CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 348|Reply: 0

[Kedah] LiSA bantu bomba mempercepat operasi menyelamat

[Copy link]
Post time 4-9-2022 11:16 AM | Show all posts |Read mode

ABDUL Wahab memeriksa melihat peti LiSA yang diletakkan di Taman Tasik Darul Aman. FOTO Zuliaty Zulkiffli

Jitra: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedang mengesan beberapa pusat rekreasi di negara ini untuk pemasangan peti peralatan keselamatan Life Saving Appliance (LiSA) bagi memudahkan penyelamatan dilakukan sekiranya berlaku kejadian lemas.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata, lokasi tumpuan itu membabitkan tasik, pantai dan sungai yang kerap kali menjadi tumpuan terutama cuti persekolahan.

Beliau berkata, LiSA adalah projek inovasi diperkenalkan oleh JBPM sejak 2019 dan sedang diperluaskan di seluruh negara ini.

"Di Kedah sudah ada dua lokasi dipasang LiSA iaitu Pantai Cenang, Langkawi dan Taman Tasik Darul Aman, Jitra yang baru dilancarkan hari ini.

"LiSA hanya perlu dipasang di lokasi berisiko dan secara automatik mengeluarkan bunyi amaran selain pada masa sama menghantar notifikasi sistem kedudukan global (GPS) kepada balai bomba berhampiran.

"Lokasi GPS ini boleh dikenal pasti menerusi Google Maps dan bomba boleh memberi respon di lokasi yang tepat," katanya pada Majlis Keselamatan Kempen Penyelamatan Di Air di Taman Tasik Jitra, di sini semalam.

Hadir sama, Pengarah JBPM Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba, Sayani Saidon dan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (Dun) Jitra, Datuk Aminuddin Omar.

Dalam program itu, seramai 134 individu termasuk penuntut dari lima institut pengajian tinggi (IPT) dan Majlis Belia Daerah terbabit dalam latihan penyelamatan air.

Mereka didedahkan dengan kursus asas keselamatan di air, peraturan ketika berada dalam air dan keselamatan sewaktu melakukan aktiviti di air dibantu pegawai dan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) JBPM Kedah.

Dalam pada itu, Abdul Wahab turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mengunjungi kawasan air terjun ketika hujan lebat kerana risiko berlakunya kepala air.

Katanya, orang ramai perlu beredar dengan segera sekiranya menyedari ada tanda-tanda kepala air berlaku di kawasan rekreasi sama ada di bukit, gunung atau sungai bagi mengelak terperangkap dalam arus deras.

"Sejak kebelakangan ini banyak kejadian kepala air di kawasan air terjun seperti di Titi Hayun di Yan tahun lalu dan Kampung Iboi di Baling pada 4 Julai lalu serta terbaru di Lata Ulu Kasar, Lata Payung, Terengganu, kelmarin.

"Antara tanda berlakunya fenomena itu ialah awan gelap di bukit atau gunung, terdapat deruman kuat dari atas kawasan itu serta aliran air bercampur dengan daun kering dan ranting kayu serta air berubah menjadi keruh," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -operasi-menyelamat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 01:11 AM GMT+8 , Processed in 0.057569 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list