CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 318|Reply: 0

[Kedah] 663 kes kemalangan orang bekerja sendiri, 17 kes babitkan kematian

[Copy link]
Post time 24-8-2022 02:52 PM | Show all posts |Read mode

Nelayan, Rosli Dahaman, 54, (dua dari kanan) menerima sumbangan topi keledar daripada Pengarah PERKESO Kedah, Mohamad Haron Othman, pada Program Janji Selamat, Kekal Selamat di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Penarak, Langkawi. - NSTP/ HAMZAH OSMAN

LANGKAWI: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) merekodkan 663 kes kemalangan membabitkan orang bekerja sendiri (OBS) sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Ketua Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed, daripada jumlah itu 637 kes atau 96.1 peratus membabitkan bencana pekerjaan, manakala selebihnya bukan bencana berkaitan pekerjaan.

Sepanjang tempoh sama juga, katanya 17 kes kemalangan maut membabitkan OBS direkodkan dengan 16 daripadanya adalah kemalangan di tempat kerja.

"Secara purata, tiga kes kematian akibat kemalangan membabitkan OBS bagi setiap bulan," katanya pada Program Janji Selamat, Kekal Selamat di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Penarak di sini, hari ini.


Teks ucapan beliau dibacakan Pengarah PERKESO Kedah, Mohamad Haron Othman.

Mohammed Azman berkata, tabiat menunggang atau memandu kenderaan dengan laju sewaktu pergi dan pulang bekerja antara faktor penyumbang kes kemalangan.

Mengulas perkara lain, beliau berkata, sehingga awal Ogos lalu, seramai 367,908 daripada 2.7 juta OBS seluruh negara menjadi pencarum PERKESO secara aktif.

"Daripada jumlah itu 33,488 orang terdiri nelayan yang dilindungi di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) membabitkan kutipan RM3.08 juta.

"PERKESO komited untuk terus meningkatkan momentum perluasan perlindungan keselamatan sosial kepada golongan OBS dan menggalakkan pembudayaan kerja selamat menerusi program berimpak tinggi," katanya.

https://www.bharian.com.my/berit ... s-babitkan-kematian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.060028 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list