CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1373|Reply: 13

'Saya Tak Pernah Umum Berhenti Dalam Bidang Seni' - Karl Shafek

[Copy link]
Post time 25-8-2022 04:38 PM | Show all posts |Read mode
Karl Shafek, 42, mengakui masih sayangkan kerjayanya sebagai pengacara dan pelakon walaupun dirinya semakin sibuk membangunkan perniagaan jenama fesyen.


Mengakui jarang menerima tawaran, mungkin ada yang beranggapan pemilik nama penuh Khairul Shafek Ibrahim ini sudah tidak minat untuk meneruskan kerjaya dalam bidang seni.




IG Karl




“Saya dah tumpukan sepenuh perhatian terhadap jenama fesyen, Neonate Clothing Company semenjak 2019. Tapi saya tak pernah umumkan kepada orang ramai yang saya mahu berhenti dalam bidang seni.


“Saya kata saya mahu rehat sebentar tetapi kita dilanda pandemik pada 2020. Jadi, saya diamkan diri sekejap dan memberikan tumpuan terhadap jenama saya.


“Sudah tentu keutamaan saya dalam bidang pengacaraan. Sepatutnya tahun ini nak buat kemunculan semula dan ada menerima beberapa tawaran.




  



“Tapi ada beberapa komitmen bisnes seperti jenama fesyen dan Dulang Kafe yang perlu saya berikan tumpuan, jadi saya tak dapat kembali ke bidang seni.


“Insya-Allah tahun depan kot. Sekarang pun team saya dah semakin besar, bila dah ramai, semua dah faham kerja, segalanya menjadi lebih mudah.


“Saya merasakan mungkin ramai yang beranggapan saya dah tak mahu aktif bekerja dalam bidang seni kerana saya jarang dapat tawaran,” katanya.


Shafek ditemui usai pertunjukan fesyen Neonate Clothing Company di Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW) di Pavilion Bukit Bintang, baru-baru ini.




IG Karl




Sudah enam kali menyertai KLFW, jenama yang diusahakan Shafek bersama rakan baiknya, Syahir Hamdan mendapat slot pertunjukan solo untuk tahun 2022.


“Alhamdulillah, sekian lama terlibat dalam KLFW, kali ini kami mendapat slot pertunjukan solo. Pada awalnya kami takut kerana ia bukan mudah, tetapi kami menyahut cabaran ini,” katanya.




  



Antara selebriti yang terlibat sebagai wajah ilham jenama ini adalah Datuk Aznil Nawawi, Puteri Balqis, kesemua anggota kumpulan Dolla, Norreen Iman dan ramai lagi.




Sumber: Xtra
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2022 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni pelakon ke dulu? X menarik
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2022 05:29 PM | Show all posts
kene seher ke mendadih dolu
muka yang skang tak fresh pun walhal baru 42
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2022 05:43 PM | Show all posts
gbmbr backstage xde ke yg bugil2 mcm backstage runway obersea


mampos kena kecam dgn setazah asmak

Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2022 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu kata stop sebab kena sihir ke apa tah
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2022 09:18 PM | Show all posts
test





Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-8-2022 10:36 PM | Show all posts
sorry ya muka u tak boleh pegi
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2022 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcmana rhope dia yg dulu ek? Meols ingat2 lupa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2022 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Karl shafek

Syafiq kyle

Aku smpi kompius dah Muka 2 org ni

Pastu sorg lg yg jd suami moon citer zara zya debab tu..
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2022 03:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Alamak tak kenal
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2022 06:39 AM From the mobile phone | Show all posts
freekey replied at 25-8-2022 09:18 PM
test

Eh lama xnpk nama freekey kat sini
Welcome back!
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2022 10:06 AM | Show all posts

meols lagi konfuse karl shafek dengan hazeman huzir....dua2 muka lebih kurang sama...kena duduk sebelah2 untuk bezakan
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2022 11:11 AM | Show all posts
Karl shafek ni masa mendunia dulu elok je rupa paras...suka ngn pembawakan diri dia dalam master chef selebriti malaysia musim pertama yg tok misai juara tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2022 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Laaa gambar thumbnail dpn tu aku ingatkan mamat yg suka buat short reel..pakai bedak sejuk.. pujaan warga net tu..apa kena nama ntah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 08:30 AM GMT+8 , Processed in 0.045496 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list