CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8794|Reply: 92

Tak Peduli Anak Dituduh Kahwin Muda Sebab Terlanjur, Wanita Umur 35 Tahun Dah Jadi Opah

[Copy link]
Post time 24-8-2022 03:12 PM | Show all posts |Read mode
“Nak nangis tepi bucu katil... aku dah 35 tahun pun tak kahwin lagi, orang lain dah jadi nenek. Tahniah awak."


Demikian antara reaksi warganet selepas menonton rakaman video seorang wanita berusia 35 tahun sedang mendukung cucu yang baru dilahirkan pada 13 Ogos lalu.


Momen yang dianggap 'rare' dalam era milenia ini menyebabkan video yang dimuat naik @haridaycosmetic ditonton lebih 1.2 juta pelayar aplikasi TikTok.








Bagaimanapun ramai yang tidak percaya dan menganggap cucu yang dimaksudkan itu adalah anak kepada saudara mara yang berpangkat lebih muda.


“Ni mesti anak kepada anak buah dia... macam saya dah pangkat nenek juga umur 30 tahun.


“Mesti cucu saudara kot.


“Maksu saya umur 24 tahun dah jadi nenek... anak buah kahwin awal.


“Saya anak buah ramai dah kahwin, saya umur 40-an... cucu dah ada 15 orang,” ujar beberapa netizen.







Mengulas tentang reaksi warganet itu, nenek muda tersebut, Nur Fadilah Che Ahamad yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan mengakui bahawa bayi perempuan yang dipegang itu adalah cucunya sendiri.


Bercerita mengenainya, dia yang mesra disapa Dila berkata keadaan ini berlaku selepas anaknya, Nurin Idrina Muhd Muhizan berkahwin ketika usia 15 tahun pada tahun 2020.


"ada awalnya, saya sekeluarga tidak menyangka yang Nurin hamil. Tambahan pula, kami merancang supaya dia tidak mengandung di usia muda tapi tiba-tiba dia maklumkan bahawa sudah hamil.


"Lagipun dia sudah lama berkahwin. Jadi kami sekeluarga menerima dengan hati terbuka," kata Dila yang turut teruja kerana mendapat cucu di usia 35 tahun.


Malah dia merasakan kewujudan cucu yang baru berusia tidak sampai 20 hari itu seperti anaknya sendiri, lantas gembira untuk membeli barang-barang keperluan bayi sebagai persiapan.


Menurutnya yang mempunyai lima anak, Nurin sendiri tidak kekok untuk menggalas tanggungjawab sebagai ibu walaupun baru berusia 17 tahun.


"Mungkin sebab dia anak sulung dan pernah menjaga adik-adiknya sebelum ini. Pada masa ini, Nurin berpantang di rumah dan saya menjaga dia sebaiknya.


"Setiap pagi memang saya tolong uruskan, tapi petang Nurin akan ambil alih dan menjaga bayinya bersama suami," ujarnya.


Berkongsi pengalaman sebagai nenek muda, Dila memberitahu, ramai yang tidak menyangka bahawa bayi comel tersebut adalah cucunya sendiri.


"Semasa saya bawa pergi check kuning di klinik kesihatan, orang ramai yang melihat menyatakan saya adalah mak saudara atau kakak kepada bayi.


"Bila saya maklumkan yang saya ni opah (nenek), mereka tak percaya... sesetengah jururawat tahu tapi sesetengahnya saya diamkan saja. Lebih-lebih lagi apabila mereka bertanyakan umur.


"Kalau merek tengok TikTok, mereka tahu la tentang saya sampai ada yang WhatsApp semata-mata nak bertanya sama ada betul ataupun tidak video tular tu. Selepas dimaklumkan, ramai yang ucap tahniah sebab jadi nenek termuda," ceritanya gembira.


Ketika ditanya sama ada dia berkemungkinan mempunyai anak sendiri kerana masih muda, Dila berkata, dia dan suami sudah tidak berhasrat ke arah tersebut.


Namun katanya, dia sedia menerima jika ditakdirkan rezeki mempunyai anak lagi.


"Saya dan suami dah stop untuk ada anak tapi kalau ada rezeki tak tolak...cucu ni pun dah rasa macam anak sendiri," luahnya.


Bercerita lanjut, dia turut berkongsi pengalaman ketika Nurin dikahwinkan pada usia 15 tahun.


Mengakui pernah menerima hinaan dan herdikan termasuk anaknya dikatakan hamil luar nikah, Dila mengambil keputusan untuk berdiam diri dengan kata-kata orang sekeliling.


"Ada cerita di sebalik perkahwinan mereka, dia pun ambil keputusan tak nak sekolah dan asyik keluar dengan lelaki yang jadi suami dia sekarang ini... jadi kami sekeluarga ambil keputusan untuk kahwinkan mereka supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini. Lagi pula dia dah tak fokus untuk belajar di sekolah.


"Kalau ikutkan memang tak nak bagi dia kahwin bawah umur, sedih tak boleh nak cerita masa tu... tapi saya anggap ia sebagai takdir, jadi teruskan perkahwinan mereka berdua.


"Awal-awal anak kahwin masa umur remaja, ramai yang kata dan bagi pandangan serong tapi saya masuk telinga kanan keluar telinga kiri.


"ernah dengar orang cakap yang Nurin mengandung dulu sebelum kahwin, ada juga yang cakap perut dia dah buncit masa pakai busana pengantin dulu... tapi hakikatnya tidak pun. Jadi saya ketepikan cakap-cakap orang dan enggan ambil pusing tuduhan yang dilemparkan. Saya kahwinkan Nurin pun sebab bimbang perkara-perkara macam tu berkalu," imbaunya.


