CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 389|Reply: 0

[Kedah] Suami tak sengaja rempuh isteri hingga maut

[Copy link]
Post time 3-9-2022 09:46 PM | Show all posts |Read mode
Suami tak sengaja rempuh isteri hingga maut

Oleh Izad Thaqif Hassan - September 3, 2022 @ 9:14pm bhnews@bh.com.my




Anggota polis dan penduduk mengangkat mayat wanita warga emas yang dilanggar kereta. - Foto tular




SUNGAI PETANI: Seorang wanita warga emas maut selepas dilanggar kereta yang bergerak ketika suaminya menghidupkan enjin kenderaan itu dalam keadaan bergear di hadapan sebuah rumah di Kampung Bukit Tukang Jusoh, di sini, hari ini.

Kejadian malang jam 3.10 petang itu menyebabkan mangsa yang berusia 69 tahun meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan di anggota badan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, berkata pasangan suami isteri itu pada mulanya menghadiri majlis kenduri kahwin di kampung berkenaan.

"Sebaik tiba, suami mangsa meletakkan kereta di hadapan sebuah rumah penduduk dan selepas selesai menghadiri kenduri mereka bersiap untuk pulang ke rumah di Kampung Telok Amboi.

"Suami mangsa yang berusia 76 tahun kemudian menghidupkan enjin kereta yang masih dalam keadaan bergear menyebabkan kenderaan itu bergerak ke hadapan dan melanggar isterinya," katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati Proton Iswara Aeroback yang dinaiki pasangan itu mengalami kerosakan di bahagian hadapan kiri dan pemandunya tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Mayat dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Difahamkan, pasangan suami isteri itu dikenali ramai kerana menjalankan perniagaan menjual pulut udang di kawasan kampung mereka.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:35 AM GMT+8 , Processed in 0.267744 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list