CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1401|Reply: 3

Dulu Baik Orangnya! Lelaki Ditinggal Anak Isteri Sebab Dadah, Datang Ceroboh Bekas Rumah Sewa

[Copy link]
Post time 30-8-2022 11:25 AM | Show all posts |Read mode
Angkara dadah, nasib seseorang itu boleh berubah sekelip mata.


Begitulah situasi yang dihadapi oleh seorang lelaki, apabila keadaannya bukan sahaja tidak terurus malah tiada tempat tinggal.


Sudahnya dia bertindak menceroboh ke sebuah rumah teres dua tingkat yang tidak berpenghuni.


Bercerita kepada mStar, pemilik rumah berkenaan yang merupakan seorang wanita menjelaskan bahawa lelaki tersebut sebenarnya merupakan bekas penyewanya.


Foto: mstar






Siti (bukan nama sebenar) berkata lelaki berusia 30-an itu sebelum ini tinggal di rumah sewanya di Ipoh, Perak selama lebih setahun.


"Dia sebelum ini tinggal bersama isteri dan dua anaknya. Hal rumah sewa diuruskan oleh isterinya. Duit sewa sentiasa dibayar on time.


"Tapi selepas setahun mereka menyewa, dah mula ada tunggakan. Si isteri pun beritahu saya yang dia tidak mahu menyewa lagi dan beri notis," katanya kepada mStar.


Siti yang berusia 35 tahun berkata, perkhabaran mengenai si isteri bertindak lari ke kampung bersama anak-anak juga ternyata mengejutkan dirinya.






  



"Saya tidak tahu punca sebenar masalah mereka, tapi kemungkinan si isteri tak tahan dengan sikap suaminya yang mengambil dadah," katanya sambil menambah si isteri mencari rezeki sebagai pembantu di kedai makan, manakala suaminya tidak bekerja.


Menetap di Selangor, Siti terkejut apabila mendapat tahu suami kepada bekas penyewanya rupa-rupanya telah menceroboh ke rumah yang mahu dijualnya ketika itu.




Foto: mstar









"Saya dan suami dapat tahu selepas ada jiran berkongsi tentang kehadiran suami bekas penyewa menerusi satu grup Facebook. Rumah tu memang kosong sementara cari pembeli.


"Tak sangka pula dia datang semula ke rumah sewa tu selepas ditinggalkan isteri dan anak-anak. Kami call polis untuk ambil tindakan sebab dia dah ceroboh kawasan rumah tu.


"Dia cuba pecah masuk ikut pintu belakang, tetapi hanya 'tinggal' di luar pintu rumah bersama beg yang mengandungi pakaian dia," ujarnya yang tidak mengetahui latar belakang suami penyewa termasuk punca lelaki itu mengambil dadah.




Foto: mstar







Sementara itu, ejen hartanah, Ihsan Zainal, 36, berkata, peralatan menghisap dadah turut dikesan di rumah tersebut sewaktu pemeriksaan dijalankan.


"Beberapa kali kita panggil pihak polis sebab dia selalu tak ada di luar rumah. Tapi selepas tu tiba-tiba muncul masuk, tak dapat buka pintu, dia panjat pagar.


"Memang kasihan tengok dia, dah tidak terurus... berpakaian lusuh dan koyak. Dia sebenarnya penyewa yang baik, tapi selepas terbabit dengan dadah terus berubah.




Foto: mstar







"Nasihat saya, kalau penyewa ada masalah, kena berterus-terang dengan tuan rumah sebab anda tinggal di rumahnya. Tuan rumah juga kena ambil tahu pasal penyewa, lebih-lebih lagi yang berbulan tak bayar sewa dan sukar untuk dihubungi.


"Apa yang penting, jauhilah dadah kerana ia bukan sahaja memberi kesan buruk kepada diri anda sendiri dan keluarga tetapi juga buat masyarakat," katanya.




Foto: mstar







Selepas kes tersebut selesai, Siti yang merupakan pembantu akaun memberitahu, urusan jual beli rumah lebih mudah kerana pembeli mula berani masuk untuk melihat keadaan rumah.


"Setiap tuan rumah tetap ada cabaran luar untuk menguruskan rumah yang dijual. Bukan sahaja cabaran cari pembeli, tetapi juga masalah seperti ini yang perlu ditempuh sebelum dapat meyakinkan bakal pembeli," kata Siti sambil menambah rumah itu telah pun dijual. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2022 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan angkara dadah

Angkara kebodohan sendiri.  Xde siapa letak pistol atas kepala dia & paksa ambik dadah
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2022 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
seram aku klu beli rumah ni, buat nye dia lalok/nyanyuk dtg lg pecah rumah, duduk dpn rumah. naya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2022 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 30-8-2022 11:29 PM

Dulu yg baik tu bukan mamat tu tapi bini dia, bini dia bekas penyewa sis yg baik tu.
Jelas2 kot bini dia yg keje kedai makan bayar on time sewa umah tu sementara tok laki dia tak bekerja.
Boleh lak dia kata dulu mamat tu penyewa yg baik, ntah berapa lama dah dia terlibat ngn dadah pun taktau laa takdenya la baru skrg nk mendadih.
Sprt mana sap kok begitu gak ngn mendadih rata2nya  bermula pada usia akil baligh.
Tu pasal dah dewasa pun masih tetap mendadih sbb menda dah sebati ngn tubuh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.428613 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list