View: 326|Reply: 0
|
[Pulau Pinang]
Dua lelaki dalang edar dadah diberkas
[Copy link]
|
|
Dadah jenis heroin yang dirampas dalam dua tangkapan lelaki tempatan di SPU di sini Jumaat lalu. - FOTO: IHSAN PDRM
SEBERANG PERAI – Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah didalangi dua lelaki tempatan sekali gus merampas 6.3 kilogram dadah bernilai RM86,390 di Seberang Perai Utara (SPU), di sini Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Mohd. Radzi Ahmad berkata, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang menahan kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 26 dan 25 tahun dalam dua serbuan di Sungai Dua dan Butterworth.
“Polis menemui 14 bungkusan dadah jenis heroin seberat 6.3 kilogram bernilai RM84,000 dan dua bungkusan ganja seberat 47.8 gram dengan anggaran nilai RM2,390.
“Kita turut merampas sebuah kereta dan sebuah motosikal, sebentuk cincin bersama seutas rantai dengan jumlah keseluruhan rampasan dadah dan sitaan RM136,140,” katanya kepada pemberita di sini lewat malam ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, hasil siasatan mendapati sindiket terbabit mulai aktif sejak Jun lalu untuk pasaran tempatan dan jumlah dadah yang dirampas boleh menampung keperluan kira-kira 31,500 penagih.
“Saringan air kencing mendapati, kedua-duanya positif dadah jenis tetra hydrocannibol (THC) dan ketamin, selain mereka juga memiliki rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah.
“Kedua-dua suspek direman selama enam hari bermula sehingga 8 September ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2022/09 ... dar-dadah-diberkas/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|