Sumber IG
Pelakon, Datuk Adi Putra, 41, akhirnya hadir ke tayangan perdana Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang berlangsung di Indonesia pada Jumaat.
Menerusi perkongsiannya di laman Instagram, aktor tersebut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kerana dijemput oleh wakil pengedar filem berkenaan di Indonesia iaitu CBI Pictures, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan rakan pelakon, Yayan Ruhian.
"Semoga dipermudahkan. Semoga warga Indonesia memberi sambutan baik dengan hati dan tangan terbuka.
"Allah Maha Kaya, kebangkitan pahlawan, kebangkitan pejuang dan taat pada yang satu," katanya.
Adi berkata menerusi rakaman video bersama Johan As'ari yang juga merupakan salah seorang pelakon dalam filem terbitan Kembara Studio Sdn Bhd.
Sementara itu, Johan menerusi coretan di IG turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada mereka yang menjemputnya untuk menghadiri malam gala tersebut.
Dia juga memanjatkan rasa syukur kerana segala kos pengangkutan dan penginapan sepenuhnya ditanggung oleh Adi.
"Terima kasih abang Kilau kerana menaja segala perbelanjaan dari perjalanan, penginapan hinggalah kepada makanan dan minum Yassin," coretnya.
Terdahulu, timbul salah faham antara Adi dan pihak Kembara Studio apabila dia gagal menghubungi wakil penerbit sehingga menyebabkan pelakon berkenaan mengambil keputusan untuk tidak hadir ke Jakarta bagi mempromosikan filem tersebut.
Dalam satu komen balas di Instagram sebelum ini juga, Johan turut meluahkan rasa berta hati untuk terlibat dalam program promosi di sana. - CARI
|