kerana semua negara yang berinteraksi dengan kami menyatakan hasrat kuat untuk mengembangkan ekonomi digital mereka dan mengukuhkan masyarakat digital," katanya. - AGENSI

Sumber: BH Online

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2023 04:15 PM | Show all posts
Israel tingkatkan serangan ke atas Gaza sebelum pencerobohan darat


Doktor mendukung bayi warga Palestin yang cedera akibat serangan Israel, di sebuah hospital di Rafah, selatan Semenanjung Gaza. - Foto AFP

RAFAH: Tentera Israel mengumumkan serangan intensif ke atas Gaza bagi memperkukuh pertahanan di Asia Barat berikutan 'peningkatan' bantuan oleh Iran dan sekutunya kepada Palestin.

Semalam, konvoi bantuan pertama memasuki Semenanjung Gaza yang dikenakan sekatan, namun hanya 20 trak yang dibenarkan.


Kempen pengeboman yang dimulakan sebaik saja konvoi itu selesai masuk, mengorbankan lebih 4,300 penduduk Palestin, terutamanya orang awam.

Lebih 40 peratus daripada semua perumahan rosak atau musnah, menurut Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), memetik pihak berkuasa tempatan.

Israel turut menghentikan penghantaran makanan, air, bahan api dan elektrik ke Semenanjung Gaza.


Israel akan memperhebat pengebomannya untuk meminimumkan risiko kepada tenteranya apabila mereka memulakan pencerobohan darat.

Jurucakap tentera, Laksamana Daniel Hagari, berkata mulai hari ini, mereka meningkatkan serangan dan meminimumkan bahaya," katanya


Konvoi bantuan kemanusiaan yang tiba dari Mesir selepas memasuki lintasan sempadan di Rafah, tiba di Khan Yunis di selatan Semenanjung Gaza. - Foto AFP

"Kami akan meningkatkan serangan dan oleh itu menyeru penduduk Gaza untuk bergerak ke selatan demi keselamatan mereka," katanya.

Israel memberi amaran kepada lebih sejuta penduduk utara Gaza untuk bergerak ke selatan demi keselamatan.

PBB berkata lebih separuh daripada penduduk itu kini menjadi pelarian dalaman.

Pengeboman bagaimanapun berterusan di bahagian selatan Semenanjung dengan sembilan terbunuh dalam serangan udara di Khan Younis.

Ratusan ribu orang awam dipercayai kekal di dalam dan sekitar utara Gaza.

Konflik itu telah menimbulkan kebimbangan perang serantau yang lebih luas, dan Washington berkata ia akan mengerahkan pertahanan dan batalion Patriot tambahan untuk melindungi tentera Amerika Syarikat (AS).

Pentagon juga berkata tentera tambahan 'bersedia untuk mengeluarkan arahan' tanpa menyatakan bilangan atau bila mereka dihantar.

Pada sidang kemuncak keamanan di Mesir, Ketua PBB Antonio Guterres menggesa gencatan senjata kemanusiaan 'untuk menamatkan mimpi ngeri itu'.

Sidang kemuncak itu berakhir tanpa sebarang kenyataan bersama dikeluarkan.

Di Gaza, penduduk yang terkejut berkata mereka tidak pasti ke mana hendak pergi atau bagaimana untuk melindungi keluarga mereka.

Skala pengeboman menyebabkan sistem asas tidak dapat berfungsi, dengan PBB melaporkan puluhan mayat yang tidak dapat dikenal pasti identiti dikebumikan dalam kubur besar di Bandar Gaza. - AFP

Sumber: BH Online

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2023 04:23 PM | Show all posts



Selamat petang semua.. Selamat hujung minggu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2023 04:29 PM | Show all posts
Salam Asar semua

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2023 04:31 PM | Show all posts
Ribut Babet badai Scotland, ratusan terperangkap dalam banjir

Satu pasangan bersama anjing mereka diselamatkan oleh anggota Pengawal Pantai di jalan raya yang dilanda banjir di bandar Brechin di timur laut Scotland selepas Ribut Babet melanda kelmarin. — Gambar AFP

BRECHIN: Seorang wanita maut selepas dihanyutkan ke dalam sungai dan beberapa keluarga terperangkap di dalam rumah yang dimasuki air di Scotland kelmarin ketika Ribut Babet bergerak ke timur selepas membadai Ireland.

Pejabat Met di Britain mengeluarkan amaran cuaca buruk merah yang pelik bagi beberapa bahagian di timur Scotland dengan “penurunan hujan luar biasa” sehingga lebih 22 sentimeter (8.6 inci) diramalkan pada awal kelmarin.

Pihak polis mengesahkan laporan bahawa mayat seorang wanita yang berusia 57 tahun ditemui selepas dia dihanyutkan ke dalam sungai di daerah Angus pada tengah hari Khamis.

Pihak berkuasa di daerah Cork selatan Ireland, di mana beratus-ratus rumah dan premis perniagaan telah dinaiki air pada awal minggu ini, menyifatkan banjir di sana sebagai yang terburuk dalam tempoh sekurang-kurangnya 30 tahun.

