Assalamualaikum,
Makluman : Perkara ini dicakapkan bukanlah bertujuan untuk menghina sunnah nabi.
Cuma aku agak kecewa apabila dua orang kenalan yang dah berhaji yang memakai kopiah ketika waktu kerja.
Aku nak nasihatkan, nanti dikata tak layak sebab aku lagi muda, belum pergi haji, dan nampak kurang Islamik
berbanding diorang sebab aku tak pakai kopiah.
Jadi aku nak ceritalah perasaan aku niek at orang lain, kot kot ada yang membaca kat sini jenis orang yang pakai kopiah juga.
Dua orang kenalan sepejabat ini seorang pemandu dan kerani.. dedua sentiasa pakai kopiah..
Tapi yang aku kesalkan perangai mereka amat memalukan aku..
Ini kerana, sorang jenis pandang perempuan pakai skirt masa memandu, memandu scara kurang ajar, potpng que, lalu one way
suka mintak sponsor guna nama orang, cerita berbaur lucah dengan perempuan
(walaupun perkataan lucah tu tak jelas, tapi semua orang faham, cerita dalam kelambu orang jangan diusik)
Yang kerani pulak, buat claim ot berlebihan, minta cina belanja makan sedangkan aku tengok cina tu masa tu sibuk.. kalau cina tu nak belanja takpelah..
nie siap dia yang minta... aku leh nampak berubah muka cina tu..
Jadi aku? Aku yang tengok nie rasa malu... sebab apa pandangan cina tu? Orang pakai kopiah pun buat macamtu.. mesti dia ingat aku yang tak pakai kopiah nie lagi teruk?
Jadi tolonglah........... kalau rasa nak pakai kopiah,,, biarlah diri tu perfect... janganlah buat perkara yang memalukan orang Islam yang lain.
Dan kalau rasa tak mampu pakai kopiah... tanggal ajer kopiah tu...
Pakailah kopiah kat rumah, masa nak pergi masjid dsb...
Masa kerja tak perlulah pakai kalau perangai tu hampeh... lagipun bagi aku tak kena pakai baju lengan panjang pastu sarung kopiah..
Jadi kenapa perlu pakai kopiah?
1. Sunnah Nabi
2. Nak tunjuk yang nko lagi Islam dari orang lain
3. Supaya dapat mengelakkan diri daripada melakukan perkara tak senonoh.
Aku minta maaf jika melukakan hati sesiapa.....
Cuma satu pertanyaan aku.... berapa ramai kat sini dalam rumah tanggal kopiah... luar rumah bila nak jumpa orang pakai kopiah?
mungkin pakai sebab nak cover kepala yg makin kurang rambut atau banyak kelumumur atau banyak uban?
benda ni lebih kurang sama la macam 'perempuan melayu Islam yg pakai tudung tapi baju ketat & perangai pun tak senonoh'. cuma bezanya, perempuan wajib menutup aurat. & lelaki pulak.... sunnah ke? hmmmm...
maaf sbb apa yg bakal aku taip ni. tapi.... aku rasa mungkin low self esteem kot. dalam hal ko ni la. sbb ada antara orang kita yg bila tengok je orang pakai kopiah atau berserban, automatik akan fikir "ohhh, orang kuat agama. kena hormat". kena hormat. so bila pakai kopiah, dia dapat boost self esteem or self worth dia. orang akan pandang & hormat dia (dia rasa la). bila dia buat salah, orang akan rasa 'segan' nak tegur sbb mungkin fikirkan ilmu yg kurang dalam bidang agama, whatsoever. itu, secara tak langsung & mungkin tak disedari, dah beri upper hand kepada dia utk buat apa yg dia suka. memanipulasi.
