CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 364|Reply: 0

[Perlis] 20,000 permohonan Program Visa Premium dalam tempoh 24 jam

[Copy link]
Post time 5-9-2022 06:21 PM | Show all posts |Read mode
20,000 permohonan Program Visa Premium dalam tempoh 24 jam

05 September 2022 05:45pm






Datuk Seri Hamzah Zainudin menyampaikan dokumen pengenalan diri dan surat keputusan Permohonan Kewarganegaraan kepada masyarakat Siam pada Program Mekar Bersama Masyarakat Siam di Pusat Latihan Penjara Pusat Koreksional Perlis pada Isnin. - Foto Bernama




ARAU - Sebanyak 20,000 permohonan diterima oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi ejen dalam tempoh 24 jam pelancaran fasa pertama Program Visa Premium (PVIP) Malaysia, Khamis lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pada fasa pertama, kerajaan menetapkan tidak lebih daripada 25,000 permohonan.

Beliau berkata, Kabinet sebelum ini bersetuju agar pemohon perlu membayar yuran penyertaan sebanyak RM200,000 sekali sahaja serta yuran RM100,000 sekali sahaja akan dikenakan untuk setiap tanggungan.

"Jika menerima pemohonan menggalakkan, kita mungkin akan menaikan kadar yuran pada fasa berikutnya,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) bersama masyarakat Siam di Pusat Latihan Penjara (PULAPEN), Pusat Koreksional Perlis pada Isnin.

Pelaksanaan PVIP Malaysia dilihat mampu membawa masuk pelaburan ke negara ini dengan menarik hartawan global menetap dan melabur di negara ini.

Mengenai program MEKAR, Zainudin berkata, ia memudahkan urusan masyarakat Siam di negeri itu menukar maklumat keturunan dalam kad pengenalan daripada bangsa Thai kepada Siam bagi membolehkan mereka mendapat manfaat yang sama seperti bumiputera.
Katanya, dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), maklumat kad pengenalan seramai 8,910 penduduk Siam adalah keturunan bangsa Thai.

Beliau berkata, masyarakat Siam di Kedah, Kelantan, Perak dan beberapa negeri lain diminta untuk menguruskan permohonan kad pengenalan baharu di pejabat JPN berhampiran kediaman masing-masing.

Program tersebut turut dihadiri Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz; Ketua Pengarah JPN, Datuk Ruslin Jusoh; Setiausaha Kerajaan Perlis, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad dan Pengerusi Persatuan Siam Malaysia, Senator Ak Nan Eh Took. - Bernama


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 04:55 AM GMT+8 , Processed in 0.047557 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list