CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 381|Reply: 1

[Pulau Pinang] KASA pulih 30 peratus daripada 10,000 km denai tepi sungai

[Copy link]
Post time 2-9-2022 11:48 PM | Show all posts |Read mode
KASA pulih 30 peratus daripada 10,000 km denai tepi sungai

Oleh Nur Izzati Mohamad - September 2, 2022 @ 8:32pm  [email protected]






KEPALA BATAS: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) memulihkan 30 peratus daripada 10,000 kilometer (km) denai tepi sungai seluruh negara melalui program Denai Sungai Kebangsaan (DSK) yang diperkenalkan sejak dua tahun lalu.

Timbalan Menterinya, Datuk Mansor Othman, berkata program DSK diilhamkan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat setempat mengenai kepentingan dalam menjaga dan memulihara ekosistem sungai.

Berikutan itu, katanya, sebanyak RM10 juta melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) diperuntukkan bagi melaksanakan DSK dengan mendapat kerjasama daripada komuniti setempat serta jabatan berkaitan.

"Program DSK berteraskan alam semula jadi bertujuan membangkitkan kesedaran masyarakat setempat mengenai kepentingan menjaga kelestarian alam sekitar terutama sungai.

"Kita (KASA) menyasarkan 10,000 km denai untuk program DSK di seluruh negara dapat dipulihkan menjelang 2030 dan kini baru mencapai 30 peratus," katanya pada Majlis Perasmian DSK @ Sungai Muda di Kampung Permatang Bendahari, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mansor berkata, Pulau Pinang menerima RM900,000 bagi melaksanakan lima DSK hingga hujung tahun ini yang mana DSK Sungai Muda di Kampung Permatang Bendahari, di sini dijadikan projek perintis.

"Di kawasan ini dulu pernah berlaku banjir besar dan kejadian tsunami yang mengorbankan banyak nyawa serta kemusnahan harta benda.

"Ini adalah satu amaran yang memerlukan kita berwaspada dengan menjaga ekosistem sungai supaya kejadian sama tidak berulang," katanya.

Katanya, sehingga kini sebanyak 295 denai merangkumi 671.1 km panjang di seluruh Malaysia didaftarkan di bawah program DSK dengan Pulau Pinang mempunyai 37 denai sepanjang 71.4 km.

Mansor berkata, pihaknya mengalu-alukan kerjasama Lestari Khazanah Alam Pulau Pinang (LEKAS), sektor swasta dan komuniti setempat untuk turut serta menjaga kebersihan sungai kerana ia sumber air utama selain untuk kepentingan generasi akan datang.

"DSK Sungai Muda sepanjang empat kilometer (Fasa 1) sebagai contoh, memberi manfaat kepada komuniti setempat seperti Permatang Bendahari, Bakau Tua, Pulau Mertajam dan Kuala Muda.

"Penduduk boleh memanfaatkan denai di sepanjang sungai berkenaan untuk beriadah dan menjalankan kegiatan sosial," katanya.




Mansor (tengah) bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga, Mohd Yusni Mat Piah (kanan) dan Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Bisnes) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Datuk Sabri Abdul Mulok (kiri) mengayuh basikal di pesisiran Sungai Muda di Kampung Permatang Bendahari selepas merasmikan Program Denai Sungai Kebangsaan (DSK) hari ini. - BERNAMA







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-9-2022 11:49 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 09:55 PM GMT+8 , Processed in 0.254787 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list