View: 2282|Reply: 14
|
Jasmine Suraya Ada Niat Nak Peluk Islam
[Copy link]
|
|
Jasmine Suraya Chin, 33, berkongsi mengenai keinginannya untuk mengetahui lanjut mengenai Islam sejak tiga tahun kebelakangan ini.
Disebabkan itu, dia menghadiri majlis ilmu Hijrah Cinta yang diadakan usahawan popular Neelofa baru-baru ini di mana menurutnya kehadiran itu sebenarnya dibuat secara senyap-senyap.
Foto: IG
"Secara jujurnya, ini boleh dikatakan sebuah perjalanan yang cukup peribadi untuk saya. Hakikatnya, saya kalau boleh nak simpan hal untuk peribadi saja. Saya pun tak berani nak kecoh sangat.
"Apa boleh saya kata, saya ingin tahu sejak beberapa tahun ini. Saya pun melalui isu peribadi dan jemputan itu datang tanpa disangka. Seorang kawan ajak saya kerana dia tahu saya tertanya-tanya dan mahu tahu lebih lanjut.
"Saya ingin tahu sebab mahu dapatkan kepastian. Apabila kita tiada pegangan, banyak hal dirasakan seperti tak stabil. Mungkin asal-usul saya agak bercelaru dan tidak seimbang, itu yang saya rasa," katanya kepada Harian Metro.
Jasmine mulanya tak tahu judul majlis itu adalah Hijrah Cinta. Dia fikir ia berkisar topik cinta dan dia pun tak bercinta dengan siapa-siapa. Namun, rakannya cakap ia berkaitan kisah nabi.
"Saya rasa ia cukup menarik dan saya pergi. Menariknya, beberapa kisah yang ustazah kongsi ketika itu sangat berkaitan dengan diri saya.
"Sebenarnya saya tak nak orang tahu saya pergi. Sepanjang majlis pun saya pakai pelitup muka dan ramai tidak cam meskipun ramai sebenarnya kawan saya hadir ketika itu. Saya pun tak berani nak tegur mereka. Saya enggan tonjolkan diri," katanya.
Jasmine juga sangat terharu apabila kawan yang cam dirinya benar-benar mengalu-alukan kehadirannya. Ia membuatkan dia benar-benar tersentuh dan merasa hal itu sangat indah.
"Sangat menggembirakan juga apabila Neelofa alu-alukan saya dan minta saya kongsi kalau ada apa-apa termasuk persoalan. Ia satu perasaan yang cukup tenang.
"Ada perkara yang dikongsi ustazah juga cukup menyentuh saya. Saya tak pernah percaya mengenai sebarang petunjuk. Tapi saya bertanya kepada kawan, adakah itu satu petunjuk?" katanya.
Terdahulu, Neelofa berkongsi terharu inisiatif menganjurkan majlis ilmu untuk rakan selebriti mendapat sokongan ramai terutama penggiat seni.
Lebih menyentuh hatinya, Jasmine turut menghadiri majlis ilmu dianjurkan itu selain menjadi orang terakhir pulang. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
hujung2 rupanya nak kwen dengan melayu. propa sangat |
|
|
|
|
|
|
|
Citer apa dia ni berlakon weh? |
|
|
|
|
|
|
|
Nanti ko x leh seksi2 peluk2 party2 makan noreen... ko nak ke.. tapi kalo ko dpt laki orka cam acik marion oklah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat pulak aksi dia dgn Bin Bin dia dalam series Villa Crystal kt Viu ke apatah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Jangan nanti menyesal, pikir abis2 dulu |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau nk masuk Islam sbb nak kawen jer...hmmmm je lah
Tapi kalau mmg sbb nk tukar way of life, semoga dipermudahkan jalannya
Yg aku tak paham si reza rahadian tu, revert to muslim tapi cara hidup nauzubillah...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kulit muka sheols dah okay ek? Flawless dah |
|
|
|
|
|
|
|
Sukati ko la..janji ko bahagia
Cuma nk ckp, lakonan sheols dlm Paskal, sgt terkesan akak bila scene sheols dpt visit dr pihak atasan tentera yg nak khabor kan suami dia mati ms bertugas kat obersi
Ms dia pegang uniform hasben dia,mmg akak pun bajet2 fefeling jd balu kematian suami di medan perang gittuh
Mmg smpi la feel dia belakon ms tu...dia nangis smpi terduduk tepi pintu ms tu |
|
|
|
|
|
|
|
Cuba ambil contoh Stacy dengan Marsha.. Hihihiii |
|
|
|
|
|
|
|
yela komen awak ni, teringat plak dia berlakon dalam paskal tu...ye lakonan dia menyentuh emosi dalam tu |
|
|
|
|
|
|
|
Sorry, ter OT, i teringat cina model playboy ke apa tah. Felicia nama dia? Yg masuk islam kahwin doktor. Apa jd dgn dia skrg? Ada ig ke? |
|
|
|
|
|
|
|
RamonaFlower replied at 23-8-2022 05:15 PM
Sorry, ter OT, i teringat cina model playboy ke apa tah. Felicia nama dia? Yg masuk islam kahwin dok ...
Felixia yeap tu sekarang dah tak bertutup macam duluu... Ig dia @reisha.art,laki dia pun macam tak kisah je taktau lah kalau marriage diorang ada problem
Untuk tak OT, janganla di push2 dia ni dgn soalan2 camtu... Sukati dia la nak convert ke tak |
|
|
|
|
|
|
| |
|