CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5251|Reply: 47

"Sedap Lagi Makcik Karok Umah Kenduri,"- Nyanyi Semput, Suara Ifa Raziah Dikutuk Sumbang

[Copy link]
Post time 22-8-2022 10:51 AM | Show all posts |Read mode
"Apooo (apa) ni kak Ifa cakap sore (suara) unik, ni macam pancit je. Tapi kak Ifa tetap meletup."


Itu keterangan di video seorang pengguna  aplikasi TikTok mengenai persembahan penyanyi Ifa Raziah pada program Terpaling Juara yang disiarkan di TV3, semalam.


Foto: IG




Ifa yang juga peserta program itu memilih menyanyikan lagu Sangkar Cinta nyanyian asal Ziana Zain.


Meninjau di ruangan komen, terdapat juga pengguna yang membandingkan suara Ifa dengan penyanyi asal.





"Sebenarnya ton rendah memang susah. Nak nak kejap tinggi lepas tu drastik ke rendah...ZZ (Ziana Zain) memang juara," tulis Noor Hanie Kamarul B.


Sementara itu, di akaun TikTok TV3 Malaysia, persembahan Ifa itu turut mendapat kritikan warganet.




  



"Kelaut," tulis Mr.Zal.


"Jauh betul sumbangnya," Lavista Shamina Al-s


"Sedap lagi makcik karok umah kenduri," znshomedeco.


"Boleh ft (featuring) sama Datuk Aliff sudah," Zakaria Ali Omar.




  



Pun begitu, ada juga komen positif yang memberi kata-kata semangat buat Ifa.


"Kak Ifa bagus sanggup bawa lagu ni jauh dari makanan asal dia. Kudos untuk awak."


Ifa antara penyanyi legenda yang bersaing dalam program itu bersama dua lagi penyanyi lain iaitu Rahmad Mega dan Hazami serta tiga peserta dipilih menerusi uji bakat.




  



Pada minggu pertama Terpaling Juara, juri tetap Datuk Hattan meletakkan Ifa di bawah bimbingan kapten Naim Daniel. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2022 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia bercakap pon tak sedap apatah lg kalau nak nyanyi.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia penyanyi takda gred pun dulu, masuk gv pun out awal sapa la invite dia utk program tv ni dia memang nyanyi tak sedap pun. Sengkek sangat ke nak panggil zz lagu tu penyanyi asal ada je lagi. Ipa ni biar scammer ponder produk sampah jela panggil pergi event dorang tak payah la panggil buat show tv atau award
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 11:44 AM | Show all posts
mcm nak putus napas dah tu acik
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 12:20 PM | Show all posts
ko jangan dekk..kang dia buat live siap kuar hadis kang...hahahaaa
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah berapa tahun dia dlm industri, haram aku tak tau dia nyanyi lagu apa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-8-2022 12:30 PM | Show all posts
2 perkataan dari meolls ---> MCM GAMPANG!
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 12:37 PM | Show all posts
ada hati nyanyi lagu kak jena kauuuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2022 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ashilalat at 22-8-2022 12:43 PM

Nak kritik jugak la rancangan ni yg tertengok semalam. Konsep ok dah. Playlist AJL. Aku suka sbb dah pasti smua lagu nyanyian akan berlegar di lagu² yg layak ke final AJL dan semifinal MM. So xde lagu Indon. X de lagu Omputih.

Tapinya, mcm tak tele nama yg dipanggil jadi peserta, juri dan kaptennya.

Hattan jadi juri dgn Fauziah Latiff. Ok lah Fauziah Latiff pernah menang AJL 8. Hattan tu tak pernah menang apa pon kat AJL. Layak pon 3x je ke pentas AJL.

Tibe, perserta nya Rahmad Tohak, yang pernah jadi juara AJL 6. Apa kebenda la.

Si Ifa Raziah tu lagi hampeh. Jejak kaki ke AJL pon x pernah. Ada hati masuk rancangan mcm ni. Lebih baik bg muka² yg selalu jejak ke AJL yg masih aktif mcm Syura ke,  Stacy ke, Hazama ke, Shemale ke.

Hazami oklah, pernah la juga menang vokal. Cuma kedengaran semput dan terkejar² tempo masa dia nyanyi lagu Mungkir Bahagia.

Kapten tu maybe nak pemenang AJL la kot. Ok lah Akim dan Hael. Pernah menang as composer dan penyanyi dan byk la juga pengalaman.

Tapi Naim Daniel tu, dah la setahun jagung, nyanyi pon slalu angsa. Kau letak pulak Ifa Raziah bawah dia. Rasanya Ifa yg jd kapten, Naimah ni menurut je kang. Tempat Naimah tu baik letak Jaclyn Victor atau Hafiz Suip kalau nak sangat pemenang AJL.

Kalau nak sgt kapten yg pemenang nya komposer dan penyanyi, letak Anna Rafali pon x pe lah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 01:40 PM | Show all posts
so..this is tv3 punya twist untuk lawan gv kah???
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 01:43 PM | Show all posts
ai smpi skarang oelik nape die bleh mendoniya lately..adekah sbb kabel..pengacara out,nyanyian sumbang,lakonan hap hap je..jd manakah arah bakatnya..yillek.mampos kene kecam ngan diva ipah jap lg
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 02:19 PM | Show all posts
konon nk cabar diri la.. ambik lagu kak jena..
hahahahahahaha hancussss woi wlaupun ketika itu aku sibuk kt dapor..
xyah tgk.. dgr saja pun tinge aku ley tngkap lenggok nyanyian ko hancus..
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 02:22 PM | Show all posts
nasib tuhan tak tarik nafas ko atas pentas tu nek ipah oi..miss diva konon
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak menahan, sekali lagu ZZ terus
Ni mesti dia selalu nyanyi lagu ni masa mandi, then ckp dlm hati "Eh sedap sial suara aku"
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 02:53 PM | Show all posts
knpe x nyanyi lagu sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Terpaling awal OUT.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2022 03:04 PM | Show all posts
bosan la hai terpaling juara ni..mcm nk meniru GV tp nan hado..
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 03:06 PM | Show all posts

Dah Masok GV Sampai Final

doubleA replied at 22-8-2022 03:26 AM
Dia penyanyi takda gred pun dulu, masuk gv pun out awal sapa la invite dia utk program tv ni dia mem ...

siap pelok hisyam hamid lagi ko mampoo?





Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 03:24 PM | Show all posts
ashilalat replied at 22-8-2022 12:42 PM
Nak kritik jugak la rancangan ni yg tertengok semalam. Konsep ok dah. Playlist AJL. Aku suka sbb dah ...

omg iols sokong sangat ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Racurve replied at 22-8-2022 03:06 PM
siap pelok hisyam hamid lagi ko mampoo?

Astaga menang no5 rupanya, takda dalam memori iols dia ni outstanding dalam gv. Masa muda pun meletup lagi amelina dangdut dari dia ni, harap kontroversi je lebih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 06:30 AM GMT+8 , Processed in 0.046087 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list