CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 402|Reply: 0

[Dunia] Spesies labah-labah false widow membiak di UK

[Copy link]
Post time 26-8-2022 03:49 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 25-8-2022 11:50 AM

Spesies labah-labah false widow membiak di UK



SPESIES labah-labah false widow mula meningkat di UK disebabkan cuaca panas. - AGENSI   


  • Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
  • 25 Ogos 2022, 11:00 am















LONDON: Kebanyakan spesies labah-labah berbisa bakal menurun di United Kingdom (UK) pada hujung minggu ini, ketika beberapa bahagian di Britain dijangka mengalami suhu lebih tinggi berbanding Mexico.

Bagaimanapun, gelombang haba melampau menyebabkan spesies labah-labah false widow membiak dan bertambah di seluruh Kepulauan British.

Lapor Daily Mail, serangga tersebut mempunyai kaitan dengan spesies black widow.

Black widow adalah labah-labah paling berbisa dunia yang boleh membawa maut dan merupakan antara 12 spesies serangga itu di UK yang dilaporkan pernah menggigit manusia.

Menurut Muzium Natural History, labah-labah false widow tidak begitu berbisa seperti spesies lain dan gigitannya hanya seperti disengat tebuan.

Bagaimanapun, terdapat insiden jarang berlaku apabila gigitan spesies labah-labah itu menyebabkan sengatan serius dan mencetuskan tindak balas alahan pada manusia.

Berita itu muncul selepas Jabatan Meteorologi meramalkan peningkatan dan penurunan dalam suhu pada minggu akan datang.

UK dijangka mengalami cuaca panas pada hujung minggu ini yang membawa kepada kemungkinan kemunculan gelombang haba lagi.

Cuaca panas melanda negara itu akan membantu spesies labah-labah false widow membiak apabila tempoh hibernasi tamat.

Labah-labah false widow pertama kali dilaporkan di UK pada 1870an dan terus bertambah pada 1980an di kebanyakan kawasan daerah selatan.

Muzium Natural History memaklumkan spesies itu mula-mula membiak di Dorset, Hampshire dan Devon, namun kini boleh ditemukan di Scotland.

Sementara itu, pakar kawalan serangga perosak, Clive Boase berkata, populasi labah-labah black widow di UK semakin meningkat sepanjang masa.

Malah, penduduk tidak menyedari kehadiran spesies labah-labah itu sudah menjadi kebiasaan di negara itu

https://www.utusan.com.my/luar-negara/2022/08/spesies-labah-labah-false-widow-membiak-di-uk/



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-9-2024 05:13 PM GMT+8 , Processed in 0.119865 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list