Siapa yang tidak kenal pelantun lagu "berhantu", Ramalanku Benar Belaka iaitu Zarul Umbrella atau nama sebenarnya Zairulkefli Husin, 48.
Jika anda masih ingat, penyanyi dan pelakon kacak ini pernah berkhidmat sebagai pramugara dengan sebuah syarikat penerbangan sebelum membuat "come back" dengan menyertai Gegar Vaganza musim ketiga pada 2016.
Mungkin kerana minat yang mendalam serta kerinduan terhadap kerjaya lamanya, Zarul kini kerap muncul dengan video-video TikTok berkongsi tip dan pengalaman kerja sebagai pramugara.
Salah satu video yang menarik perhatian ramai apabila dia menjawab soalan yang sering diajukan kepadanya mengenai wanita berhijab yang ingin menjadi pramugari.
" Ok gais, kepada wanita yang berhijab dekat luar sana sering bertanya pada saya. Bang, saya berhijab, ada tak Airlines di Malaysia yang uniformnya berhijab.
" Sebenarnya ada satu Airlines dekat Malaysia yang boleh pakai hijab dalam uniform iaitu Amal by Malaysia Airlines yang buat haji dan umrah tu. Tapi untuk jadi pramugari kat situ, korang kena ada pengalaman sebagai seorang pramugari sebelum ini dekat Airlines mana-mana lah.
" Yang tak ada pengalaman, korang kena buka tudung untuk jadi pramugari dekat Malaysia ini"
"Ok, korang boleh bertudung diluar uniform. Tapi dalam uniform korang kena buka tudung..." katanya.
Video tersebut telah mengundang pelbagai reaksi netizen dengan memberi bermacam pandangan mengenai isu hijab tersebut.
Selain itu, banyak lagi video-video berguna mengenai kerjaya serta ilmu dunia penerbangan yang dikongsikan oleh anak kelahiran Kelantan ini.
Dalam perkongsian video yang lain pula, Zarul memberitahu tentang tiada tempat duduk penumpang bernombor 13 di dalam kapal terbang.
"Ok saudara, tahu tak korang, tidak ada seat nombor 13 dekat dalam kapal terbang. Kalau tak percaya, dekat Malaysia Airlines pun tak ada nombor 13, dekat Malindo pun tiada nombor 13 dan Air Asia.. ada ke tiada, cuba check.. beritahu saya" katanya.
Post time 17-8-2022 04:36 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Baru lepas ulang tgk attention please teringat plak dulu2 pernah berangan nk jadi pramugari gara2 citer tu lah .. tgk citer tu terus rasa mcm hemm keja pramugari nih semua benda kena tatatertib...dari cara jalan..cara bercakap ..cara nak serve penumpang..kena ada tenaga yg kuat...kena tau serba sikit pasal CPR tapi tu lah ..mak x bagi. .so x sempat la nak merasa
Post time 17-8-2022 04:39 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Tgk ex - colleague dulu pas resign dia jadik FA. Memang time keje bukak tudung. Tapi selain dari tu pakai tudung.
Tapi klu yg kena jaga jemaah Haji tu mmg dorg akan bertudung.
Post time 17-8-2022 06:02 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Entah lah dek, women's right and empowerment kat negara ini masih mundur. Human right sana sini.. tapi Right for the hijabis in working sector pun belum terbela. Belum lagi discrimination bangsa dlm company yang tidak pernah reda. So fuck the system je lah.
Post time 17-8-2022 07:11 AMFrom the mobile phone|Show all posts
belacan_gurl replied at 17-8-2022 04:36 AM
Baru lepas ulang tgk attention please teringat plak dulu2 pernah berangan nk jadi pramugari gara2 ...
Bukan kerja pramugari/pramugara aje kena jaga manners dik oii.kau kerja kerajaan pon sama aje.mana2 kerja pon sama aje.lps dah buka uniform kerja tu lantak la kau nk buat apa ponn.
hahaha... nak buat cmna dah rules dia cam tu. Makcik aku msa jadi polis zman 90an. Ke office pakai uniform polis -skirt. Tp luar tugasan dia pakai lah tdung. Pelik jga masa2 kecik tgok cam tu. aduhaii. Laa ni Alhamdulilah.. uniform depa dah boleh pakai yg tutup aurat.
dah berhijab sibuk nak jadi Pramugari buat pe...lepas x pasal pasal nak suruh airline ikut kehendak ko..
pergi je lar kerja dengan arlines lain ,,yang berhijab..ini sibuk nak kerja dengan tempat yang undang undang kena free hair..
lepas tu nanti..nak berpurdah lar pula...semak lar ...
aku lagi suka pramugari yang free hair...bila naik fligh rasa selesa je...
dolukan ada MP PAS bawak isu ni dalam parlimen....
ujong2 skrg dah jadi kerajaan pun gitu jah bangangnye.... choyyy....
btw ada lagi satu tempat kalau nak jadi pramugari boleh berhijab... TUDM...
iols dah lupa apa nama jawatan tu tapi keje mcm pramugari la....
akan bawak VVIP mcm soltan2 utk official visit...
Kami suka komen ni.Tepat sekali. Nak berhijab cari airline yg polisi dia pakai hijab. Pilihan di tangan sendiri. Dah tahu kat Msia ni mmg FA tak pakai hijab waktu bertugas, maka kenala usaha cari airline mana yg boleh berhijab sewaktu bertugas.