Menurut Dila, suaminya juga sukar untuk menerima kenyataan bahawa anak sulung mereka akan berkahwin di usia muda, namun terpaksa akur demi masa depan yang terjamin.


Malah dia tampil menjadi wali semasa akad nikah berlangsung.


Dalam pada itu, dia turut menzahirkan rasa syukur kerana anaknya sudah pandai berdikari di usia remaja dan kini sedang menjalankan bisnes bersama ibu saudaranya yang lain.


Malahan, suaminya yang kini berusia 18 tahun sudah mempunyai kedai makan sendiri.


"Kedua-dua mereka sudah bijak untuk menjana pendapatan sendiri dan sangat bertanggungjawab serta tidak bergantung harap pada keluarga," katanya mengakhiri bicara. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2022 03:17 PM | Show all posts
aku umo 35 baru dpt anak sendiri, dia dpt cucu, huhuhu untong la, umo 35 xpenat jaga anak kecik,tapi jaga cucu
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2022 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by miszclassique at 24-8-2022 03:25 PM

Tu yang bersepah gelaran janda kat kelantan tu agaknya awal nau kawennnnnn

Semoga baik2 aje uruskan kehidupan, semoga hubungan berkekalan gitu
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2022 03:24 PM | Show all posts
ceh normal la tu.. kalau dia bongsu umur 35.. ada 10 beradik abang sulung dah 60s
anak dia confirm la dah 30s silap hari bulan cicit pon boleh
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2022 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak buat camn dek...dgn anak anak nak berkeras x boleh.walau kecik lagi dah dia tak tahan izinkan sahajal dari buang anak merata..still org akan kritik..kalo x bagi pon depa cerca jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2022 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ruginyela budak tu umur 15 tahun dah kahwin. Jangan nanti umur dah 30 an, 40 an baru tergedik nak rasa single life enjoy bagai.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-8-2022 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
rugi betul tak enjoy life
aku dah bosan jaga budak kecik..takleh keluar rumah nak happy2 tak boleh
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2022 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Abis skolah terus kawin pun aku rasa sgt muda, ini kan br 15
Ish3...semoga pandai la hidup berumahtangga ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2022 04:21 PM | Show all posts
lah, dia ni umur 35, suaminya umur 18 ke guane nim
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2022 04:22 PM | Show all posts
Auntie tak galakkan remaja2 kawin awal.

Tapi bila dah baca penjelasan wanita yg dah jadi nenek tu, oklah auntie setujulah dgn tindakannya.

Dah anak perempuan dah tak minat belajar dan asyik keluar dgn bf (suaminya skrg), kawinkan jer lah.

Alhamdulillah setakat ni all ends well.

Apa2 ujian yg mendatang, hadapi jer lah.

Harap2 anak perempuannya cari kemahiran yg dapat menjana pendapatan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2022 04:25 PM | Show all posts
MelahJanda replied at 24-8-2022 04:21 PM
lah, dia ni umur 35, suaminya umur 18 ke guane nim

suami anak dia la melah.

Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2022 04:26 PM | Show all posts
kawen muda..org melayu kata gatal,nanti dah tak enjoy hidup...kawen lewat..org melayu kata tak laku..anak dara tua...kawen org muda...org melayu kata gatal..kawen tua...org melayu kata guna bomoh....beranak awal..org melayu kata edisi kalkulator...tak beranak org kata mandul....lewat beranak org melayu kata tak nanti anak kecik umur dah tua....buang anak org melayu cerca...lahirkan anak pon org melayu marah....kesian dorang ni hidup semata nak puaskan hati org melayu.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2022 04:51 PM | Show all posts
dah dia pun kawin beranak muda kan..
nak kata apa anaknya ikut dia tak sabar nak kawin..
dia pun tak rajin untuk kisahkan, didik and bagi anak pendidikan..
baik kawinkan aja..
lepas dah tanggungjawap..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2022 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Serius la ye umur 35 thn dh ada cucu...
I dapat cucu sedara pertama pun masa umur dah masuk 4 series ....
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2022 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
maknya pun jenis kawen muda juga ni kan..sbb tu tak berapa kisah kalo anak pun ikut jejak sbb maknya pun mesti paham kebirahan anaknya..

mak umur 35 tahun tahun 2022
anak kawen tahun 2020 masa umur 15
tahun 2022 anak umur 17 dapat baby

35-17=18 (umur mak dapat anak)
paling2 maknya pun kawen masa umur 17 tahun
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2022 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Maknya pun birah kawen muda. Kebodohan dan kebirahan ni mmg akan diwarisi sampai bila2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2022 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Ntahla cik..xreti nk ckp..hrp2 semua ok la..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2022 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
sarahmirza replied at 24-8-2022 04:57 PM
Serius la ye umur 35 thn dh ada cucu...
I dapat cucu sedara pertama pun masa umur dah masuk 4 series ...

Cucu2 sedara iols lg tua dr my youngest bila bkumpul masing2 bangkang bila disuruh panggil ank i paksu sbb pakcik depa masih pki diaper
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2022 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
cikatilia replied at 24-8-2022 03:24 PM
ceh normal la tu.. kalau dia bongsu umur 35.. ada 10 beradik abang sulung dah 60s
anak dia confirm l ...

Baca artikel makcik
Cucu sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2022 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Birah mcm mane pun asalkan tutup aurat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.275784 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list