CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 975|Reply: 2

Hanya Nampak Bayangan Gelap- Wanita Sangka Dirogol Hantu, Baru Tahu Perogol Sebenar Bila Tengok CCTV

[Copy link]
Post time 1-9-2022 10:26 AM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita yang menyangka dirinya dicabul oleh hantu, ternyata terkejut apabila mengetahui pelaku sebenar adalah tuan rumahnya.


Menurut mangsa yang tinggal di sebuah flat di Singapura, dia mula menyedari perkara tersebut apabila ‘hantu’ berkenaan menyentuh dan menciumnya ketika dia sedang tidur.


Bercakap di mahkamah, mangsa yang berusia 30 tahun mendakwa dirinya disentuh di bahagian dada dan kelangkangnya namun memandangkan keadaan gelap, dia hanya dapat melihat bayang-bayang pada masa itu.


Foto: Getty






Mangsa dan teman lelakinya kemudian memasang kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati satu penemuan yang mengejutkan.


Melihat pada rakaman CCTV, ia mendedahkan bahawa ‘hantu’ tersebut adalah tuan rumahnya sendiri dan bukannya sesuatu dari alam paranormal.


Shin Min Daily News melaporkan mangsa memberikan keterangan mengenai pengalaman pahitnya pada 29 Ogos.


Dalam keterangan tersebut, mangsa dan teman lelakinya telah menyewa flat itu pada Mei tahun lalu dan pada bulan Jun, tuan rumah didakwa mengadakan pesta ‘mabuk’ untuk mengalu-alukan mereka.


Akibat terlalu mabuk, mangsa tertidur sebelum tersedar dicium sambil dibelai di seluruh badan.


Mangsa pada mulanya menyangka itu teman lelakinya tetapi apabila ditoleh, dia hanya dapat melihat ‘bayang-bayang gelap’.


Lebih aneh, mangsa berkata teman lelakinya botak tetapi ‘pelaku’ mempunyai rambut yang lebih tebal.


Mangsa mendakwa perkara itu berlarutan selama kira-kira 10 minit sebelum teman lelakinya kembali ke bilik selepas mandi.


Tuan rumah kepada mangsa telah ditangkap namun mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan melakukan serangan tidak senonoh.


Trauma dengan kejadian berkenaan, pasangan itu berpindah ke rumah baharu pada Ogos dan dilaporkan diberi semula wang deposit oleh isteri tuan rumah.


Perbicaraan kes berkenaan masih berjalan. - CARI


Sumber: mStar/Dailystar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2022 02:58 PM | Show all posts
Flat HDB kah ii?
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2022 03:25 PM | Show all posts
tuan rumah da lama rancang, penyewa je lalai
mana ada pesta mabuk free ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.052003 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list