CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 366|Reply: 1

[Pulau Pinang] Diupah RM200 untuk isi diesel di 10 stesen minyak

[Copy link]
Post time 7-9-2022 11:01 AM | Show all posts |Read mode
Diupah RM200 untuk isi diesel di 10 stesen minyak

oleh MOHD ISKANDAR OTHMAN 07 September 2022 09:46am






Mogan menunjukkan tangki yang telah diubah suai diletakkan di belakang lori untuk menyimpan minyak diesel bersubsidi.




BUTTERWORTH - Seorang pemandu lori diberkas selepas dipercayai terlibat dengan sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam serbuan dilakukan di sebuah stesen minyak di Jalan Permatang Pauh, di sini pada petang Selasa.

Ketua Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang, A Mogan berkata, lelaki berusia 40-an itu ditangkap ketika sedang mengisi minyak diesel pada lori membawa muatan tangki yang telah diubah suai kira-kira jam 6.45 petang.

Menurutnya, hasil risikan mendapati lelaki terbabit telah berhenti di empat stesen minyak di sekitar Seberang Perai untuk mengisi minyak diesel ke dalam tangki besar berkapasiti 20,000 liter (l) yang terletak di atas lori, lengkap dengan pam bermotor untuk menyedut.

"Pemandu lori itu mengakui yang dia baharu sahaja bekerja dengan sindiket terbabit dengan menerima upah RM200 untuk mengisi minyak diesel di 10 buah stesen minyak di negeri ini.

“Ketika pemeriksaan, terdapat 1,810 liter minyak diesel bernilai RM3,892 yang telah diisi dari tiga stesen minyak sebelum itu dan sebahagiannya di stesen minyak keempat,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan di sini, pada malam Selasa.



Lori muatan tangki yang telah diubah suai untuk menyedut minyak diesel dari stesen minyak di sekitar Seberang Perai.





Mogan berkata, sindiket itu terpaksa ‘menjelajah’ ke beberapa stesen minyak berikutan kerajaan menghadkan pembelian minyak diesel sebanyak RM500 bagi setiap pengisian.

Katanya, selain menahan suspek, KPDNHEP turut menyita 1,810 liter minyak diesel bersubsidi bersama lori dan tangki yang diubah suai dengan anggaran nilai RM69,192.70.




Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 yang memperuntukkan hukuman penalti sehingga RM1 juta atau penjara selama tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama.

Bagi pertubuhan atau perbadanan, mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2 juta bagi kesalahan pertama dan RM5 juta bagi kesalahan kedua dan seterusnya.

"KPDNHEP ingin ingatkan mana-mana orang yang cuba menyalahgunakan barang kawalan bersubsidi akan diambil tindakan tegas serta tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang tidak mematuhi akta dan peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan," jelasnya.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2022 11:35 AM | Show all posts
Upahnya macam sedikit sangat nak dibandingkan dengan kena tangkap oleh pihak penguasa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 10:09 AM GMT+8 , Processed in 0.064351 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list