CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 649|Reply: 0

Syafie Naswip Belajar Masak, Kongsi Lokasi Makan Viral Dalam Syurga Kulinari Malaysia

[Copy link]
Post time 28-8-2022 01:26 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon Syafie Naswip muncul sebagai hos program terbaharu disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang memilih dan memperkenalkan satu persatu ‘Restoran Yang Mesti Dikunjungi’ di seluruh negara.


13 episod program travelog ini diberi tajuk “Syurga Kulinari Malaysia” yang sedang bersiaran setiap Jumaat, pukul 11.00 pagi menerusi saluran TV Okey (Astro 146 /Myfreeview 110).




IG Syafie




Dalam setiap episod program ini pastinya bermanafaat buat orang ramai yang mencari tempat lokasi makan menarik, viral, unik dan paling penting sedap rasanya. Lokasi pilihan perjalanan ialah sekitar negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.


Syafie Naswip akan berkunjung ke tempat makan dipilih dalam Semenanjung Malaysia bagi memberikan idea kepada penonton untuk menikmati masakan yang sedap sekiranya mereka berkunjung ke setiap tempat di dalam negeri yang dipaparkan.


Pastinya perkongsian info ini juga sebagai pilihan kepada penonton yang merupakan “food hunting” dalam menyenaraikan restoran yang boleh dikunjungi mereka.




IG Syafie




Pelbagai jenis makanan dipaparkan sepanjang rakaman program ini. Di samping itu, hos juga akan belajar memasak resepi istimewa dengan melihat demo masakan yang dilakukan tukang masak.


Syafie Naswip dibawa ke rumah atau ke dapur restoran untuk melihat proses bagaimana sesuatu masakan itu dihasilkan. Kesimpulannya negara kita Malaysia sememangnya merupakan syurga makanan.




Sumber: Murai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 03:17 AM GMT+8 , Processed in 0.066195 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list