Konsert Billie Eilish Happier Than Ever – The World Tour 2022 telah menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil semalam dan Billie Eilish telah menghiburkan peminatnya selama sejam 30 minit dengan persembahan yang bertenaga.
Walaupun konsert tersebut meriah tetapi ada peminat kurang berpuas hati dengan pengurusan konsert yang seolah-olah menipu duit mereka. Menjengah ke media sosial, penonton yang menghadiri konsert untuk di zon 1 sehingga 4 terpaksa melihat Billie Eilish daripada jauh kerana pentas yang kecil.
Tidak hanya itu, para peminat juga berasa kecewa dengan ‘sound system’ yang digunakan kerana mereka tidak mendengar suara Billie Eilish dengan jelas. Walaupun berasa kecewa tetapi para peminat tetap ‘enjoy’ dengan konsert tersebut.
Keluhan mereka yang menghadiri konsert Billie Eilish ini telah meraih perhatian orang ramai dan segelintir netizen berasa bimbang jika konsert yang mereka akan hadiri kelak seperti konsert Justin Bieber akan berdepan situasi yang sama.
Oleh itu, rata-rata netizen berharap pihak penganjur akan menambah baik dan memastikan konsert akan datang tidak berdepan situasi seperti ini atau boleh memilih tempat lain seperti Axiata Arena untuk memuaskan hati mereka yang menghadiri konsert
Sumber Twitter KhairulAming
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 19-8-2022 05:19 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Hakak pun heran.. venue x padan dgn popularity. Lagu hits nye apa? Sekertu-kertu akak lagu Adele, Lady Gaga, Black Pink tu hakak pernah le dengor. Si Bilis ni lagu apa yg sedap vokal pun berangin mendesah-desah cam teran kentot sembelit gitchew.
Tumpang simpati. Kesian ya, beza 90 hengget je dengan standing ticket. Screen cenonet, sound hauk.
Lesson learnt, kalau attend concert dekat bukit jalil baik beli standing atau paling murah.
Billie famous kat obersea, sini tak ramai sangat boleh layan style music dia. Masing2 taste masing2 la acik2 oi.