View: 2460|Reply: 10
|
Youtuber Ikhmal Nour Dah Jadi Penyanyi
[Copy link]
|
|
Pengalaman menjadi content creator sejak berusia 17 tahun memberi kelebihan buat penyanyi baharu Ikhmal Nour berhadapan dengan cabaran arus perdana dunia seni selepas tampil dengan single pertama berjudul Pandang-Pandang.
Sedar akan jatuh bangun menjadi artis, Ikhmal atau nama sebenarnya, Nor Ikhmal Haqim Noor Azhar, 20, juga sudah mengatur baik perjalanan kerjaya agar tidak terlalu bergantung harap dengan pendapatan dalam bidang ini.
Foto: IG
"Sebelum bergelar penyanyi saya aktif di media sosial dan selalu muat naik cover song. Saya tahu dunia seni ini tidak akan terlepas dari kecaman atau pandangan buruk sesetengah pihak.
"engalaman sebelum ini membuatkan saya lebih bersedia. Saya juga tahu orang ramai akan mudah memberi kecaman jika melakukan kesilapan.
"Sebelum serius untuk bergelar penyanyi, saya sudah fikir masak-masak. Dalam dunia seni ini ada pasang surut. Jadi saya dah buat back-up plan jika perjalanan kerjaya dalam bidang ini tidak menjadi," katanya kepada mStar.
Berbakat dalam bidang muzik, Ikhmal juga turut diberi peluang untuk menulis sendiri lirik lagu pertamanya itu dan dia mendapat kerjasama komposer DJ Fuzz serta Aziquebeats.
Ikhmal mula bernaung di bawah pengurusan Mixology Music sejak Disember tahun lalu selepas bakatnya mula disedari oleh syarikat berkenaan.
Bercakap tentang kerjasama dengan DJ Fuzz, kata Ikhmal dia tidak menyangka komposer terkenal itu sendiri sanggup turun padang berjumpa dengannya di Kuantan, Pahang untuk berbincang dan menandatangi kontrak kerja.
"Wakil dari Mixology ada menghubungi selepas mereka melihat video saya di media sosial. Saya tidak sangka Disember tahun lalu DJ Fuzz sendiri datang ke Kuantan untuk berbincang lanjut tentang perjalanan kerjaya.
"Bekerja dengan beliau sangat mudah. DJ Fuzz memberi kebebasan kepada saya dalam penulisan lirik dan dia sendiri tidak ada masalah untuk saya memilih genre sebegini," ujarnya.
Sementara itu, menurut Dj Fuzz, dia percaya akan bakat Ikhmal dan pemilihannya untuk tampil dengan lagu irama Arab dapat membuka minda pendengar tempatan bahawa ia bukan untuk nasyid sahaja.
“Saya nampak Ikhmal ada potensi untuk jadi artis daripada cara dia membawa diri. Dia ada bakat untuk menyanyi, tetapi jarang tonjolkan kebolehannya itu.
“Dengan bakatnya, saya rasa Ikhmal boleh pergi jauh. Ikhmal mahir bertutur dalam bahasa arab, itu sudah ada satu kelebihan yang bagus," jelasnya.-CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
alololo.... syoomeeelllnya ko dekk.. |
|
|
|
|
|
|
|
Muka mcm iras2 hafiz suip hope suara pun hebat mcm hafiz
Tp mcm lembut je |
|
|
|
|
|
|
|
ada gambar cam comel ada pic cam muka lebar nau |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tobobon at 16-8-2022 05:37 PM
ya rabbi..sapa lah yang buat muka adik ni mcm pondan sangat kat cover single (yg 1st gambar ig tu)..
cubalah imej tu mcm ala2 macam retis BL thailand contohnya... |
|
|
|
|
|
|
|
roper hade tapi style bergambar mcm gampunk |
|
|
|
|
|
|
|
Skrol2 terkejut tgk gmbar cover single tu.. awat la mekap cmtu.. |
|
|
|
|
|
|
|
muka comel tp why why make up mcm pondan ni |
|
|
|
|
|
|
|
baik amirchik lagi sedap lagunya |
|
|
|
|
|
|
| |
|