CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 357|Reply: 1

Video Sebak: Budak Enam Tahun Hilang Di Dataran Merdeka, Tak Nak Sebut Nama Bapa Sebab Dah Meninggal

[Copy link]
Post time 3-9-2022 12:41 PM | Show all posts |Read mode
Pelbagai rakaman ketika sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos lalu dapat dilihat di media sosial.


Ada video yang mencuit hati, malah ada juga yang menaikkan semangat cintakan negara apabila seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira umur, bangsa dan agama meraikan sambutan ini.


Bagaimanapun tular satu video menyentuh hati memaparkan seorang budak lelaki berusia enam tahun hilang daripada pengawasan ibunya di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur ketika sambutan, Rabu.




Foto: mStar




Melalui video yang dikongsi di TikTok, kanak-kanak ini dibantu oleh dua anggota polis yang mengirinya menuju ke pentas utama bagi mencari ahli keluarganya.


Pemilik asal video, Abu Huzaifah Abd Ghani, 34, yang sempat merakam momen ini dari awal hingga ke akhir menceritakan kisah yang berlaku pada hari tersebut.


“Saya terbangkan drone pada Hari Kebangsaan sebab saya seorang saja yang dapat permit daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) tetapi di bawah pengawasan ketat pihak polis.


“Saya ditempatkan di lokasi bersebelahan unit jammer bersama tiga rakan anggota polis.


“Saya banyak habiskan masa bersama mereka saja sebab segala arahan untuk terbangkan drone saya terima daripada mereka. Lepas selesai acara perbarisan, kami pun mengemas untuk bersurai,” jelasnya ketika dihubungi mStar.




  



Lelaki senang disapa Abu ini berkata, ketika sedang berehat bersama anggota polis, mereka dihampiri oleh dua orang awam sekitar jam 12 tengah hari.


Mereka memaklumkan menjumpai seorang kanak-kanak bernama Fauzan dalam keadaan terpinga-pinga mencari ibunya ketika melihat kereta berhias kartun animasi Didi and Friends.


Abu yang bekerja sebagai Juruaudio Visual di Jabatan Penerangan Malaysia berkata, bermula dari situlah dia membuat rakaman sehinga ibu Fauzan dijumpai.


“Lepas budak tu berada dengan polis, saya mula rakam apa yang berlaku. Saya ingatkan polis akan hantar dekat pentas hebahan, kemudian tinggalkan saja dia di situ.


“Rupanya tidak... mereka tunggu dan siap cari kalau ada sesuatu dalam beg Fauzan untuk membolehkan ibu bapa atau penjaganya dihubungi," katanya.




Foto: mStar




Apabila tiba di pentas utama, seorang wanita menyapa kanak-kanak itu untuk dalam usaha membantu mencari ahli keluargannya dengan membuat pengumuman melalui pembesar suara.


Fauzan dapat menjawab ketika ditanya tentang namanya, umur dan nama ibu tetapi hanya mendiamkan diri apabila beberapa kali ditanya 'nama bapa'.


Dalam video sama, kumpulan yang membantu cuba membuat tekaan dengan menunjukkan seorang lelaki yang sedang mendukung bayi pada waktu itu adalah bapanya kerana individu tersebut kerap memandang ke pentas namun persoalan terjawab apabila Fauzan akhirnya memberitahu bahawa bapanya sudah tiada.


“Ayah dah meninggal,” ujar kanak-kanak berkenaan.


“Saya tak keruan dah bila dia jawab macam tu. Rasa kasihan pada budak ni membuatkan saya terus tunggu dekat situ sampai betul-betul mak dia sampai dan ambil dia.


“Saya reject beberapa kali panggilan isteri sebab tak nak terlepas momen pertemuan dia dan ibu. Tak lama kemudian saya nampak seorang ibu bersama seorang anak bergegas berjalan ke pentas dan kami bertanya sama ada wanita itu ibunya.


“Alhamdulillah mereka dipertemukan semula. Saat tu memang meruntun jiwa lagi-lagi bila tahu budak tu anak yatim. Difahamkan bapa Fauzan meninggal sebab kemalangan,” jelasnya.


Rakaman itu yang tular di TikTok mengundang sebak warga maya dan meraih lebih 4 juta jumlah tontonan.


Bagaimanapun, menurut Abu yang berasal dari Jengka, Pahang, tujuan asal rakaman diambil adalah untuk menunjukkan bagaimana anggota polis yang selalu dianggap garang begitu prihatin dan bertanggungjawab menyelesaikan masalah orang awam dengan baik.


“Saya betul-betul terharu dengan tindakan polis. Apa-apa pun saya tabik dengan polis di negara kita. Jangan ingat mereka tak ada perasaan.


“Tengok cara mereka layan budak tu pun dah nampak betapa penyayangnya mereka siap dukung lepas tu bagi minum air lagi,” kata Abu. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2022 03:22 PM | Show all posts
okaylah saya ikot sebak. moga awak tabah dek
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-10-2024 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.042084 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list