CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 401|Reply: 1

[Pulau Pinang] Projek takungan bawah tanah RM5.71 juta atasi masalah banjir

[Copy link]
Post time 28-8-2022 05:29 PM | Show all posts |Read mode
Projek takungan bawah tanah RM5.71 juta atasi masalah banjir

Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Ogos 28, 2022 @ 2:40pm  [email protected]






GEORGETOWN: Kerajaan negeri meluluskan projek takungan bawah tanah bernilai RM5.71 juta bagi mengatasi masalah banjir yang sudah 30 tahun menghantui penduduk di Solok Van Praagh, dekat Jelutong.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Zairil Khir Johari, berkata kerja pembinaan dua takungan banjir menyamai kolam renang bersaiz Olimpik yang mempunyai kapasiti 5,175 meter padu dengan keluasan 2,200 meter persegi itu, dimulakan Jun lalu dan dijangka siap 31 Mei 2024.

"Ini fasa ketiga projek tebatan banjir di kawasan berkenaan dengan fasa kedua membabitkan kerja naik taraf meliputi usaha melebarkan longkang, jalan dan memperdalamkan sistem perparitan sudah dilaksanakan pada 2019.

"Projek terbaharu ini juga akan dilengkapi dua saluran lencongan masing-masing sepanjang 80 meter dan 50 meter, untuk mengalirkan air dari Jalan Hamilton dan Jalan Van Praagh ke kolam takungan terbabit," katanya kepada pemberita hari ini.

Zairil berkata, lencongan Sungai Jelutong sepanjang 1.2 kilometer (km) adalah lembangan sungai utama kawasan Solok Van Praagh yang mempunyai keluasan tadahan sekitar 0.57 km persegi, dengan kapasiti longkang dan pembetung sedia ada tidak mampu menampung kapasiti air ketika hujan lebat.

Menurutnya, masalah banjir kritikal turut melanda kawasan rendah seperti Jalan Sir Ibrahim, Lengkuk Hijau dan Lintang Slim di Jelutong selain Persimpangan Jalan Van Praagh, sekali gus menyebabkan kesesakan trafik dan laluan terhalang apabila banjir kilat melanda di lokasi terbabit.

Zairil berkata, pihaknya juga mencadangkan kemudahan rekreasi dibina di bahagian atas kolam takungan bawah tanah itu untuk kegunaan penduduk dan ia dijangka menjadi projek contoh seumpamanya di negeri ini apabila ia siap kelak.

Katanya, projek itu dijangka memberi manfaat kepada lebih 70 keluarga dengan insiden banjir terburuk berlaku beberapa kali pada 2019 dan 2020 di kawasan terbabit yang menyaksikan air masuk ke dalam rumah dan premis penduduk pada paras lutut.




Zairil (dua dari kanan) bersama ADUN Batu Lanchang, Ong Ah Teong (kanan) melihat pelan projek tebatan banjir di Solok Van Praagh di Jelutong. - NSTP/MIKAIL ONG







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-8-2022 05:30 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 10:01 PM GMT+8 , Processed in 0.067069 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list