CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 373|Reply: 0

[Perlis] 265 bungkusan benih udang dirampas

[Copy link]
Post time 1-9-2022 01:38 PM | Show all posts |Read mode

ANTARA benih udang yang dirampas. FOTO ihsan APMM

Kangar: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua lelaki dan merampas 265 bungkusan benih udang yang cuba diseludup ke negara ini dari Thailand di perairan Kuala Perlis di sini, semalam.

Rampasan itu dibuat APMM Zon Maritim Kuala Perlis pada 3.20 petang di kedudukan kira-kira 1.1 batu nautika dari barat pesisir pantai Kurung Tengar, Kuala Perlis di sini.

Pengarah APMM Zon Maritim Kuala Perlis Komander Maritim Mohd Hashim Mat Zain berkata, hasil risikan pihaknya yang sedang melakukan rondaan Op Aman dan Op Benteng Laut di sekitar perairan itu terserempak dengan sebuah bot fiber tanpa nombor pendaftaran.


"Bot itu kemudiannya diarahkan berhenti dan dua lelaki iaitu seorang tekong dan awak-awak warga tempatan berusia dalam lingkungan 31 hingga 35 tahun berada di atas bot itu ketika diperiksa.

"Pemeriksaan lanjut menemukan 265 bungkusan plastik putih lut sinar yang disyaki mengandungi benih udang cuba diseludup ke negara ini," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, udang amat penting dalam ekonomi kerana ia menjadi penanda aras bagi kepelbagaian biodiversiti dan kelestarian sumber perikanan yang terdapat di perairan negara.

"Oleh yang demikian, stok udang harus dijaga secara terurus, sistematik dan mampan agar sumbernya tidak pupus dari perairan negara kita.

"Nilai keseluruhan rampasan termasuk sebuah bot, enjin sangkut dan benih udang itu adalah sekitar RM41,500," katanya.

Beliau berkata, tangkapan serta rampasan benih udang itu kemudiannya dibawa ke jeti APMM Zon Maritim Kuala Perlis untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi tindakan lanjut.

Menurutnya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 8 (a) Akta Perikanan 1985 kerana mengusahakan aktiviti penangkapan ikan, mengendali atau membenar dikendalikan di perairan perikanan Malaysia vesel penangkapan ikan tempatan bagi maksud menangkap ikan tanpa lesen yang sah.

Selain itu, katanya, suspek juga akan disiasat mengikut Seksyen 40 (1) (a) Akta Perikanan 1985 kerana mengimport ke dalam atau mengeksport ke luar Malaysia, ikan hidup tanpa permit atau dengan melanggar apa-apa syarat dalam permit.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... enih-udang-dirampas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:43 AM GMT+8 , Processed in 0.233622 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list