View: 2057|Reply: 4
|
'Walau Kita Bukan Adik-Beradik Kandung...' - Wan Sharmila Menangis Jumpa Adik-Adik
[Copy link]
|
|
Siapa yang tidak mengenali pelakon Wan Sharmila yang masih masih kekal aktif dan tak putus-putus rezekinya dalam bidang lakonan.
Terbaharu, Wan Sharmila atau lebih mesra disapa Lala itu ada memuat naik satu hantaran di laman Instagram miliknya mengenai keluarganya di Johor.
IG Wan Sharmila
Lebih mengejutkan, dalam hantaran di Insta Stories juga melihatkan Wan Sharmila tidak dapat menahan air matanya ketika bertemu keluarganya dalam satu majlis.
Tambah Lala, dia berasa lemah apabila bertemu adik-beradiknya biarpun bukan adik beradik kandung dan menganggap macam darah daging sendiri.
“Tak kuat kaki nak pergi dekat sebab tahu yang hati ini lemah. Malu orang tengok kakak nangis.
“Ya Allah masa ni kakak bayangkan mak ada sama-sama dengan kita semua.
“Walaupun kita bukan adik beradik kandung tapi kita dah macam darah daging. Mak suap kita semua makan sama-sama.
“Harini inilah kita semua. Semoga kita semua akan jumpa di syurga kelak. Amin,” tulisnya.
Wan Sharmila kini dilihat semakin ayu dan aktif dalam perniagaan pakaian muslimah jenamanya sendiri
Sekadar info, pada tahun 2019, pelakon Anak Beranak Abe Yie ini telah mengambil keputusan untuk berhijrah dan mengubah imejnya agar tampil lebih muslimah.
Sumber: Xtra |
|
|
|
|
|
|
|
xde sapa nk komen ke komerrr???
hehehehe, utk tidak konar baring., knp smpai berjurai ayermata??
adik beradik tirikah?
adik beradik angkatkah?? |
|
|
|
|
|
|
|
lawo baju lace sheol tu.. kena google brand dia ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni mcm betul2 berubah kan?
Dulu sexy betol,skrg ayu je nampak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Baru perasan dia ni dah bertudung. Smoga istiqomah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|