Penyanyi dan pelakon, Nur Suhada Jebat atau lebih dikenali sebagai Ayda Jebat mendedahkan dia sama sekali tidak berhadapan 'pengalaman buruk' tinggal bersama mentua.
Menerusi laporan Harian Metro, Ayda bersyukur kerana sepanjang perkahwinan dengan suami, Nabil Mahir, dia diberikan layanan baik selain tidak dibenarkan melakukan kerja rumah.
"Tinggal dengan mentua, bagi saya tak ada pro dan kontra. Tak tahu pula orang lain. Tapi, saya sangat suka. Mungkin sebab Nabil dia memang dulu kata 'tolonglah jangan dapat isteri macam ibunya' tapi sekali dapat saya.
"Saya memang sekepala dengan mak dia, perangai kami sama, tak masak. Mak mentua jenis tak kisah, kalau saya di dapur dia akan cakap 'buat apa di dapur ni'. Kalau nak kemas-kemas, dia cakap tak perlu sebab pembantu pun ada. Mungkin orang lain pengalaman berbeza.
"Lagi pula, sebelum kahwin pun, Nabil cakap dia jenis 'family person'. Saya suka dan okay saja. Saya punya keluarga bukan begitu, sebab habis belajar saya sudah duduk sendiri," katanya.
Dalam pada itu, Ayda turut menzahirkan rasa syukur kerana rezekinya semakin mencurah-curah selepas kehadiranya anaknya, Ana Nayla. - CARI
|