CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 619|Reply: 0

Jualan tiket MotoGP lembap

[Copy link]
Post time 14-8-2022 10:43 AM | Show all posts |Read mode

Jualan tiket MotoGP Malaysia belum cecah 50 peratus.

KUALA LUMPUR: Jualan tiket Kejuaraan Dunia Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia dijadual berlangsung pada 21 hingga 23 Oktober belum mencecah 50 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Azhan Shafriman Hanif berkata kemungkinan penjualan tiket bermula April lepas sedikit perlahan disebabkan ketiadaan pelumba Malaysia dalam penganjuran edisi kali ini.

"Selain itu, faktor sebanyak 25 peratus cukai hiburan dikenakan Kerajaan Negeri Selangor turut mempengaruhi harga tiket yang meningkat sekali ganda," katanya ketika ditemui Bernama.

Beliau berkata walaupun jualan tiket mempamerkan trend peningkatan daripada peminat sukan permotoran tanah air sejak tiga minggu lepas, jualan tiket masih belum mencapai 50 peratus.


Sehubungan itu, beliau berkata pihak SIC sedang membuat perbincangan dengan pihak kerajaan negeri bagi membuat pengurangan cukai hiburan berkenaan dalam usaha melonjakkan jumlah penjualan tiket.

"Tahun lepas kita sudah berbincang dengan Menteri Besar Selangor tetapi setakat ini kita belum dapat apa-apa kata putus lagi. Sebelum ini kita dapat pengecualian sampai tahun lepas, tapi tahun ini tiada pengecualian.

"Jadi sekiranya cukai dikenakan itu dapat dikurangkan kita menjangkakan jualan tiket dapat bergerak lebih laju. Bagi yang sudah membeli tiket pula SIC akan membuat bayaran balik kepada mereka," katanya.

Beliau memaklumkan jualan tiket tahun ini bermula dengan harga serendah RM90 hingga lebih RM500.

"Sebenarnya harga itu jauh berbeza dengan edisi terdahulu yang bermula RM40 selepas kerajaan negeri memberi pengecualian bagi cukai hiburan," katanya.

Azhan Shafriman pada masa sama optimis perlumbaan di SIC itu tetap akan berlangsung meriah selepas dua tahun penganjuran di negara ini dibatalkan ekoran wabak COVID-19.
https://www.bharian.com.my/sukan ... tiket-motogp-lembap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 8809 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 05:57 AM GMT+8 , Processed in 0.052348 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list