View: 15417|Reply: 179
|
Air Force The Movie: Selagi Bernyawa kutip RM6 juta
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa berjaya meraih kutipan RM6 juta dalam tempoh tiga hari tayangan di Malaysia.
Berita gembira terbabit diumumkan menerusi akaun rasmi Instagram filem aksi ketenteraan Malaysia itu, malam tadi.
"Filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa berjaya mengutip RM6 juta dalam tiga hari tayangan. Terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana menyokong filem ini," tulisnya.
Air Force The Movie: Selagi Bernyawa dipersembahkan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama lima syarikat penerbitan gergasi iaitu Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas, Astro, FXHammer Films dan SixFun Media.
Filem ini mengisahkan Pasukan Khas Udara (PASKAU) yang terkandas di Namburi selepas kapal terbang TUDM ditembak musuh.
Di Malaysia, pasukan TUDM mengadakan misi untuk menyelamatkan mereka.
Air Force The Movie: Selagi Bernyawa menampilkan barisan pelakon terkenal antaranya Datuk Adi Putra, Aiman Hakim Ridza, Nas-T, Sara Ali, Pablo Amirul, Johan As'ari, Luqman Hafidz, Anas Ridzuan, Jack Tan, Iman Corinne, Scha Alyahya dan Carmen Soo.
Filem arahan Zulkarnain Azhar dan Frank See itu turut ditayangkan serentak di Singapura dan Brunei sejak 25 Ogos lalu.
https://www.hmetro.com.my/rap/2022/08/876146/air-force-movie-selagi-bernyawa-kutip-rm6-juta
|
|
|
|
|
|
|
|
Okey la nih.. Antara filem jenis ini yang boleh juga dimainkan atau dikumandangkan sempena musim Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas.. |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa yang dah tengok?
Best tak?
Rasa mcm nak tengok pengabdi setan je dari cerita ni |
|
|
|
|
|
|
|
i dh tgk...besttttttt..
i tgk 4dx, so kalau nk tgk 4dx..bawalah jaket kerana hembusan angin2 sejuk.... |
|
|
|
|
|
|
|
Dato adi putra di mana2..hikmah berbaik2 ngn isteri.. |
|
|
|
|
|
|
|
Zhaf vlog bagi 2.5 stars je kan. Hahah |
|
|
|
|
|
|
|
Turn off sikit ader sha |
|
|
|
|
|
|
|
bungarose replied at 28-8-2022 11:36 AM
Turn off sikit ader sha
Xbest ek scha berlakon? dulu2 dia jenis berlakon karakter kasar2 gitu kan.. masih sama ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Konsert laku keras
Movie laku keras
Fuh! |
|
|
|
|
|
|
|
ada airforce the series ke tetiba ada the movie? |
|
|
|
|
|
|
|
ada Carmen Soo
lama tak tgk dia |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Kancilkering at 28-8-2022 12:37 PM
dh tgk aiman is no tom cruise….
walaupun pakai flight helmet lakunan dia so so jeh…
nasty terbaik….scha tu rentung sudah |
|
|
|
|
|
|
|
Terima Kasih Malaysia! Air Force Berjaya Kutip RM6 Juta Dalam 3 Hari Tayangan Sebab Takde Kekrul?
Semangat Patriotik! Baru Tiga Hari Tayangan, Air Force The Movie Berjaya Kutip RM6 Juta!
Baru sahaja ditayangkan selama tiga hari di Malaysia, filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa berjaya meraih kutipan RM6 juta.
Berita gembira itu diumumkan menerusi akaun rasmi Instagram filem aksi ketenteraan Malaysia malam tadi.
“Filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa berjaya mengutip RM6 juta dalam tiga hari tayangan. Terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana menyokong filem ini," maklumnya.
Dalam pada itu, para pelakon Air Force The movie juga turut melahirkan rasa gembira dan berkongsi berita tersebut menerusi platform Instagram masing-masing.
“Alhamdulilah. Pertama dalam sejarah selama tiga hari tayangan dengan kutipan RM6,000,000.00. Terima kasih pada semua yang menyokong,” tulis Datuk Adi Putra.
“Terima kasih atas sokongan anda semua! Teruskan menyokong filem tempatan! Filem #airforecethemovieselagibernyawa berjaya mengutip RM6 juta dalam masa tiga hari tayangan!” coret Aiman Hakim.
“#airforecethemovie berjaya mengutip RM6 juta dalam masa tiga hari tayangan! Terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana menyokong filem ini. Alhamdulilah,” tulis Nas-T
Air Force The Movie: Selagi Bernyawa dipersembahkan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama lima syarikat penerbitan gergasi iaitu Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas, Astro, FXHammer Films dan SixFun Media.
Selain Adi Putra, Air Force The Movie: Selagi Bernyawa juga menampilkan barisan pelakon terkenal antaranya Aiman Hakim Ridza, Nas-T, Sara Ali, Pablo Amirul, Johan As'ari, Luqman Hafidz, Anas Ridzuan, Jack Tan, Iman Corinne, Scha Alyahya dan Carmen Soo.
Filem arahan Zulkarnain Azhar dan Frank See itu turut ditayangkan serentak di Singapura dan Brunei sejak 25 Ogos lalu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ramai komen pasal tiba2 ada fart jokes etc masa tengah2 plot orgasm. Between scenes plak xde kesinambungan. |
|
|
|
|
|
|
|
I pegi tgk with zero expectation. Bg i ok je. Boleh layan. Kalau tanya mana lg best airforce or paskal i taktau sbb sampai skrg i tak pernah tgk paskal sbb geli dgn HA |
|
|
|
|
|
|
|
X minat eman dgn scha puihhh puihhh |
|
|
|
|
|
|
|
best je citer ni.. better dr mat kilau.. sekian..
anyway, scha takda pun takpa, takda kesan takat 1 scene je.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|