View: 4715|Reply: 54
|
Peserta Dewi Remaja Tak Tahu Jawab Soalan Tentang Politik Malaysia,"Jangan Hina Tahap IQ Kami"
[Copy link]
|
|
Baru-baru ini tular mengenai sedutan satu klip video memaparkan soalan spontan yang diajukan wartawan Sinar Daily kepada peserta Dewi Remaja 2022 mengenai perkembangan politik semasa negara.
Menerusi video berdurasi lebih satu minit itu, ia memperlihatkan empat peserta iaitu Keeranjit Kaur A/P Daljit Singh, 25, Siti Nur Aishah Bee Mohd Nor, 22, Noor Alyssa Ahmad Azmi, 20, dan Zafira Natasya Yong, 21, yang diuji soalan berkaitan politik di Malaysia.
Akibat memberi jawapan seakan tidak pasti apabila diajukan soalan untuk menamakan tiga parti pembangkang dan komponen parti yang membentuk Kerajaan Persekutuan ketika ini, rata-rata netizen meninggalkan komen ‘jahat’ seperti ‘beauty with no brains’ terhadap keempat-empat mereka.
 Foto: Twitter
Tampil menjawab komen-komen negatif yang dilemparkan terhadap mereka, Keeranjit Kaur atau lebih senang disapa Keeran berkata dia berharap netizen di luar sana tidak menghina tahap intelektual peserta Dewi Remaja.
“Sebenarnya soalan itu diajukan secara spontan dan saya akui sebagai rakyat Malaysia, kita perlu sentiasa cakna dengan perkembangan dan situasi politik yang berlaku dalam negara kita.
“Saya harap netizen tidak menghina tahap IQ kami sebaliknya tengoklah video penuh kami sebelum bertindak meninggalkan sebarang komen negatif.
“Kami memang baca semua komen-komen yang diberikan tapi kami tidak terguris hati, sebaliknya go easy on us. Daripada isu yang jadi ini, secara tidak langsung saya percaya ramai rakyat Malaysia kini lebih cakna untuk lebih mengambil tahu mengenai perkembangan politik semasa negara,” katanya kepada MH.
Menurut Keeran yang baharu sahaja menamatkan pengajian dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan & Inovasi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dia ingin mengucapkan terima kasih kepada sebahagian netizen yang mengambil perkara itu sebagai satu langkah yang bijak dengan menerangkan jawapan secara terperinci kepada orang ramai.
“Saya tengok ada dalam kalangan netizen yang turut menerangkan jawapan secara terperinci untuk pengetahuan bersama. Itu yang bagusnya, secara tidak langsung sama-sama kita semua akan lebih cakna mengenai isu politik negara.
“Saya melihat isu ini daripada sudut positif dan sememangnya sebagai rakyat Malaysia, kita kena perlu sentiasa mengambil tahu apa yang berlaku dalam negara kita,” ujarnya lagi.
Dewi Remaja 2022 yang kini memasuki episod ketujuh pada Sabtu ini akan memaparkan cabaran teater yang perlu disahut 11 lagi dewi yang masih tinggal dalam perjuangan untuk merebut gelaran Dewi Remaja 2022.
11 peserta yang masih bertahan ialah Alyssa, Keeran, Bee Aishah, Auni, Janani, Zafira, Rasyiqah, Dina, Kimberly, Hyeley dan Tracie.
IKLAN
Manakala lima peserta yang tersungkur setakat ini ialah Fifi, Malle, Melissa, Iman dan Reezlyn. -CARI
Sumber: Media Hiburan |
|
|
|
|
|
|
|
jd mawar dulu..xtau pasal gst..huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi I disagree, dah kalau politic caca merba, ashik lompat sana sini, pastu tukar nama pangkal, mana la kita semua tak confuse.
I bet mesti kita semua tahu umno, mic, mca, pas, pkr, dap.. but parti2 baru mcm peribumi, pejuang la.. agak confusing nak ingat…
Gitu… |
|
|
|
|
|
|
|
Entahlah uols, tuew soklan basic sajork. Takkan tak tengok news? Bukti dah ader, macam mana ummah tak cerca. |
|
|
|
|
|
|
|
maap la. iols pun dah malas nak amik tahu hal politik negara.
kerja iols tak memerlukan iols hapal segala nama parti politik.
cukup tahu nama menteri di kementerian utama saja cukup.
nama parti apa, siapa presiden ka hapa ka, sorry buang masa aku ja nak ingat |
|
|
|
|
|
|
|
Parit.Hilton: maap la. iols pun dah malas na ...
Kalau tanya aku..tim perdana menteri pun dah tak tau..kayjay kotttt.. |
|
|
|
|
|
|
|
Betul cecamerba. Tapi u are on the spotlight. U should do better. |
|
|
|
|
|
|
|
selayaknya kena hina. knowledge x berapa nk ada |
|
|
|
|
|
|
|
Takyah cakap budak-budak ni lah.. kawan aku cikgu sekolah menengah pun tak cakna isu semasa..bukan setakat hal politik je. Malas nak baca katanya... Busy. |
|
|
|
|
|
|
|
Sho shedap buah keranji nyam nyammmm |
|
|
|
|
|
|
|
Cuba tanye soalan sama kat peserta miss universe, pu, maharaja lawak, gegar vaganza, dsb.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mslhnya diorg pun x cantik |
|
|
|
|
|
|
|
Dewi remaja ni ramai beauty je. Brain kurang hahahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
September14 replied at 28-8-2022 03:31 PM
Mslhnya diorg pun x cantik
Hahaahha
Jujur u nie kan |
|
|
|
|
|
|
|
Tak salah pon kalau diorang takleh jawab..memang politik kita mcm taik...kalau dulu org boleh ckp BN PAS KEADILAN WARISAN BEBAS...PMnyeKAK ROS.....Sekarang makin mengarut semua gila jawatan kije malas...kenyangkan sedara mara je.. |
|
|
|
|
|
|
|
apesal aku rasa yg masuk dewi remaja dan pertandingan yg sewaktu dengannya adalah jenis bimbo dan acah² jelita? maafkan aku dgn pemikiran begini[em:10:] |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pun tak tau politaik kat Misa
Ni..tak berminat |
|
|
|
|
|
|
|
kakigojes replied at 28-8-2022 12:53 PM
Tapi I disagree, dah kalau politic caca merba, ashik lompat sana sini, pastu tukar nama pangkal, man ...
betul
iols pun da lama xfolo tau² gitu je
sekitar masa PH naik jadi gomen da byk sgt parti
pasti MP² lompat sana sini
xde selera nak amik tau |
|
|
|
|
|
|
|
beauty pun tak,brain pun takde...hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
... takper la nakk
acik pun tak tahu
ahhaaa |
|
|
|
|
|
|
| |
|