“Memang saya rindu nak ada anak lagi."
Pelakon dan usahawan, Nur Fazura Sharifuddin mengakui dia dan suaminya, Fattah Amin berhasrat menambah cahaya mata.
Kredit foto: IG
"Fatima pun sudah semakin besar, bakal berusia dua tahun dalam dua bulan lagi.
“Saya fikir, memang sekarang ini masa yang sesuai untuk tambah zuriat. Cuma, sekarang saya masih sibuk.
“Tapi, perancangan tetap ada. Mungkin selepas selesai semua kesibukan ini, saya dan Fattah sudah boleh merancang untuk menambah ahli keluarga,” katanya dipetik daripada Utusan Malaysia.
Kredit foto: IG
Tambahnya, dia tidak kisah jantina bakal anak mereka danmenyerahkan semuanya kepada kuasa Allah SWT.
“Tentang jantina, saya tak tahu. Sejujurnya, lelaki atau perempuan, saya terima.
“Memang kalau ikutkan, nak sepasang. Tapi, saya cuma mampu berdoa agar dikurniakan anak yang soleh dan solehah,” katanya lagi.
Kredit foto: IG
Sabar sikit lagi ya Fatima. Tunggu Mommy dan Daddy dah tak sibuk nanti, mintalah adik. - CARI |