Sumber BeautifulNara
Bercuti ke Singapura bersama dua orang anak mereka Lara Alana dan Lyla Amina, pasangan Awal Ashaari dan Scha Alyahya mencuri tumpuan apabila pelakon itu menggayakan gaun singkat paras paha berwarna merah jambu.
Sementara itu, Awal pula menerima kritikan warga maya yang rata-rata mengatakan pelakon dan pengacara itu gagal mendidik isterinya selain tidak menjalankan tanggung jawabnya sebagai suami.
Berkongsi gambar percutian mereka menerusi Instagram, ruangan komen turut dibanjiri dengan komen yang mendesak Awal agar menasihati Scha untuk sekurang-kurangnya memakai pakaian yang labuh.
Ada juga yang menyindir Scha mengatakan dia sepatutnya menyarungkan 'dress' labuh seperti dua orang anaknya.
Bagaimanapun, kedua-dua pasangan ini tidak memberikan sebarang maklum balas terhadap komen sedemikian. -CARI
|