View: 4113|Reply: 85
|
Lelaki Merungut Kucing Tidur Atas Troli Ubat, Kutuk Nurse Hospital Gomen
[Copy link]
|
|
Bagi sesetengah individu, kehadiran kucing adalah penyeri yang mampu menghilangkan segala tekanan yang ada namun, sebahagian lagi berfikiran sebaliknya dan menganggap haiwan comel itu sebagai kotor dan merimaskan.
Seperti yang tular baru-baru ini, seorang individu memuat naik beberapa keping gambar yang menunjukkan seekor kucing berwarna oren sedang tidur di atas troli peralatan perubatan kecemasan di wad sebuah hospital di Selangor.
Kejadian yang dilaporkan berlaku pada 7 Ogos lalu itu didedahkan seorang pelayar Facebook yang turut mempersoalkan kewajaran membiarkan kucing berada di dalam wad.
Foto: via mStar
Menurut perkongsian lelaki berusia 50-an itu, kucing berkenaan telah tidur selama tiga jam di ruangan tersebut.
“Seekor kucing tidur atas dulang ubat. Jururawat berada berhampirannya dan pada masa sama terdapat beberapa pesakit dirawat... kucing tidur di situ selama tiga jam.
“Tak perlu ada kebersihan dalam hospital atau keselamatan untuk pesakitkah? Adakah ini cara kerajaan menjaga masyarakat yang meletakkan kepercayaan pada hospital? Jururawat tak bertanggungjawab!” tulisnya sambil bertanyakan jika kucing tersebut turut sakit.
Perkongsiannya itu kemudian menjadi tular dan dikongsikan pelayar media sosial yang lain.
Foto: via mStar
Namun kebanyakan warganet meninggalkan komen sebaliknya dan menyifatkan individu terbabit sebagai tidak prihatin serta sengaja mencetuskan isu bagi merosakkan imej hospital kerajaan.
“Busuknya hati kau, kucing kot... rasanya tak ada salah pun kalau dia tidur di situ. Kau saja yang cakap macam-macam, dengan kucing pun nak cari salah.
“Nak bersih sangat, pergilah swasta.
“Kucing adalah terapi untuk pesakit yang terpaksa berada di wad untuk tempoh lama. Stres terkurung lama dalam wad boleh hilang dengan membelai kucing, pesakit lain tak pernah pun viralkan kucing... mungkin awak ada masalah hati.
“Boleh bagitahu jururawat atau halau sendiri. Iyalah mungkin ada alergik... ada baik dan buruknya jika benarkan kucing masuk. Luar negara pun dah mula benarkan kucing melawat tapi bukan sebarangan.
“Kalau tak suka kucing, maklumkan saja berbanding ambil gambar dan tularkan di media sosial. Boleh minta jururawat keluarkan kucing,” ujar beberapa netizen yang tidak bersetuju dengan luahan individu tersebut.
Foto: via mStar
Dalam pada itu, salah seorang pelayar media sosial menyatakan tindakan lelaki terbabit menularkan gambar di dalam wad adalah salah kerana tidak menggunakan saluran yang betul untuk membuat aduan.
Malah tindakan perundangan boleh dikenakan terhadapnya kerana melanggar arahan umum di semua fasiliti kerajaan.
“Itu adalah troli kecemasan yang bertutup kemas dan bukan troli ubat seperti yang dinyatakan. Segala prosedur kecemasan akan memerlukan troli tambahan dan kawasan peralatan pesakit akan dibersihkan semula semaksimanya.
“Perkara pertama di situ adalah menyalurkan maklumat yang salah kerana troli ubatan kepada pesakit memang perlu berada di dalam kawasan kaunter jururawat untuk keselamatan serta kebersihan ubatan, bukannya troli seperti yang dinyatakan.
“Troli kecemasan di tempat umum mudah dicapai di dalam wad. Perkara kedua adalah menangkap gambar di dalam fasiliti kesihatan di mana pesakit boleh didakwa di atas melanggar arahan umum di semua fasiliti kesihatan.
“Perkara terakhir kerana tidak menggunakan saluran yang betul untuk membuat aduan... di dalam wad ada ketua jururawat untuk pesakit direct mengadu kerana wad itu memang di bawah tanggungjawab mereka.
“Jika uncle berasa tak selesa dengan kehadiran kucing maka buatlah aduan yang betul tanpa memalukan diri sendiri dengan tindakan yang ternyata membolehkan uncle dipersalahkan,” jelasnya lanjut. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
Ada sesetengah manusia mmg x suka dan takut dgn kucen ...guard mesti kena marah nanti |
|
|
|
|
|
|
|
English hauk. Guna je lah bahasa cina.. |
|
|
|
|
|
|
|
okey je kucen kat hospital, tapi jangan la duk ataih troli ubat oi. |
|
|
|
|
|
|
|
kemain ambik 'threatment' si bukit ni |
|
|
|
|
|
|
|
syaz_lina replied at 16-8-2022 02:10 AM
okey je kucen kat hospital, tapi jangan la duk ataih troli ubat oi.
Tak ok wei! Sedangkan dalam kantin sekolah pun kucing ka hapa2 binatang tidak dialu-alukan! Bahaya! |
|
|
|
|
|
|
|
Korang anggap ini normal???!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
meowww... persalahkan terus goverment. .. tak patut betul orang ni ... orang ni pun sama bingung dengan kucing tu |
|
|
|
|
|
|
|
Nak bersih sangat, PERGILAH SWASTA???!!! HELLLOOOO PENCINTA KUCING PENGOTORRRR??!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Betul la tu heshe komplen nurse @ staf sepital yang membenarkan menda ni berlaku! |
|
|
|
|
|
|
|
hahahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
wpun kurang setuju dgn memviralkan komplen dan gambar, ada betol la cakap ankel tuh. sepatutnya hospital/klinik dlm keadaan totally clean gitu. siapa kata kucing takda kuman penyakit yg bole mengancam kesihatan manusia? helluurr...
satu lg, kena fikir jugak dgn kemungkinan pesakit ada alahan dgn bulu kucing. ai pun suka kucen, tp tak payah la para lawyer netizen mempertahankan si oyen sampai melalut2, kunun ankel tuh soh halau sambil pukul2. drama kuin sungguh
|
|
|
|
|
|
|
|
iol tengah mengira 'at' dalam aduan beliaw |
|
|
|
|
|
|
|
hospital la plg byk kuman tau..bukan sebab kucing je pun.
ai tgk kucing tu bersih je pun..tak de lak nmpk kurap bagai..
|
|
|
|
|
|
|
|
ni malaysia bukanya negara turkiye,
sbb tu diharuskan memandulkan kucing dan anjing,
bila dah byk sgt jd mcm tu la, |
|
|
|
|
|
|
|
biar hauk...janji speakonnggg... baru tak nampak perangai b40
|
|
|
|
|
|
|
|
yg komen marah2 kt fb tu kompem pecinta kucin yg biarkan kucin dia kencing berak merata kat rmh jiran |
|
|
|
|
|
|
|
sama!!!
hahaha...
kununnya taip dalam english lebih internasional dan ramai audience kooot...
pengadu ni tak boleh bergerak ye? dia mampu share kat socmed ja...
kalau mampu, merengsa sangat dengan kucing tu, boleh je angkat meow tu sendiri, lepas kat luar...
#tanyaje
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak sesuai lah kucing tu berada disitu tapi apa boleh buat kerana itu tempat kasta bawahan! Hehe… |
|
|
|
|
|
|
| |
|