CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 392|Reply: 0

[Pulau Pinang] Bekas banduan mahu ambil SPM semula, bina hidup baharu

[Copy link]
Post time 26-8-2022 04:12 PM | Show all posts |Read mode
Bekas banduan mahu ambil SPM semula, bina hidup baharu

Zuhainy Zulkiffli
[email protected]




CHE Mohd Amirul mahu membina hidup baru dan menjadi contoh kepada anak-anaknya. FOTO Zuhainy Zulkiffli




Georgetown: "Setahun di penjara bagai 10 tahun saya menjalani hukuman dan tidak mahu jejak kaki ke situ lagi.

"Kini saya sudah jalani hidup baharu dan berazam mahu sambung belajar serta ambil SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) semula," kata Che Mohd Amirul Che Ismail, 24.

Che Mohd Amirul pernah menjalani hukuman penjara selama setahun di Penjara Pokok Sena, Kedah selepas ditahan angkara ketagihannya terhadap najis dadah.

Anak kelahiran Kupang, Baling itu berkata, sejurus dibebaskan pada Januari tahun lalu, dia diberi peluang bekerja di restoran nasi kandar terkenal di Pulau Pinang.

Berikutan pekerjaan yang sudah stabil, Che Mohd Amirul menyewa rumah di sini dan membawa isteri serta dua anaknya berusia dua tahun dan lima bulan, tinggal bersama.

"Anak tiri berusia tujuh tahun juga tinggal bersama kami dan hanya itu sahaja yang dapat saya lakukan bagi menebus semula masa lalu semasa tidak disamping mereka.

"Impian saya mahu menduduki semula SPM supaya dapat jalani kehidupan lebih baik pada masa depan dan menjadi contoh terbaik kepada anak-anak.

"Kepada insan yang bergelar bekas banduan, jangan sesekali toleh ke belakang sebaliknya bina semula hidup baharu dan bekerja dengan ikhlas serta banyakkan berdoa," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Menceritakan kisah hidupnya, Che Mohd Amirul mula terbabit dengan dadah sejak berusia 13 tahun akibat terpengaruh dengan rakan dan berhenti sekolah empat tahun kemudian kerana tidak dapat mengatasi ketagihan.

Dia berkata, ketika dunia sedang berperang dengan Covid-19, dia bersama beberapa rakannya yang sedang khayal ditahan polis dalam satu operasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.

Katanya, berada dalam tahanan akhirnya terdetik keinsafan dalam diri dan saban malam Che Mohd Amirul menangis kerana teringatkan keluarga.

"Namun ada hikmahnya apabila saya sudah belajar solat lima waktu dan banyak menyertai aktiviti kerohanian di penjara," katanya.

Sementara itu, Pengarah Restoran Hameediyah Muhammad Riyaaz Syed Ibrahim berkata, seramai 20 bekas banduan diambil bekerja di premisnya dan ia inisiatif bersama Jabatan Penjara Malaysia bagi memberi peluang kepada golongan itu dan Orang Diparol (OD) mendapatkan pekerjaan selain mengatasi masalah kekurangan pekerja warga asing.




Disiarkan pada: Ogos 26, 2022 @ 3:38pm





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 09:53 PM GMT+8 , Processed in 0.066997 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list