CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4010|Reply: 63

Ejen Dajjal Semakin Rancak! PU Syed Nak Buat Himpunan Bantahan Untuk Batal Konsert Blackpink Di Malaysia

[Copy link]
Post time 22-8-2022 03:15 PM | Show all posts |Read mode
Pencetus Ummah (PU) Syed sebelum ini pernah bersuara mengenai hasratnya yang mahu menghalang konsert penyanyi antarabangsa, Billie Eilish Happier Than Ever diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 18 Ogos baru-baru ini. Dia turut menyifatkan penganjuran konsert itu tidak memberikan manfaat kepada, agama, bangsa dan negara.


Terkini, PU Syed menerusi hantaran di Instagram menyatakan bahawa pihak kerajaan harus menghalang kumpulan penyanyi wanita Korea Selatan, Blackpink BORN PINK WORLD TOUR daripada melakukan persembahan di Malaysia yang dijadualkan pada 4 Mac 2023.


Foto: Google




“Dalam jadual mereka selepas Saudi kumpulan K-Pop Blackpink ini akan datang ke Malaysia. Ejen-ejen Dajjal semakin rancak menyelinap masuk dalam negara Islam.


Kerajaan wajib halang kumpulan ini dari jejak kaki mereka ke Bumi Malaysia atau kami akan usahakan untuk buat himpunan dalam membantah kehadiran mereka ini!,"tulis PU Syed.




  



Akui keselamatan dan akhlak umat Islam perlu dijaga, PU Syed menyatakan bahawa gerakan untuk menghalang kumpulan Blackpink dari melakukan konsert di Malaysia bakal dilakukan dari sekarang.


“Mac 2023 bukan lama lagi.. Mulai dari sekarang gerakan untuk halang mereka ini!!. Keselamatan akidah dan akhlak umat Islam perlu dijaga."


Di akhir hantarannya, PU Syed menegaskan bahawa jika orang kafir mahu berhibur, mereka harus pergi ke Korea atau mana-mana sahaja kecuali di Malaysia. -CARI


Sumber: Murai.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2022 03:36 PM | Show all posts
Memang betul ker penerangan yang menggunakan ejen-ejen dajal?

Dajal tu memang dah ada ker? Kalau ada ejen maksudnya dajal dah beroperasi. .. tapi kat mana? Kenapa tak boleh dikesan? Kenapa kita tak kesan dajal ini melalui ejen-ejen ini, ada masanya mereka akan berhubungkan, jadi sepatutnya boleh kesan. .. dan kenapa dajal tak nak keluar pulak sekarang? Apa yang dajal takutkan?

Bukankah dikatakan dia mempunyai kekuasaan yang hebat, andaiannya pula tentu lebih hebat dari bom nuklear kerana manusia sekarang dah ada bom nuklear, kalau dajal nak kuasai dunia tentu dia tak terkalahkan dengan bom kuat seperti bom nuklear.

Banyak pulak pertanyaan sekiranya ejen dajal tu digunakan dalam penerangan dalam konteks ini?
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga concert goer tak kena scam tiket tak berbaloi mcm tgk ikan bilis. Kalo mcm tu baik layan youtube.


Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 03:51 PM | Show all posts
Good luck  PU Syed.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 04:10 PM | Show all posts
Camtu konsert blackpink khas untuk perempuan je. Laki xboleh masuk.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh kalau yg beli bukan islam apa hak nak halang puleee.. alahai handphone netflix tiktok yg sedia ada ni elok ke? Hari-hari 24/7 depa menghadap.. Blackpink buat concert berapa jam je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-8-2022 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Yih arab pun rilex je..
Kau pulak lebih..
Baik fokus kat malaysia terutama pantai timur paling tinggi tgk porn..
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa konsert artis luar je ejen dajjal?
Hiburan tanah air tak.eh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2022 04:53 PM | Show all posts
so PU pensyarah shoplot dilalaikan oleh retis international mana sampai tunjuk bebird?
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 04:59 PM | Show all posts
banyak lagi unsur2 dajjal ustad bkn ke arah muzik dan artis yg melalaikan je...tlg la tgk and tegur yg lain2 skali, rasuah dlm kalangan pemimpin tegur skali, habuan pompuan2, duit ni buat pemimpin2 gelap mata and buta hati tu yg jadi keadaan skang hura hara cmni..asal masyuk pemimpin tk peduli dah halal haram..mana tah slogan rakyat didahulu kan kononnya
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 05:05 PM | Show all posts
mekak jela si syed ni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 05:08 PM | Show all posts
ntah la, masa zaman college, ada je geng2 muslimah sejati join geng liberal meol tgk concert, berhibur kat hardrock tudung tetap tak buka, helok je, yg liberal kekal liberal, yg muslimah kekal muslimah. takda pon akidah terpesong
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Penonggeng agama. Balik2 ejen dajal. Part rasuah, biawak, kau diam. Kentut faraj pulak kau pentingkan
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 05:24 PM | Show all posts
kalau tak suka pun, cubalah berhujah dengan alasan yang bijak sikit. kalau takut sangat, perkasakan bebudak kita, bagi kebal dengan semua godaan setan dajei semua, bukan buat macam nih
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Entah lerr mcm mana nak sekat...kita ni hidup dlm masyarakat majmuk. Non-muslim tu pun nak berhibur juga dgn live concert.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 05:56 PM | Show all posts
masalahnya geng2 piyu ni bsuara certain issue je. negara kita ada kaum2 agama lain jugak nak tgk konsert tu. bagi syarat jgn terlampau sexy udoh ler kat BP tu n asingkan seat laki pmpuan. bole gitu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2022 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Tang Justin Bieber, Billie Eilish & BlackPink, smuanya slah, Neelofa je yg btul sbb dh pkai Niqob.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
lattehazelnut replied at 22-8-2022 04:44 PM
Yih arab pun rilex je..
Kau pulak lebih..
Baik fokus kat malaysia terutama pantai timur paling tingg ...

Kat Twitter pun bnyk video jejantz Mulayu Melesia yg gayah & buat masturbating videos. Yg ni dorg x kisah plak.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
chandrahusin replied at 22-8-2022 04:49 PM
Kenapa konsert artis luar je ejen dajjal?
Hiburan tanah air tak.eh

Sbb retis2 local mngutamakn jodoh, khwin & branak, tu yg jdi Halalan Toyyiban.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Dajjal takan berdiam diri selagi semua penghuni dunia tidak mengikut kemahuan mereka.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 05:52 AM GMT+8 , Processed in 0.235123 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list