CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 568|Reply: 0

'Rezeki menang di bandar tunang saya'

[Copy link]
Post time 28-8-2022 10:52 AM | Show all posts |Read mode

Kasma meraikan kemenangannya di Litar Permotoran Terengganu, sebentar tadi. - Foto ihsan Cub Prix

KUALA LUMPUR: Pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor, Kasma Daniel Kasmayudin menawan Litar Permotoran Terengganu selepas muncul pemenang kelas CP150 Pusingan 7 Kejuaraan Cub Prix Malaysia 2022, hari ini.

Lebih manis, kemenangan itu adalah yang keduanya di litar berkenaan untuk musim ini selepas turut meraih gelaran sama pada Pusingan 4 yang berlangsung pada penghujung Jun lalu.

Kasma yang juga juara keseluruhan pada 2017, melengkapkan perlumbaan 20 pusingan di litar itu dengan melakukan catatan terpantas 16 minit 12.434 saat (s) dan mendahului saingan dengan kelebihan 0.407s daripada pencabar tuan rumah, Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing).

Afif menamatkan perlumbaan dengan 16:12.841s untuk berada di tempat kedua manakala rakan sepasukan Kasma, Md Haziq Md Fairues melengkapkan pentas podium di tempat ketiga, 16:17.795s.

"Ia adalah satu rezeki untuk menang di bandar tunang saya," kata Kasma. "Pasukan saya agak cemerlang di Litar Terengganu. Bagi perlumbaan tadi, saya hanya mengawal kelajuan saya dan mengurangkan kesilapan.

"Ramai di antara pelumba yang melakukan kesilapan dan saya hanya mengambil peluang berkenaan untuk mara ke depan. Bagi saya, jentera saya tidaklah lebih pantas daripada yang lain tetapi saya hanya fokus dan kekalkan momentum saya."

Selepas tujuh pusingan musim, Kasma kini sudah mengumpul 63 mata untuk berada di tangga keenam keseluruhan manakala Afif sedang mendahului carta pelumba kelas perdana berkenaan dengan 122 mata.
https://www.bharian.com.my/sukan ... -bandar-tunang-saya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 03:48 AM GMT+8 , Processed in 0.055772 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list