View: 8183|Reply: 82
|
Bukan Semua Artis Buat Maksiat, Lisa Surihani Sibuk Kejar Akhirat
[Copy link]
|
|
Sejak kebelakangan ini, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan pelbagai isu dan kontroversi seperti dakwaan penularan video seks, tudung 'terbang', tarian gelek melampau dan aksi berpeluk sakan antara pelakon lelaki dan wanita yang sudah berkahwin.
Isu dan kontroversi seperti ini sedikit sebanyak telah mencalarkan industri hiburan tempatan serta imej selebriti yang terkena tempias dek tindakan segelintir daripada mereka.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202208/16/100827m3y2l3n00l3bkyif.png) Foto: IG
Pun begitu, di sebalik berita kurang enak berkenaan, masih ada perkara yang boleh dibanggakan tentang selebriti tempatan dan mendapat pujian netizen yang disifatkan dapat menjadi contoh kepada masyarakat.
Menerusi video yang dimuat naik oleh aktres Datin Lisa Surihani di Instagram, rata-rata memuji sikapnya yang bukan sahaja dilihat menjalani kehidupan low-profile tetapi sering terlibat dalam aktiviti keagamaan.
Perkongsian itu secara tidak langsung memberikan gambaran berbeza peminat terhadap golongan artis yang ada di antaranya masih berpegang kepada ajaran agama yang kuat.
"Terasa sebak la tengok 'taman-taman' syurga.
"Masya-Allah seronoknya, boleh ke kami yang bukan artis turut serta kelas usrah bersama-sama dengan kalian? Teringin sangat nak sertai kelas usrah seperti ini.
Turut menjadi perhatian adalah penganjuran kelas agama dan ceramah bersama Ustaz Wadi Anuar yang diadakan oleh penyanyi Linda Rafar dan suami, Syed Aiman yang turut disertai oleh ramai selebriti tempatan seperti Datuk Nora, Izara Aishah, Neelofa, Datuk Ziela Jalil, Azza Elite, Datin Seri Nur Heliza Helmi, Erra Fazira, Liza Abdullah, Lisdawati, Betty Benafe dan sebagainya.
Sebelum ini juga, Neelofa pernah mengadakan majlis ilmu sama yang turut disertai oleh ramai rakan-rakan selebriti.
"Beruntungnya jadi mereka. Allah pilih kalian semoga terpelihara hati dan amalan. Semoga kita semua diberikan hidayah Allah.
"Seronok tengok ukhwah sesama mereka, semoga berkekalan... Amin," tulis netizen. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Popular Ustaz Wadi Anuar di mata retis. Mana Ustazah Asma xjemput ke? Tanya je... |
|
|
|
|
|
|
|
bila dh berhijrah ni stop la jadi artis. bersara jelahhh. rasa tu yg paling terbaik |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by LadyCarefree at 16-8-2022 09:57 AM
Taman syurga?
1 Kentot retis la diorang nak ajak polowers bermesra gitu. Antara retis pon ada kasta ada klik sendiri. Kalau buat pun kot kene beli teket dan takat selfie bersama mungkinlah. Jd kawan pelok2 mesra eeewwww korang 'orang biasa' bak kata so eb terhadap non-retis.
2 Humble bragging kah ini memgenai (a) rumah (b) keterpaling beriman
3 Kalau benar terpaling yislamik maka taklah nak jadi retis atau terlibat dgn hal2 keretisan dan tidaklah bermedsos humble bragging show off yislamik bagai
4 asal totop ghambot asal buat/hadir mejlis2 gama je auto suci kah?
5 muntah rembow geli tiak segala nengok |
|
|
|
|
|
|
|
korang pompuan..x bole jemput ustazah ke?sebab x de ustazah glamor kan?
nak juga ustaz lelaki.ada duit katakan.budyaa menunjuk bkn saja pada bbnu..yg beragama pn sama.alasan supaya jadi ikutan.
ermmm ... |
|
|
|
|
|
|
|
Dua je iols nak cakap dia ni..
Terpaling & humble brag
|
|
|
|
|
|
|
|
Rumah siapa ni ye..? cantik pulak aku tgk. seronok aku tgk kemesraan dorg semua. sbb aku pun suka kumpul2 gini dgn kwn2. tp bkn pegi usrah, kuliah semua ni lah hahahah
OT jap.. baik pulak DZJ dgn EF. masa kes EF dgn UA tu.. bkn datin ni side UA ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
bagusla dah berhijrah . dah boleh stop jadi artis |
|
|
|
|
|
|
|
sama macam perangai k long nurul kan
|
|
|
|
|
|
|
|
Artis mana buat maksiat?mandai2 jer tuduh nih |
|
|
|
|
|
|
|
Elok lah kalau gitu. Tapi pi usrah ada tema ke ni mostly pakai putih & hitam je. |
|
|
|
|
|
|
|
Anyway, yg yusri tu takyah pakai wig pun takpe kot. Sama je dgn rambut ori ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi aku suka la dia ni. Suka sebab cantik dan memang cantik. Free hair ke pakai tudung labuh ke tetap cantik. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku nk muntah baca komen2 peminat je. Korang takde life ke ek duk impressed sgt dgn artis ni? Normal je aku tgk. Makcik2 kt kg dh lama join .cuma xdela buat open house mcm ni. Siap nk join artis lg..ko gi jela surau ke masjid dekat rmh ko. Ntah2 taktau pn ade ceramah agama malam2. Eeeiiii kebodohan btula rakyat msia ni |
|
|
|
|
|
|
|
Nak kejar, kejar laa.. Tak payahlah nak sibuk bercerita apa yang ko nak buat.. Diam2 buat amal ibadah sudehhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by KBW2 at 16-8-2022 12:45 PM
Toklaki Heliza tu dengan janggut gitu bolehke? Bukankah kena rapikan janggut macam Resulullah? Apsal janggut dia menyerupai Aghori Hindus yang makan mayat tuh? Serius ar mende basic kot. Selekeh dan gives off negative vibes. |
|
|
|
|
|
|
|
khennn?? nanti jatuh riak pulak
|
|
|
|
|
|
|
| |
|