Sebuah hospital komuniti bagi warga emas terpaksa dikosongkan di bandar Midleton dengan jalan raya utamanya dinaiki air setinggi empat kaki.

Ketika ribut itu melanda Scotland kelmarin, pemimpin Scotland Humza Yousaf memberikan amaran mengenai “keadaan yang amat berbahaya” terutama di bandar timur laut Brechin.

Perkhidmatan kecemasan telah berusaha untuk membantu penduduk yang terperangkap namun dihalang oleh arus deras dan banjir setinggi hingga enam kaki.

“Ia adalah benar-benar menakutkan. Saya tidak pernah melihat sesuatu seperi ini,” kata kaunselor tempatan Jill Scott, sambil menambah bahawa beratus-ratus rumah telah dilanda banjir.

“Penduduk terperangkap... segelintir telah terkandas di sana selama beberapa jam.

“Beberapa bot sedang cuba untuk mendapatkan mereka (namun) mereka tidak dapat menghampiri disebabkan arus yang sangat kuat.

“Ia semua air putih yang mengalir di sekitar sana, Ia kelihatan seperti sebatang sungai.” tambahnya.

Anggota bomba dan Pengawal Pantai mula memindahkan penduduk di Angus pada Khamis, mengetuk pintu rumah dan menggesa penduduk agar pergi dari situ.

“Penghuni lebih 350 rumah di sekitar Angus telah dihubungi oleh pihak berkuasa  kelmarin dan dinasihatakan agar pindah,” kata seorang jurucakap bagi Majlis Mesyuarat Angus.

“Brechin, dan beberapa bahagian lain di Angus, sekarang hanya boleh dimasuki dengan menggunakan bot,” tambahnya. — AFP



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2023 04:34 PM | Show all posts
PANTAI Kuta, Denpasar, Bali. FOTO AFP



Bali isytihar darurat dua minggu
Bali: Bali diisytiharkan darurat selama dua minggu akibat kemarau dan kebakaran yang semakin teruk melanda pulau peranginan itu, lapor The Jakarta Post.

Pemangku Gabenor Bali SM Mahendra Jaya berkata, keputusan itu dibuat berikutan kemarau berpanjangan dan peningkatan kebakaran tanah dan hutan.



Arahan itu dikeluarkan pada Khamis lalu dan membabitkan semua daerah dan bandar di seluruh wilayah itu, termasuk Denpasar, Badung, Bangli, Buleleng, Gianyar, Jembrana, Karangasem, Klungkung dan Tabanan.

Darurat itu berkuat kuasa sehingga 1 November dan boleh dilanjutkan atau dipendekkan mengikut keperluan.


Ketua Badan Mitigasi Bencana Bali (BPBD-Bali) Made Rentin berkata, status kecemasan diisytiharkan bagi membantu memudahkan akses bagi penempatan sumber manusia, peralatan dan logistik lain untuk misi bencana.

Menurutnya, dengan status yang berkuat kuasa, pentadbiran wilayah akan dapat mengarahkan institusi lain untuk mengambil peranan aktif dalam mengurangkan bencana.

"BPBD mendapat akses kepada semua sumber yang kami perlukan untuk menangani kemarau dan kebakaran," katanya.

Dengan keadaan darurat, Rentin optimis bencana itu dapat dikurangkan dengan segera.

Pada Khamis, Mahendra mencadangkan bahawa tidak ada sebab untuk mengisytiharkan darurat kerana keputusan untuk meningkatkan status kesedaran bencana dibuat secara berhemah sebagai cara untuk menggerakkan sumber.

Kemarau melampau melanda pulau yang bergantung kepada pelancongan itu sejak Julai lalu dengan sekurang-kurangnya 113 banjar (kampung tradisional) menghadapi krisis air bersih.

Kawasan yang paling terjejas termasuk dusun di Buleleng, Jembrana dan Karangasem.

"Krisis kemarau dan air bersih mungkin merebak ke kawasan lain, jika tiada hujan dalam beberapa hari akan datang," kata Mahendra dalam pertemuan dengan BNPB di Denpasar, pada Khamis.

Menurut data biro Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Denpasar, tiga daerah di seluruh pulau tidak mengalami taburan hujan selama 94 hari berturut-turut

Musim kemarau yang berpanjangan di Bali, sebahagiannya disebabkan oleh fenomena cuaca El Niño yang turut mengakibatkan banyak kebakaran hutan dan tanah, dengan sekurang-kurangnya tujuh kebakaran hutan dilaporkan antara Julai dan Oktober; dua di Buleleng, empat di Karangasem dan satu di Bangli.

Tiga kemudahan tapak pelupusan yang menyediakan perkhidmatan sisa penjagaan kesihatan turut terbakar dan pihak berkuasa masih bergelut untuk memadamkan kebakaran selepas lebih seminggu, termasuk di tapak pelupusan sampah terbesar di Bali di Suwung, Denpasar.


Disiarkan pada: Oktober 22, 2023 @ 3:43pm



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 03:02 PM GMT+8 , Processed in 0.681663 second(s), 69 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list