CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 305|Reply: 0

[Pulau Pinang] Terpaksa diikat rakan serumah

[Copy link]
Post time 23-8-2022 04:58 PM | Show all posts |Read mode
Terpaksa diikat rakan serumah

BERNAMA




GAMBAR hiasan



Georgetown: Polis hari ini memberi penjelasan berhubung paparan video tular lelaki warga asing dipercayai dalam keadaan mabuk diikat dan berlumuran darah di sebuah rumah di Desa Indah, Taman Sri Relau di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, berdasarkan siasatan lelaki itu mencederakan dirinya sendiri ketika sedang mabuk, menyebabkan rakan serumah mengikatnya bagi mengelak keadaan menjadi lebih teruk.

Beliau berkata, pada hari kejadian, polis menerima panggilan kecemasan daripada seorang wanita pada 1.57 tengah hari mengenai pergaduhan di rumah itu, dan sebaik tiba di lokasi polis mendapati lelaki warganegara asing itu sudah berada dalam keadaan tangan terikat serta berlumuran darah.

"Rakan serumah lelaki itu memaklumkan kawan mereka itu berada dalam keadaan mabuk yang teruk dan hilang kawalan sehingga dia bertindak mencederakan diri sendiri," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya lelaki itu juga menghantuk kepalanya ke dinding sehingga mengalami kecederaan dan bagi mengelakkan lelaki ini terus bertindak lebih agresif, rakan serumahnya telah mengikat lelaki itu dengan menggunakan tali.




Disiarkan pada: Ogos 23, 2022 @ 3:05pm





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 11:49 AM GMT+8 , Processed in 0.150861 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list