kita kena ingat. cara berpakaian tak menentukan betapa Islamiknya kita, atau betapa dalamnya iman kita. tidak. orang2 macam tu, bukan je memalukan diri sendiri, tapi memalukan agama jugak. jangan rasa diri ko tak layak utk menegur. cuma fikirkan cara teguran yg paling baik supaya tiada pihak yg berkecil hati. kita kena tegur kalau orang buat salah, tambah lagi kalau ia melibatkan agama. kalau tak mampu nak tegur, mintak tolong pada orang yg lebih berilmu, atau orang yg lebih dihormati. contohnya orang yg lebih tua daripada mereka. ataupun boss. cuba bincang dgn mereka. sbb selain tu, diorang pun macam mengganggu ketenteraman orang lain jugak kat ofis tu kan? cerita berbaur lucah dgn perempuan tu boleh dikirakan sexual harassment. so, adukan pada pihak atasan.
aku try jawab, org pakai kopiah mybe ada 3 sbb
===========
1- mmg ikut sunnah nabi
2- mmg dah habit, style berpakaian.. cth, msti nk pakai sluar dockers, msti nk ada kopiah kt kepala.. msti pakai jam.. mcm da jd trademark.
3- rasa lebih yakin kalo pakai kopiah. mybe wajah dorg lbih nmpk good looking bbanding x pakai..
orng pakai kopiah ni ... banyak sebab .. tetapi yg jelas adalah bertujuan mengelakkan rambut jatuh di kawasan dahi.. bila rambut jatuh kat area dahi ... kira sujud x complete .. dan automatic sama ada solat tak sah .. atau setakat lepas dari melakukan kemungkaran.
Selain daripada itu .. kopiah di Malaysia ni .. sinonim dengan Islam ... sekurang2nya bila pakai kopiah tu .. agak2 lalu kedai dangdut .. lalu kelab malam ... terdetik jugak tak nak memalukan imej Islam.
Yang kat atas tu .. semua yg ikhlas pakai kopiah .. tapi la ni dah jadi trend .. masuk lokap .. bicara kes syariah .. mesti pakai kopiah.... seolah2 .. bila salah .. pakai kopiah ni .. nampak kurang sikit kesalahannya.... apa pun yg penting .. bila pakai kopiah .. kene bawa imej Islam yg baik ... jangan la pakai kopiah .. tapi tangan asyik.. mencuriii aje ... wsalam
selalunya org balik Haji akan pakai kopiah atau songkok
sebabnya konon nk tunjuk haji yg mereka dpt adalah haji mabrur
kiranya ada perubahan la lepas balik haji
bagi aku bila nk tegur org2 mcm ni
aku akan panggil dia Haji
dan terangkan kenapa dia buat benda2 tak elok mcm itu ini
lama2 dia akan segan
isu kat sini, bukan kopiah...tapi perbuatan diorang yg tak betul....
ia macam ko persoal orang pakai jam tangan...perlu ke pakai jam tangan?? sekarang seme orang ada henpon, dan kat henpon ada jam...
dah jadi habit dan mungkin itu style pemakaian dia dan aku rasa tak salah...cuma kita agak negatif dengan imej Islam...sebab kat Malaysia ni kopiah sinonim dengan Islam...walaupun takde hadith menyuruhnya (ke ada?), tapi tiada dalil melarangnya...baik gi larang awek2 yg pakai skirt dan tak tutup aurat tu...tu mmg dah terang2 salah...
dalam kes kawan2 opis ko ni, jangan dibenci pemakaian mereka...tapi bencilah perbuatan salah mereka...dan tegurlah dengan berhemah....
dia masih kabur kot dan tak belajar apa2 dr Haji ...
medangmru Post at 6-10-2010 09:01
benar med ... bila balik dari haji... sama aje atau lebih teruk dari sebelum dia gi haji .. tu la haji kabur ... kabur-kabur status mabrur ... para haji kene ingat .. dapat gi haji hanya la permulaan .. bila balik tu kene anggap telah diberikan seken chan ... tp daripada beribu yg pegi .. berapa ramai yg masih ingat .... ?