View: 750|Reply: 7
|
Balasan Usik Ibu Saudara, Wanita Sengsara Berjangkit Melatah- Tumbuk Suami, Tiba-Tiba Pandai Bersilat, Berjoget
[Copy link]
|
|
Gara-gara sering mengusik ibu saudara yang melatah, seorang wanita akhirnya turut ‘dijangkiti’ sindrom melatah.
Mawariah Ali, 42, memberitahu, dia tidak sangka tindakannya yang kerap mengusik ibu saudaranya menyebabkan sindrom melatah itu telah ‘berjangkit’ kepada dirinya yang kini sudah menjadi orang yang melatah dan perbuatan itu pula tidak boleh dihentikan.
 Gambar Hiasan
“Dahulu, saya bukan individu yang melatah, namun akibat sering mengusik ibu saudara, menyebabkan saya sendiri yang melatah dan penatnya hanya Tuhan sahaja yang tahu.
“Kadangkala kawan atau saudara-mara yang tahu saya melatah ini memang suka menyakat, saya sampai tidak sedar apa yang dilakukan. Ada kalanya saya mengajuk percakapan, berjoget dan ada sampai bersilat pun ada walaupun tidak tahu bersilat.
“Pernah juga saya tumbuk suami ketika tidur kerana terbawa-bawa usikan saudara-mara, mujur suami tengah tidur dan berada dalam keadaan tidak sedar, cepat-cepat saya minta maaf dekat suami,” kata suri rumah yang berasal dari Melaka.
Sementara itu, Ahmad Azmi, 23, berkata, perbuatan melatah yang dialaminya tidak terlalu serius dan hanya sekadar mengajuk percakapan orang lain.
“Ia berlaku sekitar beberapa tahun dahulu, saya sendiri tidak menyangka pada usia muda ini saya boleh melatah.
“Rakan-rakan juga sering mengusik dan saya menjadi tempat untuk melepaskan stres mereka dengan telatah saya.
“Bagaimanapun, mereka memahami dan tidaklah terlalu berlebih-lebihan ketika menyakat saya. Mereka menganggap saya sebagai ‘penyeri’ dalam sesuatu perjumpaan kerana dapat menghiburkan ramai orang termasuk diri saya sendiri.
“Mereka ini merupakan teman rapat saya yang dikenali sejak kecil dan saya langsung tidak menyimpan dendam atau marah dengan tindakan mereka. Apabila saya dah ‘tersandar’ akibat penat, mereka tidak lagi mengusik,” katanya yang bekerja sebagai tukang jahit.
Dalam pada itu, seorang pemandu lori yang ingin dikenali sebagai Kamal, 35, yang turut melatah berkata, tugasnya sebagai pemandu lori membuatkan dia lebih berhati-hati dan berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara.
“Saya berjaya mengawal melatah saya ketika memandu. Pada awal pekerjaan sekitar lapan tahun lalu, saya memang sukar mengawal tabiat ini sehinggakan apabila ada pemandu lain membunyikan hon, saya tanpa semena-mena menekan hon juga.
“Mujur sepanjang bekerja ini saya tidak melatah dan berjaya mengawalnya.
“Apabila berehat bersama rakan, mulalah ada yang akan menyakat sebagai penghilang penat bekerja,” kata bapa dua anak yang berasal dari Selangor. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
melatah ni skit orang melayu je. pelik ek bangsa lain xda latah |
|
|
|
|
|
|
|
Penyakit mental ke melatah ni dek non? |
|
|
|
|
|
|
|
cabang penyakit mental brgkli berkaitan dgn tindak balas diluar kawalan/subconcious reaction agituukt jepon pun ada jgak org nyanyok ada tgk vid lama omputeh buat kajian pasal nyanyok
dulu masa cuti skolah aku kdg keje partime kt catering ni..kat situlah paling ramai org nynayok time2 kita kalut siapkan order time tulah org nynaok ni asik kena sakat bingit suasana gelak hilai si tukang penyakat. ksian tgk org nyayok..lagi satu diorg ni pon mcm suka plak kena usik.
|
|
|
|
|
|
|
|
kalo dlm BI, dipanggil 'jumpy' kan? ai pernah tengok org melatah tatkala tgh pegang pisau, scary hokeh. cuma dia mencarut sambil cincang2 sayur, mujur terfikir utk tidak bertindak lebih ganas 
selain tu, mengajuk org gagap pun bole berjangkit ya. |
|
|
|
|
|
|
|
ai selalu melatah "oh pant@t!" kalau ai atau orang tersekeliling terjatuhkan barang ke apa ke..
kekadang malu juga mcm aritu raya ai tercarut sebegitu depan pakcik n sepupu lelaki lepas makcik ai terjatuhkan gelas.. bukan sengaja nak latah, tindakan refleks  |
|
|
|
|
|
|
|
rosedemon replied at 29-8-2022 02:42 PM
melatah ni skit orang melayu je. pelik ek bangsa lain xda latah
Ada. Org eskimo pun ada yg melatah. |
|
|
|
|
|
|
|
Traits special orang melayu: melatah and amok
Agak2 orang denmark orang Russia ada tak melatah? |
|
|
|
|
|
|
| |
|