CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 452|Reply: 0

Lelaki Ludah Myvi Diburu Polis

[Copy link]
Post time 8-9-2022 05:02 PM | Show all posts |Read mode
Polis sedang mengesan seorang lelaki tempatan yang dilaporkan memaki hamun dan meludah ke arah kenderaan seorang wanita di Jalan Lapangan Terbang Lama menghala Jalan Dewan Bahasa di sini, pada Rabu.


Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, polis telah merakam keterangan wanita berusia 26 tahun itu selepas dia membuat laporan pada jam 2.30 petang Rabu.




Siasatan lanjut sedang dijalankan polis untuk mengesan suspek menerusi nombor pendaftaran kenderaan. - Gambar Media sosial





"Mangsa seorang wanita tempatan memandu sebuah kereta Perodua Myvi diekori suspek berusia lingkungan 20-an lalu suspek memotong kenderaan mangsa serta memberhentikan kenderaan secara mengejut.


"Suspek yang turut memandu kenderaan jenis Perodua Myvi tidak dikenali oleh mangsa turun dari kenderaan sambil memarahi wanita terbabit dan meludah pada kenderaan mangsa," katanya dalam kenyataan, pada Rabu.


Amihizam berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengesan suspek menerusi nombor pendaftaran kenderaan.


Katanya, motif kejadian masih belum dikenalpasti dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.


Maklumat berkaitan boleh disalurkan kepada Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau balai polis berdekatan.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 09:59 AM GMT+8 , Processed in 0.039996 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list