CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 709|Reply: 0

"Tak Gelek Pun Orang Kecam Saya Propa Acah Baik Dan Suci,"-Baby Shima

[Copy link]
Post time 25-8-2022 04:36 PM | Show all posts |Read mode
“Tengoklah sendiri, saya menyanyi berdiri tegak tak gelek pun orang kecam kata saya propa acah baik dan suci.”


Demikian respons spontan penyanyi dangdut kontroversi, Baby Shima berhubung kecaman netizen yang tidak henti-henti diterimanya ketika menjayakan sebuah persembahan baru-baru ini.


Foto: IG




Shima berkata, dalam undangan persembahannya di Perak baru-baru ini, dia membuat keputusan untuk tidak mahu bergelek ketika menyanyi lagu Pura-Pura Bujang selepas teruk dikecam netizen sebelum ini berhubung isu tarian gelek melampau.


“Memang saya menyanyi dalam keadaan berdiri tegak tanpa gelek seperti biasa anda lihat tu.


“Saya ambil positif teguran semua pihak dan ambil pendekatan untuk menyanyi saja tanpa gelek. Namun, itu membuatkan peminat kecewa dan ada yang marah saya usai persembahan.


“Kesudahannya anda tengok sendiri, saya tetap kena marah dan dikecam juga. Apa salah saya dan apa apa yang mereka mahukan sebenarnya?,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.


  



Shima atau nama sebenarnya Nur Ashima Ramli, 30, ketika persembahan sempat bergurau dengan pengunjung yang hadir dan rata-rata pelik apabila dirinya tidak bergelek seperti kebiasaaan.


Terdahulu, sebuah portal hiburan memaparkan luahan peminat yang kecewa dengan persembahan Shima yang dianggap kurang menyengat.


Melalui perkongsian seorang pengguna TikTok, kehadirannya ke festival tersebut adalah untuk melihat Baby Shima bergelek namun hasratnya tidak kesampaian.


  



“Kesian juga dia ni. Buatlah apa pun tetap kena kecam. Gelek kena kecam tak gelek kena kecam.


“Dah kalau dia gelek kena marah dan hamun pula berbulan-bulan. Tak gelek pun kena juga. Agaknya kalau dia solat berjemaah secara live (langsung) dekat Masjidil Haram pun mungkin kena kecam juga,” tulis mereka.


  



Sebelum inu, episod demi episod kecaman diterima Shima turut menuai teguran daripada beberapa pendakwah terkenal yang menyifatkan tindakan penyanyi kelahiran Permas Jaya, Johor Bahru itu sebagai keterlaluan serta tidak pernah serik mengejar kontroversi. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 12:48 AM GMT+8 , Processed in 0.035137 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list