CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 368|Reply: 0

[Pulau Pinang] Op Dadu: 17 kaki judi termasuk wanita ditahan

[Copy link]
Post time 24-8-2022 04:24 PM | Show all posts |Read mode


GEORGETOWN - Seramai 17 individu termasuk lapan wanita ditahan kerana terlibat dengan aktiviti perjudian di sebuah premis di kawasan Ayer Itam pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, serbuan pada jam 5.30 petang itu dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat,Judi dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut menerusi Op Dadu.

Menurutnya, dalam serbuan itu, polis turut merampas peralatan yang digunakan berjudi jenis belangkas selain wang tunai berjumlah RM30,316 daripada kumpulan berkenaan.

    "Mereka yang ditahan terdiri daripada sembilan lelaki dan tujuh wanita tempatan serta seorang wanita warga asing.

"Salah seorang suspek yang ditahan merupakan penganjur bagi aktiviti perjudian terbabit," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Dalam pada itu, Soffian berkata, kesemua suspek yang ditahan berusia di antara 34 hingga 77 tahun dan tiga daripadanya mempunyai rekod lampau bersabit kesalahan jenayah serta dadah.

Beliau berkata, semakan yang dibuat turut mendapati wanita warga asing yang ditahan tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah.

"Siasatan mendapati mereka baharu sahaja menjalankan aktiviti perjudian terbabit selama satu hari di premis itu.


"Kesemua yang ditangkap kini direman selama dua hari dan akan disiasat mengikut Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 manakala perempuan warga asing disiasat mengikut Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63," ujar Soffian.
https://www.sinarharian.com.my/a ... asuk-wanita-ditahan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 03:47 AM GMT+8 , Processed in 0.051046 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list